Buah durian
Hi mummy2 comel semua. Maaf saya nak bertanya disini. Boleh ke kalau saya nak makan buah durian satu bijik tu sekali? Sekarang ni dah 33 weeks. Teringin sangat lahh 😭
Saya makan je, semalam pun baru je makan 6 ulas. Haritu pun makan je 7 ulas 😂 Badan sy okay je blh terima. Nak tahu ok tak okay, sis tgk malam2 sis lena tidur tak. Mcm sy lepas makan durian tu wuish lena tidur tak pernah la dpt tidur lena mcmtu😂
saya makan 1st to 2nd trimester shj. 3rd trimester dh tak boleh sbb tk bgus untuk baby panas. Kalau 1st and 2nd bagus untuk gebukan baby2.. Alhamdulillah now keluar baby mmg gebu2 geram! 😍😍😍
baru makan last week durian kunyit sebiji ada 12 ulas tp sy makan sehari 3 ulas je 😂 bolehlah bg hilang rasa mengidam. lps dh dpt nti tgk durian melambak kt tepi jln pn tak hingin dh 🤣
hahahhaha insyaAllah boleh je... ikut ketahanan badan masing2... huhu faham sangat perasaan tu bila kita nak somtin tapi taknak share dengan orang 😆
sy dulu mmg makan jer sebijik tu trs..alhamdulillah xda apa2..tp kna ingat jgk badan kita tak sama..😅jd xtau lh nk suggest mcm mana kt awk😂
Bila tk ada alahan boleh tp jgan mkan bnyak2 sis.. Haritu sya pun teringin nk makan, makan sebijik je trus mual n pening kepala 🤣🤣
sy pernah makan durian 3-4bijik masa pregnant 🤣🤣🤣 mula2 memg nak sikit tibeh tak sedar dh makan banyak 🤣
Elakkan durian waktu mengandung kerana panas tp sewaktu berpantang blh mkn utk hangatkan badan
Kalau takde gdm ok je. Tapi jangan byk sgt laa sbb durian ni tinggi betul gulanya 😬
Saya pernah mjn mkn masa first pregnant.. Lps mkn tu terus minum air sejuk yg ais tu
Smile