10 Các câu trả lời

nah awak baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g ni Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

Sama mcm saya mengandung ank kedua masa anak sulung umur 1t8b. Misi advice utk slow slow wean off kan. And bila consult doc pun doc cakap benda sama. Doc cakap risiko nya blh induce contraction bila kandungan membesar. Pastu doc cakap bila mengandung and breastfeed sekali ni sebenarnya khasiat makanan tu dah diberi pada 3 org. Keutamaan skrg ibu mengandung and anak dalam kandungan. Anak sulung awak since dah lebih setahun boleh ajar minum susu full cream. Susu dah jadi no 2 utk dia.

Mcm saya doc suggest stopkan penyusuan masa saya dpt tau tgh prgnnt (13w), ank sulung baru 1 tahun 6 bulan.. Alasan doc penyusuan bole mnyebabkan risiko keguguran.. Tp pengalaman mak saya selama mengandung masih breastfeed ank kecik smpai la mereka sndiri nk stop, alhamdulillah tk ada apa2 mslh.. Sis tgok sndiri keadaan diri sis, mampu tk nk teruskan breasfeeding, sbb makin besar perut kita makin penat.. Apa pun sila dptkan nasihat doc yg merawat sis.

saya dulu pon penah mcm ni jugak . anak sulung nyusu sampai 3tahun lepastu saya ngandung n die masih nyusu . memang ade misi yg suruh kita stop bagi tapi bergatung pade diri kita jugak laa . saya bagi ank saya tu nyusu sampai kandungn ke 2 saya mase tu dh masuk 5bulan n slow2 ank sulung tu terus benti sendiri sbb susu pon dh kering kan . takpe sis bagi je sbb sepanjang awal mengandung tu susu awak slow2 akn kering n anak sulung awak insyaallah boleh benti

sy pon mcm tu...waktu mgandung sambil myusu anak pertama..alhamdulillah tkda lah apa2..cuma makan semua kena lebih lagi lah..sbb tok 3 org kan...sampai lah bby lahir.n dua2 myusu sekali..skrg sy tgh mgandung ank no3.doakan ya

Boleh kalau takde masalah kesihatan. Apa pun tanya dr masa you pergi checkup tu sbb dr lagi tau condition badan awak macamana and sesuai atau tak utk bf

Sye pon mcm awk.. Doc suruh stop scepat mngkin.. Sbb boleh mengecutkan rahim dan ade risiko keguguran.. Nurse pon suruh stop mnyusukan ank..

kalau mcm sy masa tahu pregnant 2nd baby. mmg terus tanya doctor. doctor minta slow2 stop. then tanya lactation counselor pon sama.

better wean off. Sy tgh pregnant, anak 1y2m dh wean off sbb risau ganggu kndungan. misi pun ada mention risiko prem juga.

Sy pom pregnant ank ke2.. Xstop pom menyusu bdn... Slgi xde risiko utk janin, doc ckp blh teruskan... Skrg pregnant 38w

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan