Berdosakah aku ??

Nak tanya normal x rumah tangga selalu gaduh ? Macam seminggu dua kali .. bnyk gaduh dari baik . Suami saya xboleh ditegur walau apa pun dia buat . Dia nk bebas berkawan pergi mana2 .. dan dia nak saya isteri dia jadi isteri yg baik duk rumah jaga anak jaga makan minum pakai dia buat keje rumah n saya kena layan dia elok2 xboleh buat dia serabut . Tapi dia xjaga pun hati saya . Kalau dia duk rumah pun dia asyik dgn henfon je . Saya uruskan bby sorang2 . Dia cakap saya masak xsedap . Dan dia menidakkan benda yg saya buat . Dia cakap saya duk rumah jaga anak je penat apanya ? Dia kata saya duk saja je kat umah ni . Habistu kain sape yg basuh . Sape yg masak . Sape yg kemas rumah , basuh pinggang semua ?? Kecewa dan sakit hati sbb kita buat semua tu tapi dia boleh kata xbuat pape . Yela dia selalu xde kat rumah kan , dia xnampak macam mana kita struggle nak jaga anak lagi rumah lagi . Kadang mandi pun cepat2 makan pun asal boleh telan je anak kecik lagi 😔lpas dari gaduh dia kata saya masak xsedap tu , saya xmasak dah untuk dia . Dia kata xkena tekak dia .. so saya xsiapkan dah makanan untuk dia . Berdosa ke saya ? Kalau xmasak untuk suami ? Derhaka ke saya kalau saya tegur perangai dia . Dia pun xbercakap dgn saya . Tido pun kat luar . Keluar subuh balik maghrib . Lpas maghrib keluar lagi balik lwat malam . Dia xambik thu pasal saya dgn anak . #firstbaby

4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya ada experience mcm sis. Senang je cara dia. 1st sekali, JANGAN gaduh mulut dah. CUKUP. Pasal nanti sis yang sakit hati.. And gaduh mulut is never ending. Buat tambah dosa kita je. Kita kena bijak atur strategi. After this tolong la sis tak payah dah basuh baju2 dia, tak payah siap makan pakai dia, tak payahh langsung kemas bilik dan kemas rumah, penyapu pun jangan pegang, dapur pun jangan langsung berasap kecuali untuk diri sendiri. Kalau rambut tu gugur banyak atas lantai, ha biar penuh atas lantai. Sama2 pijak lantai kotor. FOR REAL STOP SEMUA. Kalau sis takda duit, dia tidur bukak wallet dia ambik cash dia senyap2. Tapi ambik sikit2 jangan bnyk terus nanti dia sedar. Tapi kalau suami sis duit dalam wallet pun tak ada, you know the drill. Benda sis buat lepasni cuma jaga baby and jaga diri sendiri. Bagi dia tengok sendiri rumah jadi macamana kalau sis tak tolong. Nanti bila dia meletup apasal tak jaga2 etc. Haaaaa. Waktu tu la sis the right time meletup balik confront cakap apasal you pun tak tolong jaga rumah kita. Time tu dipersilakan meletup semeeletupnyaaa. Kalau dia masih in denial tanggungjawab dia jugak. Haaaa sis faham kan next step. Tanam dalam diri tu, kita ni perempuan yang berharga. Kita ada harga diri and deserve to be loved.

Đọc thêm

Gaduh tu normal tp if kerap sampai mengabaikan tanggungjawab dah abnormal. Takda masalah pun sis nak tegur, sbb apa apa perlukan communication. Tapi jgn tegur bebel mcm tu, jaga intonasi. Some husband tahu dah apa chores kena buat, some husband kita yg kena suruh then diorang buat & some mcm ni la yg takda common sense. Sorry ya. Ambil masa utk berbincang/slow talk, then sis luahkan la apa aktiviti sis kat rumah supaya dia nmpk sikit yg kita ni bukan duduk saja, bkn nak ungkit, benda fakta kan, lama lama simpan yg sakitnya bdn kita jugak, minta dia beri kerjasama sbb nak bina keluarga kan, kena la bersama, if awak sorang je tu ibu tunggal namanya. Kenalan sy pun husband camni, mmg kesian tengok kena jaga anak, rumah sensorang, yg lakinya dok melepak. Semoga husband sis diberi kesedaran 🤲🏻

Đọc thêm
2y trước

Pegi pejabat agama, dptkan nasihat.

cubalah buat2 macam bergurau balas balik bila dia cakap awak tak ok ke pape, kata owh biasalah terikut perangai ketua keluarga, sebab suami ni nakhoda dan imam, kalau imam perangai elok, pentingkan keluarga, isteri pun baik2 saja.. lepas tu tak payah tegur2 spesifik dah, buat2 mcm eh xde pape jadi pun tadi.. mana la tahu tersentap jugak ke sikit sebanyak..

Đọc thêm

X dosa pun Pn. Yg dosa tu husband Pn sbb mengabaikan tanggungjawab.

Post reply image