Hi mommies semua, Alhamdulillah saya dapat berpuasa dah dua hari ni hihi. Cuma harini puasa macam mencabar sikit.
Pagi lepas sahur tu, saya terus muntah makanan sahur masa gosok gigi. Tapi saya teruskan berpuasa sambil kerja. Tengahari dapat nap kejap lepastu bangun terus rasa pening2 sikit. Tapi gigih lagi berpuasa.
Buka pulak tadi, seronok makan, selera pun ye sebab lapar kan. Lepastu nak solat maghrib, ehh pulak dia keluar macam air terjun ye muntah balik makanan semua 🫠
Saya tak tahu lah sekarang ni punca kenyang/banyak sangat makan time sahur/buka atau saya memang tak boleh berpuasa? Risau jugak sebab saya dah nak masuk 19w tapi tak rasa baby gerak apa lagi. Risau baby dia okay tak tu mama dia berpuasa? Ke muntah tu hint dia marahkan mama dia sebab berpuasa? 😅 mohon mommies share pandangan #firstmom