Alahan 1st trismester
Momies nak tanya untuk kurangkan alahan selalu momies makan apa ye ? Makan nasi tak boleh langsung sekarang ni, benda2 berkuah je lalu tu pun kena tengok juga. #5w5d #pleasehelp
Kena cari makanan yang sesuai dgn keadaan puan. Sy mkn yg kering2 je, nasi tak berkuah, mkn dgn ikan goreng ke, telur dadar ke, ulam, roti wholemeal bakar, biskut, muruku, kekacang. Buah pula saya suka masam2 untuk pembuka selera; epal hijau, oren, mangga
Hi sis https://chat.whatsapp.com/D2YoMYjnX8e1lC1skBLeaW Group ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi semangat dan berkongsi cerita tentang baby & journey kehamilan 2022 💟 Copy & share bg ramai yg join group 0 sbb baru buat ☺️
Đọc thêmKena try and error sis. Saya dulu hari2 makan buah untuk alas perut. Kalau makan nasi memang auto muntah. Saya buat aiskrim Malaysia flavour oren, lepas muntah saya makan je aiskrim untuk bagi tekak rasa fresh balik.
Makan mkanan bersup2 jgn pedas2, bykkan makan buah2, sometimes sy makan veloxin tp atas nasihat Dr juga lah. Sbb dr yg bg ubat tu. If xtahan sgt baru sy makan. If x, mmg xleh telan ape ape pun. Asik muntah je
Makan roti wholemeal, mee, pasta or any sumber karbo. Try sikit dulu. Bykkn mkn buah masam2 kalau lalu. Elakkan santan, pedas. Takut loya n pedih ulu hati.
Awak kne try and error mknn apa yg awak boleh mkn. Saya boleh mkn roti, biskut dgn bihun je. Dgn buah buahan. Lain xleh masuk nasi ke ayam ke semu 🤮
Saya 3bulan makan roti kering ja. Air pun kadang2 ja mnum. xlalu mnum air. Sekarang dh ok sikit. Hehe
Makanan berasam, roti bakar, muffin, buah buahan, air limau kosong, telur goreng, mashed potato.
saya sampai 4bulan tkleh makan nasi. tgk nasi ja melugai. saya selalu mkn bnda2 yg boleh je
Try bubur sis. Saya pun taklalu nasi. Lauk apa pun xlalu. Tp bubur boleh go