21 Các câu trả lời

Ada pula komen mengarut dari makcik bawang yang tiba-tiba masuk ke laman saya.....dia kata dia telan minyak kelapa dara, baby dia keluar bersih dan kulit cantik. Oh HELLO?????? Inilah dia satu kenyataan yang mencerminkan kejahilan makcik bawang. Bila saya tanya, sila jawab BABY MANA YANG DILAHIRKAN TIDAK BERSIH atau KULIT TAK CANTIK????? Makcik bawang jawab kulit yang berkerak-kerak. Adoi laaaa makcik bawang, janganlaa cakap macam tu. Mai nak habaq. Ini ilmu pengetahuan yang penting untuk anda. Sila tambahkan ilmu pengetahuan ini dan berbanggalah jika bayi anda dilahirkan dengan kerak-kerak putih anugerah Tuhan ini. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Bayi yang lebih muda ada lebih vernix dari baby yang sudah overdue sebab kulit bayi yang lebih matang tidak membuat banyak vernix. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

2nd baby baru dpt rasa nana. hee. 1st baby xsmpt tengok. dgn lalok dgn baby kena terus bawak msok nicu. sbb nafas laju dgn tertelan najis.

boleh baca penerangan doctor imelda balchin tentang yg ckp baby keluar bersih Baru umur 4 bulan, janin ini dah hisap jari di dalam kandungan ibu. Pandai kaaannnnnn.... Jangan lupa, janin duduk dan membesar di dalam rahim ibunya, bukan di dalam perut. Apa-apa yang ibu telan akan masuk ke dalam PERUT bukan masuk ke dalam rahim, termasuklah minyak kelapa dara, air kelapa muda, kicap, maggi mi, kopi, susu soya atau susu kambing. Tidak ada makanan yang ibu telan yang duduk di dalam rahim bersama janin itu. Lagi satu nak habaq, di dalam rahim, tidak ada darah bertakong, tidak ada darah beku, tidak ada air mani, tidak ada keputihan vagina. Hanya ada air ketuban yang bersih di dalam kantung bersama janin. Memang semua bayi bersih, tiada bayi yang kotor, dan ibu tak payah dok bimbang sampai telan produk macam-macam supaya bayi keluar bersih. Organ rahim itu berlainan dari organ penghadaman perut dan kedua-dua organ ini tidak bersambung. Jangan buat cerita mengarut macam makcik bawang yang kata kalau rahim terluka nanti dapat muntah darah. Muntah itu datangnya dari perut, bukan datang dari rahim. Jangan sebarkan mitos kalau minum ais nanti rahim kembang. Ais masuk dalam perut dan terus cair ke suhu badan, tak masuk pun dalam rahim. Jangan percaya auta kalau makan timun nanti getah timun melekat kat dinding rahim dan jadi kanser rahim. Inilah auta paling mengarut sekali sebab timun itu dicernakan sehingga lumat dalam perut dan tiada pun timun yang akan masuk untuk melekat dalam rahim. Jangan dengar kata makcik bawang minyak kelapa dara melancarkan bersalin. Minyak tu masuk ke dalam perut, tak boleh jadi pelincir dalam rahim. Telan mee segera tidak menyebabkan janin terbelit, sebab mee masuk ke dalam perut dan dihadamkan ke molekul kecil untuk diserap oleh dinding usus, tidak ada yang boleh masuk dalam rahim untuk membelitkan bayi. Kalau nak tahu dari mana datangnya air ketuban, kalau nak tahu dari mana datangnya darah nifas selepas bersalin, kalau nak tahu dari mana datangnya krim putih di atas kulit bayi yang baru lahir, sila tambahkan ilmu pengetahuan kesihatan yang sahih dari yang ahli dalam bidang. Bila diri sendiri gunakan istilah perut dan istilah rahim yang betul, anak-anak yang mendengar akan jadi lebih pandai. Semoga anak-anak kita membesar menjadi orang-orang pandai, berhenti percaya kepada mitos dan auta dari makcik bawang. Comei kaaaannn janin ni. Ingat tau...dia tak duduk dalam perut ibu. Ini ialah 4D Ultrasound scan janin yang duduk di dalam rahim ibu. Terimakasih.

air kelapa bukan prnyebab keguguran. boleh nk minum. ni dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g Suami kepada patient hamil tanya saya: “Doktor, isteri saya minum air kelapa takpe ke? Orang cakap tak boleh minum air kelapa.” Saya jawab: “Air kelapa tu minuman buah semulajadi berkhasiat, tak ada racun pun, dan bukan penyebab keguguran. Tak ada sebab tak boleh minum air kelapa semasa hamil atau selepas bersalin.” Saya tambah lagi: “Yang patut kena pantang ialah merokok. You merokok ke?” Isteri mengalihkan pandangannya ke mata suaminya. Suami patient kemudian diam dan angguk-angguk, tanda dia akui dia merokok. Saya pun berletiaq: “You nak suruh isteri you pantang minum air kelapa sebab you dengar kata orang, tapi you merokok??? You kena berhenti merokok. Yang ini lah racun yang boleh menyebabkan isteri gugur dan kematian bayi. Yang inilah pantang nombor satu. Yang ni orang tak cakap pulak ke? Kalau orang tak cakap hat ni, saya dah cakap.” Dengaq tau suami-suami yang masih lagi dok merokok, jangan jadi talam dua muka. Jangan suruh isteri berpantang makanan yang halal berkhasiat tetapi diri sendiri dok merokok. Saya doakan anda yang sudah berjaya menjauhi tabiat merokok di bulan Ramadhan kekalkan usaha ini selepas Hari Raya dan berhenti merokok buat selama-lamanya. Aaaamiiiinnnnn.....

suka tau baca post2 dr emelda ni ... tegas betul ..

nak minum ke nak makan isi ke boleh je awak... saya first trimester Smpai trimester 3 saya minum n makan je buah kelapa .. wlupun saya ada baca mengenai tentang buah kelapa takleh dmnum Time awal trimester betul tak .. saya Alhamdulillah baby sehat² sahaja.. sebenarnya kan . boleh je nak minum ke nak makan ke. takda masalah... yang penting kita kena yakin dan ubah cara kita fikir.... jangan lah pulak kita fikir "oh aku minum air kelapa nnti mesti akan sakit badan sakit pinggang bla bla bla" takyah fikir camtu.. ubah cara kita fikir .. dan satu lagi apa² benda yg kita makan syifa' kan dulu.. "Ya Allah semoga apa yg aku makan ini ubat untuk bayi dalam kandunganku dan ubat untuk kuatkan rahimku" kita niat nak makan or minum sesuatu tu jd kan ubat... 🤗 ok.. jangan takut insyaallah,, Baby tu Allah yg jaga.. doa bnyak² moga Allah mudahkan urusan ❤️ semoga awak dan baby sihat walafiat dan semoga selamat bersalin... 🫰

Masa awal² pregnant,suami sy dgn mak mentua tak kasi minum,katanya takut nanti kalau baby keluar kepala baby lembut. Sy tanya mak sy,mak sy cakap minum jaa. Dari awal pregnant sampai dah 32w,duk minum air kelapa. Kebetulan dr emelda balcin pun cakap dekat fb,takda masalah pun kalau minum😂

TapFluencer

maaf nak tanya kenapa ya tak boleh minum air kelapa?? dulu ramai ckp tak elok minum air kelapa time pregnant bila tanya takde jawapan 😅 saya dari trimester 1 sampai nak bersalin rajin mimum. sebab tu je air boleh minum. alhamdulillah selamat bersalin anak da 8bulan daaa 😅😅

hee. tau xpe😁😋

𝙖𝙞𝙧 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙥𝙖 𝙗𝙡𝙝 𝙢𝙞𝙣𝙪𝙢. 𝙥𝙡𝙜 𝙗𝙚𝙨𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙗𝙞𝙡𝙚 𝙗𝙖𝙗𝙮 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝 𝙢𝙪𝙠𝙖 & 𝙗𝙖𝙙𝙖𝙣

penerangan doctor imelda😁

ni awak tngok ni... bolehh je wakkk takde masalah.... jangan dengar sangat kata² Google... Google tk semua betul.... selagi makanan tu tak memudaratkan awak dan baby makan jelah.... tak perlu risau lah... Allah ada Allah jaga bayi dlm kandungan kita .

Tq , Semua ....bukan apa sbb masa trimster 1 doktor pun xbg mnum air kelapa , sbb ada org minum tbe2 bleediang ...katanya air kelapa ni ada gas mcm tu , bhaya'....tu risau☺️☺️☺️

TapFluencer

Ikut badan juga kalau rasa ok thn ok… saya dari awal kandungam minum air kelapa fresh tu sbab tak lalu sngat minum air masak waktu awal2 preggy.. Alhamdulillah baby ok active je

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan