Tips Breastfeeding Yang Ramai Tak Perasan

mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi.  Setiap bayi yang dilahirkan tidak berupaya melindungi tubuhnya daripada sebarang penyakit . Susu ibu mengandungi beberapa elemen penting untuk melawan jangkitan kuman yang membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis penyakit.    TIPS PENYUSUAN    1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.   2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).   3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan. 4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.   5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)   6) Patuhi rutin mengepam setiap hari ( 3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)   Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi    3 PUNCA SUSU DROP DAN CARA MUDAH MENGATASINYA    1- Demand Sebenarnya nak berjaya menyusu ni senang je, sentiasa create demand setiap 2-3 jam sekali. Tak kisah kita pam atau direct feed.   Tapi saya dah pam tak keluar susu pun?   ????   Apa yang perlu kita buat, teruskan je pam walaupun susu tak keluar. Kena konsisten. Result dia kita akan nampak lepas 2-3 hari nanti selalunya ada yg nampak result Selepas seminggu konsisten. 2- Emosi Ramai mommy yang tak perasan benda ni. Bila kita tengah stress, marah, sedih atau kecewa, memang susu takkan keluar. Kalau terlampau penat pun sama.   So kita sebenarnya kena chill dulu sebelum mula bf atau pam susu. Ambil masa bertenang sekitar 2-3 minit sebelum mula aktiviti bf dan pam.   Eloklah kita ambil air wudhu sebelum mula bf tu. Pastu waktu nak bf, pandang muka anak kita dgn penuh kasih sayang. Dan mulut tak henti zikir atau selawat.   InsyaAllah berhasil... Cubalah. 3- Perancang Ha...yang ni saya rasa ramai lagi mommy yang tak tahu.   Ikut info dari doktor, ada beberapa jenis perancang yang memang akan buat susu drop. Dan ada juga jenis perancang yg dibolehkan ambil waktu kita bf tanpa effect pengeluaran susu.   So, mommy kena lah alert dan tanya pada doktor berkenaan ni. Bagitau je siap2 yang kita ni bf mommy. Nanti doktor akan suggest yang terbaik untuk kita. Semoga tips ini memberi manfaat buat ibu-ibu menyusu untuk pastikan penyusuan lebih lancar.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

GOOD SHARING ♥️