Merancang sendiri
Korg yang ibu2 yang dh anak dua tiga empat, korg merancang sendiri mcm mna ya? Saya first mom, baru sorg anak. Saya tk mkn atau pakai apa2 perancang sbb nk merancang sendiri. Korg blh bagithu saya mcm mna tak?

Saya pun merancang sendiri dan suami tak pernah pakai kondom. Suami main peranan paling penting, hanya suami je yang tau control, sebelum ejaculate, suami mesti tarik keluar lebih awal dan tumpah luar. Kalau suami tak dapat agak bila nak keluar, risiko sangat tinggi untuk pregnant, sebab pre-ejaculation masih boleh buat kita pregnant. Tapi cara ni tak semua orang sesuai, sebab betul2 bergantung pada suami, kalau suami pandai control bila nak ejaculate, akan ok. Saya buat cara ni sampai sekarang anak pertama saya dah 4 tahun, tak pernah lekat. Umumnya, untuk lebih berjaga2, kena elak waktu subur dan mesti pakai kondom setiap kali bersama. Tapi tetap ada kemungkinan boleh pregnant sebab banyak kes kondom bocor. Jadi kena buat triple protection, 1) elak waktu subur, 2) pakai kondom, 3) suami wajib tumpah luar walaupun pakai kondom. Kalau masih pregnant juga, maknanya Allah dah takdirkan untuk awak pregnant lagi walaupun dah niat dan ikhtiar untuk jaga jarak kehamilan. InsyaAllah ada hikmahnya kalau situasi ni berlaku.
Đọc thêmsye rancang sendiri untk dua2 anak. alhamdulillah setakat ni masih berjaya. anak 2nd dh 3y. 1st - kena alert dgn waktu subur. time ni elakkan nk bersama dgn husband. tanda kite tgh subur ada keluar cairan jernih/egg white, suhu bdan panas sedikit drpd biasa. 2nd - walaupun dluar waktu sbur, better pakai condom, lebih selamat. guna la brand durex sgt trusted. beli yg kotak besar tu boleh tahan smpai 3-4bulan. 3rd - org lelaki dia ada pre-ejakulasi, walaupun dia buang luar, possibility untk kite pregnant sgt tinggi bila bersama masa waktu sbur or dkt2 dgn waktu subur. berjaga2 la. nak merancang sendiri ni sangat perlukan kerjasama yg tinggi drpd suami.
Đọc thêmdlu lpas Sy bersalin anak pertama,Sy direct je merancang ubat sbb trauma branak sakit😅spnjg mkn ubat slera mkn Sy menjdi2 smpai dh overweight,apa dpn mata melantak je,Sy pula jnis tk mcm org lain dpt control nafsu mkan,smpai lh stu hri Sy disahkan ada cyst dermoid yng terpaksa kena operation,Sy tnya doktor apa sbb cyst tu ada,dia ckp sbb pemakanan tk dijga terutama kerap mkn ayam,setahun kmudian slaps buang cyst,Sy pun mengandung lgi anak ke2,dn skrng pun dh slmt bersalin,bby lgi 3hri msuk sebulan, appointment kk nnti pun klau misi tnya merancang apa,mybe Sy akn merancang sndri/kondom,ini bgi Sy lh,sbb Sy pernh lalui so kli ni dh fhm dh,Sy pun pernh merancang sndri 2tahun lbih,setelh Sy lepas pil prncang..
Đọc thêmnk selamat pakai condom atau pakai implanon takde kacau hormon, saya masa anak first pun sibuk nk rancang sendiri last2 sangkut haha sampai lah anak ketiga jarak dkt2 je. skrg tengah preggy 31 weekk.. next plan tanak dh ramcang sendiri pakai implanon mungkin.. walaupun mhl.. nk jaga mental kita sebagai mak ni. struggle betul anak2 dkt umur nya.. biar lab jarak jauh sikit rasa mcm berdosa lakk keje nk marah jer .. si abg kacau si adik.. si adik nk brg si abg.. suka pukul2 si adik sebb jeles alahai..usia muda lagi tapi ku rasa dh tua sangat haha hari2 nk marah anak 2 semua boyy..
Đọc thêmsy pun merancang sendiri..1st dh 7 thun 2nd 4 tahun now prgy 24w.. pernah g ceramah merancang,, ade doktor ckp bkn xblh lps dlm trus, kesian pulak kat suami nti.. siapa yg ikot calender, die kate blh lps dlm 3 ari sblm period n 3ari slps period.. lps tu jgn lps dlm.. n suami btul2 kene bg kerjasama juga.. sy bt ape doktor tu ajar..ade skli trlps wktu subur, cpt2 beli postinor.. 😂 bile bulan dpn tu lewat 2 3 ari sy bt upt.. alhamdulillah selamat.. tp ape2 pun kt merancang ,Allah yg tentukan .. 😄
Đọc thêmsaya anak sorang nak masuk 4 tahun. tak merancang@ usaha utk tambah anak, tak pernah makan pakai perancang. bersama hanya luar waktu subur, pancut dalam tp kondom. lain hari tak sex. bermanja suami isteri setiap hari bkn wajib sex semata. wajib setiap hari tidur peluk, morning night wishes, kisses, hugs.
Đọc thêmkalo rancang ssndiri guna kondon...jgn bila nak pancut baru pakai..pakai dari awal..kalo subur pre ejeculation tu boleh mngandung. dua2 kene main peranan..kdang org jantan ni pikir sedap je.kalo laki tak dispilin tak boleh rancang sndiri..sila guna perancang lain. sok yg seksa kita yg perempuan ni.
saya lepas anak 1st dulu cucuk depo, tapi rasa rosak badan. tak worth it. lepas anak 2nd ni rancang sendiri je. ingat nak try iucd tapi takut menyesal lagi haha kalau yakin boleh rancang sendiri ok jee, jangan terpengaruh sangat dengan nurse/dr yang suka push 😂
Đọc thêmGuna ovulation test, time dapat dua garis (tengah subur) kena guna kondom or protection lain. Time satu garis tanda tengah tak subur. So peluang pregnant rendah. Tapi kena pakai protection lain, sebab peluang rendah pun orang boleh ja pregnant.
Rancang sendiri je sis. Lepas luar, bila dah ready nak TTC, boleh dah lepas dalam. Kalau boleh nak elak benda2 yg boleh ganggu hormon ni. Kalau terlepas tu, anggap rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah
