Suami suka cerita masalah saya ketika mengandung dengan mentua (mak dia)
Panjang sikit post ni tp saja nak meluah kat sini sebab sy stres sangat. Sy first time pregnant, suami ldr, sy duduk dengan parents sy. Rumah mentua dalam 20km dari rumah sy. Selama ni memang saya gerak sendiri, pergi kk sendiri, mana2 sy drive sendiri walaupun alahan sy teruk. Alahan sy pun tak boleh duduk lama2 dalam kereta, nasib baik kk 2 minit je dari rumah. Awal2 nak daftar kk tu, suami sy suruh daftar kk dekat rumah mertua. Sy bagitau la kk tu kita kena stay dekat daerah kita tinggal/tido/makan semua situ, mcm sy daerah lain, mentua daerah dah lain, jauh plk tu. Takkan sy nak gi kk jauh dengan tempat sy tinggal kan dah menyusahkan diri sendiri plk. Tp suami sy gitu la, ckp senang sikit MIL nak hantar ambik sy gi kk. Sy dah kecik hati, dalam hati selalu terdetik, kenapa MIL kena susah payah uruskan sy, bukannya sy kawin dengan MIL, sy kawin dengan DIA. Tp tak pernah sy marah, melenting, emosi tinggi suara dengan suami. Sampai la sy lekat gdm, nadi laju semua tu sy bagitau suami sy la semua benda tu. Nak dia faham, dia tahu, penat mengandung, bwak satu nyawa lagi dalam badan. Appt kk tiap minggu ada. Dah buat ECG, doktor refer ke hosp kerajaan utk buat echo. Tapi dia cerita semua masalah sy dekat MIL, jadi MIL selalu mesej sy tanya itu ini sampai sy stres. Habis semua benda MIL nak tahu, kena send kat dia, ni ada appt hosp, sy dah bagitau nak naik grab, sy nak cepat siap, hosp tu pulak susah parking. Kalau pergi dengan MIL, dia akan bawak sy sana sini, pergi makan, MIL suka jalan2. Saya ada masalah sakit pinggang sejak mengandung kalau jalan banyak, pergi tempat ramai buat sy penat, nak balik rehat je bila dah siap semua. Tapi suami sy decide sendiri, bagitau MIL akan hantar pergi hosp nanti. Sy pun mesej suami, meletup semua. Sy bagitau dia benda gini jangan decide sendiri. Respect sy punya opinion, tak semua benda kena cerita dekat mak dia, jangan tambah stres sy, jangan sampai nanti sy tak cerita langsung dekat suami sebab suami suka buka cerita dekat mak dia, semua benda cerita dekat MIL, kadang2 benda tu sekecik2 benda pun dia bagitau pasal saya. Penat nak hadap 'nasihat dan tips' dari orang lama. Pantang itu ini semua tak boleh. Tu first time sy agak 'kurang ajar' dengan suami. Sampai dia bluetick je mesej sy. Dia cakap ok pasni tak bagitau da mak dia, tp dia macam anggap sy tak hormat dan tak suka mak dia. Sekarang sy pulak stres pikir sy ni kurang ajar pulak dengan suami dengan MIL tapi sy nak privacy. Tak semua benda boleh cerita walaupun dekat mak sendiri.