TIPS: WORKOUT DURING PREGNANCY

Hi Moms! Kat sini saya nak share macam mana saya kekal aktif semasa pregnancy and workout routine sepanjang mengandung dulu. DISCLAIMER: pastikan mak mak TAK ADA MASALAH KANDUNGAN / KESIHATAN Ketika hamil ya. Kalau ada masalah rahim tak kuat, slip disc, sakit tulang belakang tak disarankan. Saya ada GDM Ketika mengandung jadi memang perlu kekal aktif untuk kawal kandungan gula. Pada ibu2 GDM, pastikan awak WAJIB makan 30 minit – 1 jam sebelum workout untuk elakkan hypo. Boleh check BSP sebelum dan selepas workout kalau nak tau tahap penerimaan / respon badan selepas workout ya. Kalau ada smart watch, lagi bagus untuk pantau heart rate kita. Kalau tak ada pun tak apa, tapi kena sentiasa monitor pernafasan. Rutin saya senang je, 5 hari workout, 1 hari brisk walking dan satu hari rehat. Kalau rajin, minggu tu 6 hari workout, 1 hari brisk walking. Bergantung tahap tenaga saya minggu tu. Kalau tak aktif sebelum mengandung, pastikan start dengan light workout dan tempoh yang singkat. Kemudian baru kita increase dari masa ke semasa. Saya mulakan workout 15minit sehari, lepastu increase ke 20, 30 dan 40 minit. Boleh refer bawah ni untuk rutin saya Ketika mengandung: 1ST TRIMESTER: Low impact exercise. Kita start slow je masa ni, santai2 tak ada guna weight. Sebab masa ni, kita Cuma nak biasakan badan dengan rutin. Tak perlu berat2 macam nak bakar kalori. Contoh adalah seperti dibawah 1. Walking – santai2 jalan kat taman, seminggu sekali. Jalan2 yang macam dating tu kan tak berat. 2. Yoga – pose favorite saya cobra, child pose, cow yg senang2. Saya amalkan ni masa stretching after workout juga 3. Squat, Lunges (with support) , lateral raise (1kg weight) saya buat di penghujung trimester 1. Tak nak buat pun tak apa, tapi sebab saya dah biasa, buat juga lah untuk keluarkan peluh 2ND TRIMESTER: time ni dah boleh guna weight sikit, atau yang mana dah start pakai weight boleh tambah kalau nak. Time ni banyak focus kat leg training. Saya pun dah mula kerap naik turun tangga kalau dekat office. Untuk 2nd trimester juga, kalau boleh elakkan workout yang baring terlentang sangat sebab susah nak bernafas sebab perut makin membesar. 1. Brisk walking – 1 kali seminggu 2. Sumo / normal squat with weight – tujuan untuk kuatkan kaki / lower body in preparation nak beranak 3. Lateral raise with weight – untuk kuatkan upper body & lengan practice dukung baby 4. Lunges with support (boleh pakai foam roller, kalau takde, pakai tangan husband) 5. Side plank : yang ni tricky sikit sebab time tu ada yang dah berat perut. Boleh cuba dgn berhati2 sebab kita taknak jatuh ye mak mak. 6. Inclined push up 7. Step up – kalau tak larat naik turun tangga, boleh cub ani buat kat rumah je. Ambil kerusi kecik, kita naik turun macam naik tangga tu tapi setempat. 8. Bird Dog – yang ni favourite saya sebab dia focus dekat seluruh badan termasuk core. Yang ni boleh bantu kita improve mobility juga. 9. Swimming – masa ni saya pun dah start berenang juga. Bersenam dalam air dan buat stretching dalam air bagus kalau untuk mak mak yang tak larat sangat. 3rd TRIMESTER: basically, apa yang saya buat masa 2nd trimester saya buat juga untuk 3rd trimester Tapi, disebabkan badan dah sarat, semua saya buat with support (kecuali Bird Dog) . Contoh, squat. Kalau dulu takde support, sekarang saya ada support, which is instead of bearing berat dengan kaki, masa squat turun kebawah, saya duduk atas kerusi kalau tak larat. Masa squat pun ibu2 kalau dah tak larat masa ni, boleh opt out weight ya. Kalini kita focus stamina dan kuatkan kaki sahaja. Tambahan 3rd trimester: 1. Jalan Itik – saya start 35 minggu keatas untuk bantu cepatkan bukaan. Nak buat 36 minggu keatas pun boleh, bergantung pada nasihat doctor. 2. Regangan kaki dalam swimming pool – mak dah penat dan selalu sakit pinggang masa ni so banyak buat senaman kaki dalam air dengan bantuan suami 3. Continue naik turun tangga 4. Yoga pose for stretching Lastly, PASTIKAN sentiasa ada teman yang pantau mak mak workout ya. Sebab kita nak elak kemalangan berlaku terutamanya pada yang tak pernah aktif sebelum mengandung. Tapi kalau tak aktif pun, boleh workout yang ringan2, sekadar berjalan petang2 pun dah cukup. Kalau tak larat, JANGAN PAKSA DIRI. Workout ni bagus untuk kita belajar kawal pernafasan masa nak push nanti. Kebaikan workout ni, inshaAllah mak mak dapat kawal pernafasan, dapat kuatkan lower body untuk meneran. Mak mak juga akan alert dengan keadaan sekeliling dan boleh dengar arahan dari doctor dengan jelas. Sebab kita dah latih diri kita dan mental kita supaya kuat. InshaAllah, kalau kekal aktif, boleh kurangkan risiko lemah dan tak boleh teran. Semoga mak mak diberi Kesihatan yang baik dan dapat bersalin normal tanpa koyakan, anak pun lahir sihat tanpa sebarang komplikasi. #mommytobe #health #workout

1 Các câu trả lời

TapFluencer

dari haritu tunggu sis post ni hihi. thank you for the tips! waktu puasa ni would you suggest working out kalau sebelum ni selalu culas, like seminggu sekali je buat? ke tunggu after raya baru start? and waktu bila paling sesuai nak work out, kalau puasa and tak? sis kerja kan, so time bila sis curi masa nak workout daily tu?

Cantikk soalan sis ni! Kebetulan masa pregnant last year pun puasa hehehe. Bulan puasa, sy workout juga tapi banyak skip contoh naik turun tangga tu jgn harap la nanti haus 😂 lepas berbuka, sy banyak buat stretching je. Kalau terawih, lagi tak payah buat sebab lagi bagus terawih dari stretching biasa. Kalau larat baru la buat simple workout. Masa bulan puasa ni, kita santai2 je tapi jgn skip active sebab nak start balik tu, memang liat lepastu. Sebab kerja, sy banyak workout malam, brisk walking hanya hari minggu so boleh bawa anak main kat padang sekali. Kill 2 birds with one stone orang kata 😂. Sy start workout pukul 8 atau 9pm. Sebab time tu husband pun ada rumah. Anak pun nak tidur. Tapi kalau dia tidur lambat, dia pun join sekali 😂 kena ajak segala isi dalam rumah tu sama2 active baru semangat! Habis workout, mandi air suam bagi muscle relax last sekali bilas dgn air sejuk. Memang segar lepastu boleh tidur lena. Awk bangun pun akan segar je.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan