macam mana kuat ganti puasa

hi mommies, nak tanya kalau ada mommies yg belum ganti lagi puasa tahun ni tapi dapat tahu pregnant &due plak raya tahun depan. cemana korang kuat ya utk ganti puasa yg ada sekarang? saya baru 4 bulan, dah cuba tahan makan tapi tak boleh. kalau ada yg nal share tips atau apa apa boleh komen ya, tq mommies 🥰

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

1. Niat ganti puasa kerana Allah. 2. Masa sahur, menu tu lebihkan sumber protein dan serat sayur. Nasi ambil suku pinggan je. Contoh protein: telur 3 biji/ ayam 2 ketul atau quater/ daging sebesar 2 kotak mancis, sayur separuh pinggan. Minum air kosong secukupnya. Selalunya saya ambil 2 gelas/ 500ml air untuk sahur. 3. Jika tak tahan, terus buka puasa. Jangan terus sempurnakan puasa. 4. Consult dgn doktor samada puan OK tak berpuasa semasa hamil.

Đọc thêm