PUNCA MENGIDAM

Mengidam adalah situasi yang biasanya berlaku semasa kehamilan. Mengidam bermaksud perasan keinginan yang kuat dan secara tiba-tiba dari segi pemakanan dan perlakuan. Mengidam ialah proses keinginan yang tidak terkawal dan bergantung kepada individu (setiap ibu hamil akan mengalami keinginan yang berbeza). Mengidam makanan biasanya melibatkan makanan yang tidak sihat, seperti makanan yang manis, masin, berempah, lemak ataupun makanan yang diproses. Mengidam dari segi perlakuan adalah seperti keinginan menaiki bus atau feri, berjalan-jalan, duduk di bawah hujan ataupun menghidu bau-bau tertentu. Kejadian mengidam biasanya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan (trimester pertama). Punca mengidam dari segi perubatan adalah disebabkan peningkatan hormon progesteron (hormon ste¬roid yang merangsang persediaan uterus untuk meng¬hadapi kehamilan). Perasaan mengidam yang dialami oleh ibu hamil disebabkan oleh hormon-hormon (hormon progesteron) yang aktif sepanjang kehamilan. Peningkatan hormon progesteron berkaitan dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan, seperti pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur. Ketidakseimbangan hormon seperti leptin (dihasilkan oleh tisu lemak yang berperanan mengawal pengambilan makanan dan sebagai pemberi perasaan kenyang, lapar atau selera makan) dan serotonin (hormone dalam system saraf pusat sebagai pemberi perasaan selesa dan senang) juga akan mengakibatkan berlakunya mengidam. Selain itu terdapat juga situasi di mana ibu hamil mengidam bahan makan yang bukan makanan. Situasi ini dinamakan PIca. Apakah itu pica? Dapatkan info pemakanan semasa mengidam dan tips selanjutnya di laman web #anakmalaysiasihat #anakmalaysiasihat #upm #kkm

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan