Memang kena ka minum susu?? 😅
Nak tanya, ibu2 minum susu mengandung tk? Memang kena minum ka?sbb sy memang tk minum susu, bley tk suggest susu apa yg ok..??
saya jenis boleh & suka minum susu coklat. susu putih memang tak minum sebelum ni tapi sejak mengandung cuba juga minum. nurse cadang minum susu macam dutch lady kotak yang low fat jenis gitu ja. susu ibu mengandung dia tak galakkan sebab ada yang manis & mungkin tak sesuai dengan saya. masa 1st trimester cuba minum dutch lady low fat tapi itu la kadang ok kadang rasa nak muntah sebab masih ada alahan. minum beberapa kali lepas tu stop. ni dah masuk 2nd trimester tukar pula cuba susu hl yang putih tu alhamdulillah kena dengan tekak. 2 kotak besar tu kejap ja habis. ikutkan tak suka tapi fikir untuk diri & kandungan minum juga la. rasa dia pun ok tak manis so boleh telan.
Đọc thêmBoleh minum susu HL sis. Low fat dan kalsium tinggi, boleh elak gdm. Takut jugak consume banyak susu nanti gdm pulak. Nk minum susu berperisa dan full cream boleh, tapi takut nanti sangkut gdm je lah. So better ambil low fat and makan makanan yg support kalsium jugak. Kalau tak minum susu langsung, mungkin akan buat gigi cepat sakit. Lepas tu kaki cepat cramp. Baby dah absorb kalsium kita, so kita akan cepat penat dan sakit sakit badan huhu. Pinggang bahagian tulang belakang, kaki la selalu sakit kalau tak minum susu.
Đọc thêmSama pun sama macam sis. Sekarang week 12. Haritu time bukak buku pink. Ada tanya doktor. Doktor kata kalau tak boleh nak telan sangat. Awak beli je tablet kalsium kat farmasi. Sebab baby perlu kan kalsium untuk membentuk tulang semua tu. So normally. Kalau tak cukup kalsium. Baby curik dari mak nyaa. So si mak ni akan sakit gigi lah and so on. Itu apa yang dr cakap lah.
Đọc thêmMinum susu yg biasa tu okay kot. Kalau susu mengandung tu cuba tanya opinion doctor dan orang ramai. Sebab ada kawan saya tak galakkan minum susu Anmum Materna sebab takut baby besar. Ada jugak yg tak galakkan minum susu kambing sbb panas. Tak elok utk janin. Macam macamlah opinion tp apa apa pun cara terbaik consult dgn doctor. Dorang lebih pakar 👍🏻
Đọc thêmSis kalau x minum susu boleh ambik kalsium tablet. Kenapa minum susu? Sebab nk bg kalsium kita ckup. Kalau x, nnt baby ambik kalsium kita. Bila baby ambik, gigi kita mudah sakit, pastu badan cepat letih, selalu sakit2 badan, sendi.. so klu x minum susu ambik la kalsium dlm bentuk tablet. Boleh beli kt farmasi..
Đọc thêmsy amalkan pil kalsium, x minum susu sbb ada alahan. ni sy letak link pil kalsium utk kehamilan boleh pilih salah satu brand obical: https://shopee.com.my/product/17073505/1318489808?smtt=0.364663155-1647085275.9 brand abbott surbex: https://shopee.com.my/product/253834369/4646412724?smtt=0.364663155-1647085690.9
Đọc thêmkalau ikut ape yg nurse bg tahu saya,memang kena minum susu utk dapatkan sumber kalsium especially waktu2 pregnant ni kita akan share kalsium dgn baby. saya pun mcm sis tak minum susu. jadi,nurse cdgkan yogurt sbg alternative. sis boleh cuba yogurt yg tanpa perisa tu sebab kurg gula skit berbanding yg berperisa.
Đọc thêmMasa pregnant anak pertama tak minum langsung. Dr kata okay je takde masalah. Mengandung anak kedua ada hari minum ada hari tak sebab dr cakap kalau boleh minum sikit pun okay dah sebab saya masih menyusu anak pertama & tengah pregnant so kena topup sikit calcium dalam badan untuk ibu & anak anak.
Boleh. Sebab saya takde masalah kesihatan lain. Masa checkup pun dr kata okay boleh teruskan sampai bersalin. Sebab anak pertama baru setahun. Saya tengah mengandung 28w sekarang. Tapi kalau ada rasa cramp perut masa menyusu, kena stop tau. Apa apa pun kena tanya dr yang rawat kita masa checkup. Sebab setiap badan lainlain
sy susu lover jadi mmg minum sokmo terutama time alahan. ape2 minuman mesti nak bersusu / susu saja pun ok. 😄 kalau xsuka susu jgn paksa diri. cari alternatif makanan yg sama khasiat mcm susu pun ok. yg ad zat kalsium & lain2.
sy minum frisomum gold. rasa vanilla & tekstur ringan. sebelum ni minum susu kotak. tp bila habis selalu asyik lupa nk beli stock baru. sy kna minum susu sbb klau xminum bila gosok gigi bnyak naw darah. bila minum susu baru ok
Hello !