Topik ATE Minggu Ini: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu?

Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Pharmacist Rachel, Maternal and Child Specialist Pharmacist, MamaBe of Alpro Pharmacy. 📰 Topik: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu? 🗓️ Tarikh: 24 Oktober 2024 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Topik ATE Minggu Ini: Suplemen Kehamilan: Apa Yang Perlu?
20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Nak tanya, boleh tak ambil metformin (prescribed by Dr) sekali dgn asid follic? Atau kena jarakkan masa.

2y trước

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Mengambil Metformin adalah penting untuk mengawal paras gula dalam darah semasa kehamilan, terutamanya bagi ibu yang mempunyai diabetes jenis 2. Ia masih boleh diberikan pada masa yang sama dengan folic acid kerana tiada interaksi antara metformin dan asid folik dilaporkan, walaupun metformin diketahui boleh mengurangkan paras asid folik dalam badan. Pastikan untuk berunding dengan doktor mengenai dos dan pemantauan yang sesuai semasa mengambil Metformin semasa mengandung.