11 Các câu trả lời

Ya, boleh makan koktail buah ketika hamil 8 minggu, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Buah-buahan segar adalah pilihan yang baik kerana kaya dengan nutrien penting untuk ibu dan bayi. Namun, dalam kes ini, terdapat nenas dan betik dalam koktail tersebut. Nenas mengandungi enzim yang dipanggil bromelain yang boleh merangsang kontraksi rahim dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, adalah disarankan untuk mengelakkan makan nenas ketika hamil, terutamanya dalam jumlah yang besar. Betik juga boleh mengandungi enzim serupa yang dipanggil papain, yang dalam kuantiti besar boleh menyebabkan masalah untuk ibu hamil. Saranan saya adalah untuk mengelakkan koktail buah yang mengandungi nenas dan betik dalam kehamilan awal ini. Lebih baik berhati-hati dan memilih buah-buahan yang selamat seperti epal, pisang, atau buah-buahan beri. Pastikan untuk sentiasa memeriksa dengan doktor atau pakar pemakanan jika anda tidak pasti tentang keselamatan makanan tertentu semasa hamil. Semoga anda dan bayi sihat selalu! #bantujawab #firstmom https://invl.io/cll6sd8

Sy mse 4w scan tk nampak pape . Ingt kan tak mengndg mse tu . Balik rmh tgk nenas terus terliur tgk. Tp nenas tu sy masak lemak.mkn nenas tk ingt dunia mse tu🤣scan skli ag mse 8w baby dah ada jantung .. Alhamdulilah baby baik2 sje huhu

TapFluencer

boleh sis. saya makan nenas fresh dari awal pregnancy lagi, alhamdulillah tak ada apa2. memang ada research pun yg cakap nenas tak bahayakan kandungan, kecuali kalau sis makan sampai 3-4 biji nenas sekali dengan tongkol dia.

Saya pernah sekali terlupa saya pregnant. Adik order pizza ada nanas on top. Makan sampai 4 keping. Lepas tu baru teringat ada nanas. Husnuzon tapi at the same time takut. Alhamdullilah masa scan 7w baby dah ada heartbeat.

VIP Member

Boleh sebab ia sudah dilembutkan dan dimaniskan.. yg perlu di elakkn buah nenas yg segar sbb ia persifat tajam.. klu betik masak boleh, yg perlu dielakkan betik muda.

nenas buah yg sangat elok untuk pregnancy sis. makan yg masak dan berpada ye😊

ok noted . sy makan tapi asing nenas dgn betik dah lepas pada yg termakan tadi tu 😅

nenas betik tk salah pun. mkn koktail kalau tinggi gula tu salah

VIP Member

boleh sis..klau buat salad buah lg sedaaaap..nyum²

bleh..xde mslh..mkn la slagi boleh mkn..nti dh xde selera mkn,ape² mknn pon ase xsedap

blh je mkn apa2 cuma berpada2 je.

TapFluencer

Boleh

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan