Luahan. Salah saya ke?

Nak meluah je sebab sangat terasa sampai saya menangis sakit dada. Sakit sangat. Saya dan suami pjj 400km++ dah kawin setahun lebih dan dikurniakan bayi perempuan sekarang umur 3 bulan. Sepanjang 1 tahun lebih perkahwinan saya, tak lebih 2 jari tangan dia balik. Saya pergi ke tempat dia dalam 5 kali, lepas pregnant tak pergi dah sebab alahan teruk sangat. Sebelum saya pregnant lagi lah, 3/4 bulan skali balik. Time pregnant 9 bulan, 3 kali dia balik yg ni dia buat alasan nak kumpul cuti dan duit. Saya terima sebab dia sorang je kerja, saya duduk dengan parents saya dan saya menjual from home (open order, masak dan hantar). Husb saya, tak boleh, tak nak dan tak akan naik bas. Dia rela drive. Tapi disebabkan dia yg nak drive bila balik, dia jadi jaranglah balik sebab alasan penat. Anak saya dah 3 bulan, dah sebulan lebih tak balik. Dia nak balik cuti merdeka, kiranya lebih 2 bulan lah dia tak jumpa anak. Saya ni kat rumah menjual, memasak, jaga anak, dahla anak first, nak biasakan hidup dengan anak sorang 100% saya yg jaga memang effect mental saya. Bila penat saya akan jarang mesej husb saya sbb saya takut saya melenting dan marah dia. Dua hari lepas, anak dia meragam, taknak tidur, nangis2 tak berhenti sampai saya pun ikut nangis. Nasib baik mak saya perasan dan ambil anak saya dan bawak jauh drpd pandangan saya. Time tu jugak MIL saya ws saya suruh balik dan duduk rumah dia instead of duduk rumah parents saya. Seminggu sebelum saya beranak, adik bongsu saya meninggal. Mak saya memang tak boleh duduk sorang dalam rumah ni sebab akan teringat dan terbayang adik saya tu, jadi saya dan anak saya lah jadi peneman. Ayah saya jarang di rumah sebab dia kena bahagikan waktu untuk 2 orang isteri :) Jadi bila MIL saya ws time tu, saya macam nak meletup. Saya ws suami saya, cakap mak dia ws saya suruh pergi rumah dia siap offer nak ambikkan lagi. Saya cakap, "kalau awak takde sekali saya taknak pergi rumah MIL". Ni malam, tiba2 esok pagi dia cakap weekend ni dia nak balik. Saya kan, tiap minggu merayu bagai nak gila nak dia balik, tengok anak, tengok bini dia ni yg macam nak gila jaga anak sorang2, sekali mak dia call dia cakap rindu cucu terus nak balik????? Sakitnya hati saya sampai saya mengamuk balik phone kat lantai. Sampai harini, saya dan husb saya masih bergaduh. Tak pernah dia nak mintak maaf ketiadaan dia disisi anak saya sebagai ayah. Saya kesian tengok anak saya, lama tak didukung dipeluk dicium ayah dia. Tiap kali saya merayu dia balik, dia marah saya balik. Saya yg selalu mintak maaf. Kalau dia mintak maaf, sejuk sikit hati saya, tp dia marah saya balik sebab taknak balik rumah MIL tanpa dia.

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Allah... tak boleh bayang apa yg awk lalui.. something wrong dengan suami awk ni sis.. saya dah kawin hampir 17tahun, sesekali kalau suami kena kursus pun, tak boleh kalau sehari tak dengar suara anak isteri.. time free tu mesti akan call nak dgr suara anak.. lg2 time nak tidur.. dia cakap bila sorg2 jd pelik, sbb dah biasa dgr suara isteri anak2.. bila sunyi nak tidur pun susah.. itupun out station tak penah lbh 3 hari.. bila nak balik tu x sabar2 nak sampai rmh.. ini kan sis yg baru kawin dan anak sorang kecik lg.. tak terbayang perasaan tu.. kalau sis tak bekerja, sepatutnya suami usahakan utk bawa sis tggl bersama.. tapi mgkn sis perlu tggl dgn mak.. jadi suami la kena fikir macam mana nak balik tgk anak isteri.. bagi saya tak normal apa yg sis lalui ni utk pasangan yg baru anak sorang.. dan mmg lagi menyakitkan bila sbb mak dia, boleh pula terus nak balik.. sis slow talk la dgn suami.. luahkan apa yg terbuku.. jgn dibiarkan seksa diri sdiri.. sakit dalaman ni besar juga kesan dia.. apapun sy doa sis terus kuat demi anak.. besar juga pahala sis jadi peneman mak sis..

Đọc thêm
4t trước

Betul.. suami yg normal adalah suami yg lg suka anak bini dpn mata.. ada yg jaga makan pakai dia.. anak dia, benih dia bkn benih org lain.. tolak tepi isu tak mampu, lelaki yg bertanggungjawab akan cuba mampukan juga.. lgpun tt sendiri bgtau boleh bantu niaga utk tambah income.. kalau x mampu, why kahwin in the first place..

hug tt kuatnyaaa akak hadapi ujian ni.. tp kan.. ish apa plk suami je yg kerja akak tk kerja, tuu jual itu ini pergi sana sini tu duit keluar masuk juga kan. dan tempat isteri disisi suaminya. usahakan duduk sekali.. betul kita ada mak tp tempat kita dgn suami. tanpa redha suami doa kita pun tersekat kak.. dan jgn ambil tugas suami. ni pesan utk yg belum kawin : bincang dulu lepas kawin nk duduk mana. kalau laki duk rumah sdri tp ada je alasan utk delaykan duk sekali, baik la bincang elok2 sebabnya knp dan kalau alasan tk masuk akal tu, angkat kaki je la sblm kawin.. not worth it la. lelaki yg normal akan excited nak berkepit dgn bini hari2. kalau kena pjj pun tiap minggu panas punggung tk jd kerja kena balik jgk..

Đọc thêm
4t trước

Suka pesanan utk yg belum nikah tu. Masa bakal suami saya jumpa keluarga saya, kak ipar saya yg tanya soalan yg sy dan bakal suami tak terfikir untuk berbincang iaitu nak duduk mana? Dah cari rumah? Yg kami bincang, tak nak duduk dgn keluarga masing-masing. Nak duduk mana, cari rumah belum lg. Lepas dah kena ambush dgn soalan tu, terus kami cari rumah. 😇 Dan saya ikut keputusan bakal suami, dan biarkan dia lebih buat keputusan dlm penyediaan rumah sbb tu memang tanggungjawab seorang suami/ bapa.

Hmm tak tau nak komen. Cuma pelik betul suami tak nak duduk sekali. Baru kahwin tak sampai 2 tahun biasanya berkobar2 nak tengok muka kita, lagi2 bila ada baby. Suami sy masa pkp stranded dekat oversea 2 bulan termasuk kuarantin dkt kl, balik2 terus peluk sy lama. Masa tu sy pregnant baru setahun kahwin gak. Biasanya bila kahwin kita rindu kalau tak jumpa kejap even pergi kerja pun. Sy n husband still mcm tu even dah 6 tahun kahwin. Habis kerja berlumna balik rumah jumpa pasangan n anak2. Ini pelik. Kenapa dia yg tak nak duduk sekali. Tak mampu duduk sekali, dia kena balik kg. Gaji kecik sgt tak worth it duduk bandar. Kg lagi banyak kerja boleh buat.

Đọc thêm

sebaiknya kita sbgai istri kena tingal dngn suami . bila kita tingal dngn suami dsitu baru kita faham prngai sbnar suami kita . sy pernh dsituasi tdur rumah mak, dia tidur mak dia . perh pjj dan tingal sama2 . sy lbih preffer tingal sama2 . lagi pun hubungan kmu masih baru .. nak menyesuaikan diri dngn pasangan sangat penting . sy dulu berkerja ada ank ada suami kena pandai bhagi kn masa . sbb suami ni nak juga dilayan tiap mingu . bila kita pandai dh berdikari kita sambil kerja ada ank 3 4 pun tidak rasa trbeban bgitu lh sy rasa skrg . n suami pun boleh liht dpn mata mcm mna penat ny kita sbgai suri rumah yg berkerja dri rumh dan mnjaga ank skligus

Đọc thêm

sama dengan situasi saya sekarang. PJJ. 7 bulan mengandung anak sulung. Baru 3x jumpa suami. Suami lebihkan MIL. Takpe saya paham. Itu mak dia. Mak dia pun tak bagi suami selalu balik jumpa saya. Mula² saya pun rasa tertekan, stress, dengan alahan teruknya. Puasa, raya suami tak balik langsung jenguk saya. Tapi saya redha. Saya anggap ini dugaan saya. Mungkin Tuhan nak hapuskan dosa² saya. Nasihat saya jangan simpan sorang². Berceritalah, luahkan pada kenalan atau jumpa kaunselor. Banyakkan berdoa. Sibukkan diri. Saya doakan yang terbaik untuk puan dan anak.

Đọc thêm

1-perasaan marah sedih kecewa puan tu valid. 2-jangan merayu2 dah,buat satu keputusan bincang dengan suami..dia ptt balik atleast sebulan sekali. 3-sy pernah pjj jugak sebelum ni,mmg kami take turn jumpa each other 2x sebulan..kecuali awk mmg tahu kewangan suami awk x cukup or terhad..tapi awk pun ada business sy anggap soal duit no 2 4-nak seribu daya taknak seribu dalih. Sy harap puan n suami dpt la selesaikan masalah ni,kita nak hidup dgn pasangan kita laaaamaaa lagi..anak pun kecik lagi.

Đọc thêm

mungkin anon ni pjj sbb mak dia sorg, sunyi. mak dia jugak perlukan mental support. mereka bergantung sesama sendiri. anak bongsu meninggal, ayah pulak ada sec wife. kalau family mcm ni saya phm. susah nak buat pilihan sama ada nak duduk ngn suami atau teman mak. saya harap suami awak boleh phm situasi awak dan sedar yg awak ngn baby perlukan seorang ayah. awak tak salah pape, suami awak yg tak cukup nafkah batin

Đọc thêm
4t trước

Hmm suami yg tak nak duduk sekali rupanya dgn alasan x mampu. So, better puan sendiri jumpa kaunselor utk kasi naik semangat puan hadapi keadaan ini dan akan datang. Bila ibu tenang dan happy , anak pun bg kerjasama. Tame a good care, TT.

saya pun pjj juga.. saya duduk dengan family saya di kuala pilah n9, husband saya kerja di genting highland.. alasan kami pjj sebab saya pregnant.. n ada toddler so tak larat nak jaga sorang if dia kerja.. n saya ni penakut tinggal sorang. bayangkan husband saya boleh ulang alik hari2 daripada genting ke n9, bukan dekat ye.. kalau dia penat sangat baru dia tak balik sini.. dan kalau dia kerja pagi dia tak balik.

Đọc thêm
Influencer của TAP

Puan, Deep breathing. 1st puan kena tenangkan diri. Puan baru bersalin 3 bulan. Kita risau puan hadapi baby blues / meroyan. Dapatkan khidmat professional ; kaunselor. Ibu puan juga dapatkan khidmat kaunseling untuk kuatkan semangat masing-masing. 2. Bincang dgn suami utk tinggal bersama. Lagi bagus masing-masing merasa senang susah hidup bersama sekeluarga. Allah permudahkan uruskan puan sekeluarga.

Đọc thêm

awk housewife kan ? knp pjj? sepatutnya after kawen terus je pindah ikut suami. pjj ni sangat menyakitkan. sye dh rasa 2y pjj dgn husband n anak kerap sgt sakit, sye burnout n last2 sye resign kerja dduk dgn husband. Alhamdulillah dkt sni sye start niaga kecik2, anta dkt vendor. anak2 pun dpt tgk ayah dorg hari2.

Đọc thêm
4t trước

Suka tindakan begini