Jika ada CL nanti, minta try bengkung dia, tengok sesuai ke tak penggunaan bengkung dgn puan. Adik saya beri bengkung dia kat saya. Saya czer, dan 10 hari selepas bersalin rahim dah kecut dan pinggang dah terbentuk. Berat badan pun turun mendadak, serius tak selesa guna bengkung. 😅 Apa yg saya buat untuk pulihkan bahagian pelvis ialah senaman selepas bersalin yg diajar oleh fisioterapis semasa saya hadir kelas antenatal di HTJ. Boleh cari senaman ni di YouTube. Senam kegel paling senang, masa baring, duduk, diri boleh buat. Saya juga outdoor slow walk seawal selepas sebulan bersalin, memang terasa longgar bahagian pelvis, saya buat ikut mampu slow walk 1 pusingan taman dlm 400 meter je. Nak masuk 5 bulan,baru rasa bahagian pelvis tak longgar. So, bagi saya bengkung tak sesuai dgn saya. Jika puan dah cuba, dan rasa sesuai dengan puan, so pendapat saya survey bengkung selepas bersalin nanti. Lantakkan orang kata, lepas bersalin pun nak shopping. 🙄At least 2 minggu selepas bersalin, badan dah kuat, boleh la gi shopping. Siapa kata, lepas bersalin tak boleh jalan, slow walk je. Tak payah la pakai kain batik, guna pilis nampak lumuran pilis tu/ param. 😅Pilis/ param yg mcm lotion pun ada. Jika menyusahkan puan, puan boleh je order online atau minta sesiapa belikan.
Quins