Booster 11w5d

Masa check up swasta doktor kata takyah ambil dulu tunggu habis bersalin, kalau nak pun tunggu baby besar sikit atau 20w dan stabil tapi masa jumpa nurse klinik desa, nurse tu suruh saya walk in untuk ambil booster sebab untuk ibu mengandung dah jatuh wajib katanya. Tapi saya belum pergi. Harini saya baru dapat appointment mysejahtera untuk ambil booster pada 15/3. Perlu ke saya ambil ye? Agak risau sebab first & second dose az saya demam panas teruk selama 5-7 hari tak larat bangun dan makanminum. Sepanjang pregnant pula saya kerap pening kepala melampau & nak pitam sebab hb low sampai tak boleh bangun dan buat kerja rumah. Lain tu cuma loya dan mual. Saya kerap muntah hanya bila keluar rumah atau naik kenderaan. Kandungan saya baru 11w5d, lama saya ttc. Pernah keguguran sekali. Suami minta hold dulu sebab risau. Ibubapa dan orang sekeliling pun suruh saya hold dulu sebab saya jenis lemah katanya. Saya pun hanya duduk rumah je takde keluar selain ke klinik sebab muntahmuntah bila naik kenderaan atau keluar tapi suami saya bekerja di pasar malam, agak berisiko juga. Suami saya lengkap vaksin dan booster. Setakat ni alhamdulillah tak pernah kena covid. Saya tengok feedback yang lain pun macam banyak positif dan ada juga negatif tapi sikit. Jadi apa pendapat semua? Atau ada yang boleh kongsi pengalaman? Saya pun takut kalau kena marah ngn nurse macam akak belakang saya haritu, pregnant 32w tapi belum booster😭 #ingintahu #pleasehelp #bantusharing Saya bukan nak sangat booster ni kalau kerajaan dan nurse tak suruh. Tapi memikirkan keadaan sekarang ada juga baik buruk vaksin tu yang saya agak keliru. Kalau ikut kata hati memang taknak langsung ambil dari dose 1 😅 Jangan ler maroh, saya cuma tanya pendapat masingmasing sebab ada juga yang sarankan ambil je vaksin dan ada juga kata hold dulu.

33 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sis, vaccine adalah dlm tanggungan risiko sendiri, persetujuan sendiri utk menjadi test lab, salah satunye vaccine yg perlukan tandatangan agree risiko sendiri, ia tidak menjamin keselamatan selamat dari pe pun covid type yg akan dtg. Ibu mengandung adalah peranan yang perlu beri keutamaan pada nyawa bayi dan kesihatan bayi bertanggungjawab menjaga bayi amanat yg diberi oleh tuhan. Bolehke nurse yang kata paksaan undang undang yg tak boleh gurantee itu memberi tandatangan jika ibu tak mahu, mereka menjamin sepenuhnye yang ibu dan anak selamat dari covid. Tidak, ramai yg mempunyai sejarah masalah kesihatan mendadak selepas vaccine. pesakit covid ramai mendadak naik, anda tak setuju perlu bersuara. Tiada paksaan bagi volunteer. Booster secara terang WHO adalah utk org yg berumur lebih 65 tahun dan kurang immunity dan pada yg inginkan. Bukan wajib. Allah tak wajib kan. Manusia siapa untuk wajib kan dan mereka tak blh gurantee. Sis, jgn amik booster sewaktu mengandung, setiap booster adalah test bukan gurantee ke atas manusia..mencuba ...jika ada komplikasi lain di jangka panjang pada sis atau bayi, tak siapa tahu atau mengaku akan kesilapan booster. Mereka akan tutup cerita. Ibu dan anak selamat adalah tanggungan allah saja, ikut sop jgn merayau keluar sangat untuk elak jangkitan manusia yang dah ada covid. Yakin pada allah, jika mmg diuji covid redha lah dan cuba makan makanan khasiat utk kuatkan immune drpd bergantung ubat vaccine yang tiada jaminan halal dari WHO. Jika ajal, maka berjuang dan redha pada hanya allah. Tapi jgn amik risiko vaccine hanya kerana manusia yang lain, bersuara tidak mahu n be natural mom. Saya bukan anti vaccine tp saya rasa pelik covid masih tak turun di negara kita, dan saya tak yakin pada booster lbh lbh lagi sewaktu mengandung dan menyusu.

Đọc thêm

i am currently on 37w6days pregnancy.. post covid patient masa tu 32weeks kena covid.. sblom tu mmg tak ambik booster lagi.. skrng bnyak kes kena covid melibatkan ibu mengandung.. masa i hri tu pn ramai kes ibu mengndung..ibu mengndung yg kena covid effect smpai hbis covid pn dok ada lagi.. skrng ni ikutkan imune badan ibu mengndung lagi rendah dri kanak2..sbb anak2 sy 6 tahun dgn 4 tahun negetve tp sy sorg je postve.. i pn tak ambik boster masa tu until now.. i plan nk ambik lepas bersalin je.. hasben i sruh tggu lpas bersalin.. terpulang pd awak klaw awak rasa antibody lemah tanak lg ambik booster tggu je laa dlu.. maybe masuk 2nd trimester bru ambik since hasben awak kerja dkt tempat ramai jumpa org.. tp apa pn terpulang pd kita sndri.. sy complete vaksin masa tu ta tahu pn pregnant.. tahu2 dh 6w pregnancy after complete 2nd dose.. sy mmg risau sgt2 takot apa2 jd dkt kandungan.. no worries kita paham apa awak rasa.. pendpat sy kita jaga je dri kita baik2 tggu body awak dh ok.. bru ambik boster.

Đọc thêm

Assalammualaikum. Pengalaman sy. Sy pun mula2 risau nak ambil booster bila dgr crita mcm2. Siapa ja x tkut. Lagi2 sy ttc lama. Tp sy pikir satu ja kita ikhtiar utk elakkan drpda sbrg penyakit & skiranya terkena berharap kurang rasa sakitnya nanti. Doc sarankan ambil bila kandungan 14w keatas. Lagipun doc kata antibody bumil ni lagi rendah senang untuk terkena sbrg jangkitan penyakit. Lagi2 kita rajin keluar masuk klinik utk bt checkup. So sy ambil lah masa kandungan 14w5d. Alhamdullilah x da sebarang kesan apa2 spti demam, lenguh tangan & mcm2 lg. Esoknya sy scan baby alhamdulillah smuanya ok. Berdoa mintak yg baik2 dan smoga dpermudahkan segala urusan kita. Pendapat saya tanya doc awak. Bagitahu masalah yg awak hadapi. Klu awak rasa ragu2 hold lah dulu. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yg baik2🤲🏻

Đọc thêm

Saya pun bimbang nak ambil booster. 3 kali dah postponed. Nak ambil sgt, tapi bimbang efek kpd baby. Sbb ni kandungan yg ketiga (22w) tapi yg pertama InsyaAllah slps kandungan pertama gugur 7w, dan kandungan kedua stillbirth 6bln dlm kandungan. Tapi saya suruh suami ambil booster utk lindungi saya dan dia ada bisnes jumpa rmi client. Semalam saya positif covid. Alhamdulillah mild simptom shj stkt ni. Alhamdulillah juga suami negatif. Hikmah dia booster, dia tak perlu kuarantin dan blh urus mkn minum ubat2an saya serta blh berniaga mcm biasa. Nak ambil atau tidak terpulang kpd Ibu2 sbb kondisi dan situasi setiap ibu tak sama. Berlaku apa2 kpd ibu sama ada tak booster atau dah booster pun, ibu tu sdri yg tanggung. Saya pun serba salah ni. Semoga simptom covid yg saya hadapi ni kekal sederhana shj hingga hbs kuarantin 🤲

Đọc thêm

Saya pon dah ambil booster masa awal2 haritu, xsure sy dah pregnant atau x masa tu ada dpt appt booster dan boleh pilih nak yg mane boleh bgtau doktor kt sane tgk mne sesuai dgn kita..kalau x nak kuat sgt boleh ambil pfizer atau sinovac..skrg sy dah nk masuk 8 minggu..alhamdulillah sihat, sbb sy dh tanya nurse masa buka buku pink haritu, xda masalh pon ambil booster xda effect dekat janin..tapi ikut kata hati awak la mcm mana, naluri seorg ibu kan..sbb risiko ibu mngandung kn ada kalau lgsg x ambil vaksin.

Đọc thêm

Saya menyesal ambil booster.. Apa² jadi adalah tanggungan kita sendiri. Lepas cucuk booster jantung baby jadi laju, sampai kena warded 3 hari utk pantau.. Sepanjang dkt wad setiap hari sy menangis, setahun sy tunggu nak dapat first baby. Skrg sy 33 week, sebelum ni tak pernah ada masalah hb ke gdm atau apa². Harap semua baik-baik saja. Saya doakan urusan puan dipermudahkan

Đọc thêm

Takyah lah tgok orang lain. Dah tahu TTC takyah nak booster sgt. lagipun dah nak fasa endemik dah. Takde sape kesah dah awak vaksin ke tak ke😌 Jaga je kandungan awak mcm biasa takyah pikir vaksin sgt. Bukan nya awak takleh beranak kt hospital pun kalau tak booster… Kawan sy gugur kandungan 4 bulan lepas amik vaksin so sy taknak awk pun nnti menyesal tak pasal2. Tak marah, nasihat je

Đọc thêm

Sy da 11w preggy.. da ada tarik ambil booster.. tp sya x hirau kan.. peduli la mysejahtera nak kuning ka putih 😂 sy da pernah keguguran sekali.. lepas ambl vaccin.. sbab tu taknak booster masa mngandung skrg ni.. apa2 risiko hosptal tak tanggung pun

sy dh bgtau nurse awal2 sy ambik booster lepas bersalin sbb masa dos 1 n 2 demam panas, bdan tumbuh merah2 gatal n sesak nafas.. sy jenis yg berisiko jd kena ambik vaksin di emergency masa tu.. elergik teruk.. sy ttc hampir setahun dan ni anak pertama.. jd nurse pun kata kalau sy x nk ambik risiko tggu je lepas bersalin..

Đọc thêm
Influencer của TAP

Ermmm.... klu sy jd awak, saya ambil pada saya rasa badan saya sihat dan bertenaga, tiada alahan hamil. Jngn stress ye.. yakin pada diri nak atau tak nak vaksin. Family yg tinggal bersama awak pun kena aware lah awak golongan berisiko, so, jaga SOP ketat2 bila berada dekat awak.