Susah ke nak respect saya sebagai ibu kepada anak saya?

Maaf ini cerita panjang... Masa berpantang, saya tegur mak mentua jangan letak banyak sangat minyak telon sebab tak tahu penerimaan kulit baby macam mana. Baby masa tu baru seminggu umur dia. Dia tegur saya tak pakaikan bedak dekat baby. Saya kata saya taknak pakaikan lagi tunggu dia besar sikit. Dia bebel cakap nanti baby busuk. Dia suruh saya buh air masak dalam botol bagi baby minum. Baby baru 3 minggu. Saya kata nanti umur 6 bulan saya bagi. Dia menjawab "alah buat hilang dahaga dia je!" Saya kata saya taknak bagi saya nak tunggu 6 bulan. Dia menjawab lagi "awak tu belajar benda salah!" Saya malas melayan saya diam je. Apa jadi? Dia mengadu kat suami saya. Cakap saya kuat melawan. Apa dia buat semua tak kena. Lepas tu konon merajuk taknak datang rumah biar saya jaga anak sorang-sorang. Suami saya kerja dengan mak dia so dia panggil suami saya masuk kerja masa tu baby umur tak sampai sebulan pun. Ya bermulalah tempoh saya berpantang sendiri, makanan saya, saya masak sendiri. Kadang-kadang kebuluran dari tengah hari sampai malam sebab anak menangis. Orang kat sini tanya kenapa tak upah CL? Mak mentua saya bising sekampung suruh suami saya arahkan saya cancel booking CL. Orang lain cerita dia pantang mak mentua dia jaga, hidang makan etc. Mak mentua saya hidang bebelan je. Ingat lagi dia ugut suami saya "kalau awak tak bagi bini awak makan ikan haruan ni, anak derhaka la awak" mungkin dia bergurau tapi sampai anak umur 8 bulan pun saya masih terkesan lagi. Saya banyak kali ulang saya memang tak makan ikan haruan!!!! Mak saya sendiri pun tak pernah paksa sebab dia tahu saya memang tak makan! Saya makan dengan linangan air mata. Rindu mak saya masa tu. Nak cerita kat dia pun saya takut bergaduh pulak sesama besan ni. Kalau saya tak makan ikan haruan ni ada orang mati ke? Takde pun! Habis tempoh berpantang... Anak 2 bulan. Masa tu bulan puasa. Overtired sebab masa tu berbuka puasa kat rumah family suami. Saya tak faham sampai harini kenapa suami minat sangat melepak kat rumah family dia lama-lama. Anak dah mengamuk dia nak susu dan tidur. Nenek suami ingat ada "benda" kacau jadi dia pun calit garam kat baby saya. BABY UMUR 2 BULAN. Takde mintak izin ke apa. TAKDE. Saya dilayan macam tunggul kat situ. Anak dah 4 bulan. Bawak la baby jumpa dia. Bising pulak sebab saya hantar baby kecik pergi taska. Lah? Takde pun offer nak jaga? Lagipun baby masih perlukan saya. Masa tu kami suami isteri pjj, saya dengan anak, suami stay kat rumah kami. Allah sedih tak terkata. Masa tu konon rindu cucu la. Ha calit la segala air sunquick ke mulut dia. Baru 4 bulan dah kena paksa rasa air sunquick. MAK DIA PUN TAK AJAR DIA MAKAN LAGI!!!! Anak sekarang 8 bulan dah boleh makan. Dia tegur anak saya tak boleh jalan lagi sebab dia gemuk. Suruh stop susu S26 ganti ngan susu lain. Saya menjawab "dia banyak menyusu badan" terus dia terdiam. Saya sebenarnya nak jawab "kau siapa nak arah-arah orang stop susu bagi susu? Aku ni lagi berhak tentukan dia nak susu apa" tapi saya malas bergaduh sebab takde guna. Suami saya akan kecewa dengan saya nanti. Hari ini kt kenduri, dia sibuk suapkan bubur kacang kat baby. Baby suka lah bubur kacang kan manis kuah dia. Lepas tu dia suap air asam boi pudina. Ya Allah. Takde sepatah pun "boleh suap ke?" daripada mulut dia. Saya ni mak dia tau bukan tunggul. Saya bagi alasan "baby tak boleh makan pudina". Dia menjawab "alah sikit aje buat rasa" Saya masa tu sikit lagi nak balikkan meja dan mengamuk "AKU CAKAP TAK BOLEH, TAK BOLEH LA!!!!" Ya Allah barannya saya rasa. Saya nak bercakap dengan suami pun takde selera dah. Suami saya tak bersuara langsung masa tu. Entah. Susah sangat ke nak hormat permintaan saya. Saya bukan batu tepi jalan. Saya ibu kepada bayi tu. Saya lahirkan dia. Saya lebih berhak ke atas anak saya kenapa mak mentua saya rasa dia entitled gila especially terhadap keluarga kecil saya? Bila saya meluah ada lah komen sini cakap mak mentua pun kena dianggap sebagai mak kandung. Tak sama langsung! Mak kandung saya tak biadab macam ni terhadap saya! Dia tanya dulu anak makan ke ni? Anak makan ke buah ni? Boleh makan ke ikan ni? Mak kandung saya lahirkan saya bukan mak mentua yang lahirkan. Pastu mesti ada komen suruh menjawab balik. Tengok lah apa jadi bila saya menjawab balik. Pandai mengadu kat suami saya. Nak suruh bercerai agaknya. Bila saya kena aniaya macam ni hati saya meronta nak balik rumah mak saya untuk beberapa hari. Rindu mak sendiri. Ternyata jadi ibu ni membuatkan saya sunyi. Lagi sunyi bila mak mentua tak respect saya langsung. Takkan nak mengadu kat suami. Mestilah suami tersepit. Jadi saya luah je la kat sini. Bukannya saya melawan apa, saya cuma lindungi anak. Saya ada cara saya nak jaga anak. Kenapa tak boleh respect cara saya? Susah ke? Anda rasa saya kena respect lagi ke orang macam ni? Bukan sekali dia menjawab saya bila saya kata tak boleh. Dia nak jugak menjawab ingat saya ni apa??? Dah la hampir buat saya bercerai dengan suami DALAM PANTANG sebab aduan dia tu. Dia nak anak lelaki dia jadi duda ke? Saya dah serabut nak melawan. Hanya mampu meluah kat sini lepas tu diam tak cakap sepatah dengan suami kalau dia tanya kenapa macam takde mood. Kang dia tersepit saya pulak konon gaslighting lah apa lah. Syurga dia kan mesti lah dia akan pilih mak dia. Penat dah menangis. Bukan susah pun permintaan saya. Hanya respect saya sebagai ibu kepada anak saya. Tanya dulu atau mintak izin nak suap apa-apa. Tu saja. Susah ke? Nak respect sebagai menantu memang failed dah. Ni nak respect sebagai ibu cucu dia pun failed. Entahlah. Hadap je la sampai dia ke alam barzakh. Huhu 😔😭

34 Các câu trả lời

Tu ank awk..kalau pertama kali dh mrh n still Bt lagi awk blh mengamuk sbb apa2 jd nti kat ank awk juga yg kena.mcm ank sy nk masuk 2thn bln dpn n bab mkn mnum mmg sy jaga xdelah terlalu ketat tp benda2 yg xblh bg utk usia dia mmg sy xbg.ni pn bru je jd hari isnin lps..ank saudara suami sy bg ank sy mnum air 100plus..serius menatang gila apa bt mcmtu.sy mengamuk mrh..sy dh warning.kalau berani lg lps ni tgok la sy bt apa pula

Geram pulak aku. Kalau aku dah melawan dah. Biarlaa sana begadoh ke apa. Lg bagus depan suami biar suami nmpak dgn mata sdri situasi pemulaan smpai bgadoh tu so ibu mertua tu xmenambah perisa msa mengadu. Lawan je sis. Anak nnti jd memilih maknan@sakit bukan mertua yg bersengkang mata menjagaa. Jgn jd lemah. Nnti smpai ke besar anak sis mentua yg atur2 sesuka hati dia

Kenapa tak di maki kan je mak mertua tu? Kalau saya xkisah la mak mertua ke apa ke mmg kena maki dh … bukan nak ajar jadi kurang ajar tapi cuba tgok Zaman skrg brp byk Cucu mati sbb nenek sumbat macam2 ? Lantak la nak bermasam muka ke apa … Yg suami tu pon knp bebal sgt dok umah family lama2 dgn anak dh mngamok bagai .. balik je lah macam xboleh jumpa lagi …

Kenapa you lebih rela stress sorang2 ye, tu kan anak you. You are the best protector for your baby. Kalau i jadi you, i tak jejak dah kot rumah MIL. You tak payah mengamuk tinggikan suara ke apa kalau MIL you suap macam2, just be firm bgtau you tak suka. I mmg direct je dgn semua, nak merajuk ke nak tarik muka silakan. Tapi lama2 they all boleh faham cara kita

Setuju juga komen ni

Haaaa gigih aku baca sampai habis 😮‍💨 faham sangat membuak-buak marah bila kita mak mak ni beria menjaga pemakanan anak sebab nak anak dapat makanan berkhasiat tapi bila kat tangan orang lain disuapnya makanan tah pape 😤😤😤😤 faham sangat rasa nak marah tapi takut makin memberi mudarat haihhhh anginnya aku 😭😭😭😭

saya suami isteri mmg direct to each other. senang sbb bila tak luah, jadi tak faham. Alhamdulillah suami faham & saya jarang balik ke rumah mertua lebih2 lagi sejak mengandung. Tapi saya tak pernah halang malah galakkan suami jumpa mak dia. suami juga bekerja dengan mak dia, namun saya percaya rezeki insyaAllah ada dimana-mana.

saya harap sis sabar bertempat ya. utamakan kesihatan mental sis demi diri sendiri & anak. btw, mil saya juga lain race dengan saya. so, banyak benda yg kena tolerate but kalau yg x boleh tolerate saya mmg direct dgn husband. husband pun kena la function juga. plus, jgn jadikan diri mangsa 'guilt trip' (even atas alasan agama) mcm kes ikan haruan tu. apa2 pun insyaAllah moga sis kuat, hidup utk diri sendiri & anak bukan utk org lain.

Allahu mama siannya awak. penat fizikal, penat lagi mental nak hadap mertua dari neraka camni 😞 faham mcmana awk rasa skang. memang susah jaga anak kalau ada org tua camni yg sibuk memandai² nak jaga jugak anak kita. better kurangkan jumpa mertua tu sis. cuba elak sampai anak besar sikit. moga mama terus kuat yee.

sy rasa pjj adalah penyebab sbb puan tak tinggal sebumbung hari2 bersama suami, jd sifat secure kn ank n isteri tu xde.. n sbb pjj suami byk lepak kt umh mil. maybe kne discuss lebih pnjg psl ni.. or puan diamkn diri sementara waktu g rumah parents bercuti.. kita boleh independent thats okey.. kne kuat okey..

Kami dah tak pjj sekarang huhu

sabarnya awak sis , tapi jangan lah sis terlalu pendam semua ni, mmg bagus sis luah kat sini tapi sis perlu bgtahu suami dan minta pendapat mama sis juga, kadang besan2 ni ada caranya.. risaukan mental kita sis tu yg pentingg… semoga Allah angkat semua kepayahan sis bila bersua dgn MIL sis

yes btul mak mertua xsama betul dgn mk sndiri ..kdang sya pun xsuka blik rumah mk mertua dsebabkan belah sana suka suap macam2 ..kita ni dianggap tunggul jaa .sya tiap kali balik sana sya doa byak2 supaya dipercepatkan masa .geram kan bila depa terlebih tau ni

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan