14 Các câu trả lời
Hai, tahniah sebab dah 5 minggu pregnant! Memang ada kes-kes pelik di mana suami pula yang merasa simptom kehamilan macam mabuk ni. Ini dikenali sebagai "couvade syndrome" atau "sympathetic pregnancy". Biasanya ia berlaku kerana suami sangat prihatin dan empati terhadap keadaan isteri yang hamil. Untuk mengurangkan rasa mabuk suami, boleh cuba beberapa cara ni: 1. **Makanan Seimbang**: Pastikan suami makan makanan yang seimbang dan elakkan makanan yang berminyak serta berlemak tinggi. 2. **Halia**: Halia memang terkenal dengan khasiat untuk mengurangkan rasa mabuk. Boleh cuba buat teh halia atau masukkan halia dalam masakan. 3. **Rehat Secukupnya**: Pastikan suami dapat tidur dan rehat yang cukup. Kurang tidur boleh membuatkan rasa mabuk lebih teruk. 4. **Elakkan Tekanan**: Cuba kurangkan tekanan di rumah dan tempat kerja. Tekanan boleh memburukkan lagi keadaan mabuk. 5. **Minum Air**: Pastikan suami minum air yang cukup setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan rasa mual dan mabuk makin teruk. Kalau semua tips ni masih tak membantu, mungkin boleh pertimbangkan untuk suami jumpa doktor untuk nasihat lanjut. Jangan risau, biasanya simptom ini akan hilang sendiri bila kandungan semakin besar. Harapnya suami cepat sembuh dan boleh terus support awak sepanjang kehamilan ni! https://invl.io/cll7hzz
saya setiap kali preggy husbnd yg dapat signal awl demam smggu muntah2 x larat makan. baru2 nie dia demam teruk muntah2 bagai dia soh cek pregnancy test tp bila test negatif alhmdulillah 2 mggu lepas tu husbnd pon nmpk mcm okkk saya test naik double line terus alahan tu berpindah dekat saya. kena hadap alahan smpai 7 month. masa anak sulung dlu 2 mggu je alahan
penat mmng pnat x lalu nak makan asyk muntah aja tp enjoy je journey preggy nie. mana tahu allah nak bg mudah bersalin ke aaminnnn ☺️
alahan puan🤣😭😭😭kite dh ingat org nk tulis cite -ve td gi klinik laa suami tu pun. muntah ke? haha adoii sian suami haa tp blh la dia faham, kita blh laa buat bahan, haa ingat org perempuan suka2 ke acah2 alahan bila pregnant.. pastu tanya mengidam nak makan apa2 tak😂😆
hahaha nampak la tak sanggup nk lalui tu.. takpe bang 9m je🤣
saya dan suami, Alhamdulillah, takde mabuk2 ke, morning sickness ke, alahan apa semua tak de.. paling2 pun, saya tak boleh bau ayam, telur n ikan mentah... tapi bab mengidam, suami lagi banyak mengidam, mengalahkan saya...🤣
waah.. seronoknya xde alahan .. impian setiap ibu wktu hamil 🌼🌼
anak pertama dulu suami saya y alahan teruk..sampai kerja dok pening kepala mual..😂 tapi alhamdulillah kejap je..msuk je trimester 2 suami dah ok..tp kesian la msa alahan tu...saya mampu bg smgt je..😅
lama jugak tu nk tggu trimester ke 2 . dh sama pulak timing mcm kita yg alahan 😂 tp mmg kesian . die asyik tanya je ," bila nak habis ? biasa sampai bila ?" . xtau la kite nk jawab ape 🫣
Awak just enjoy pregnancy awak 😊Mana tahu husband awak lagi menghargai awak sebab dia yang terkena alahan mengandung. Ada suami yang ingat alahan ni sebab mengada2 padahal.. hanya Allah yang tahu.
yes yes yes ... kita enjoyyy .. baru la die boleh rasa kan apa yg kita rasa .. nmpk la lebih hargai . kita ajak p kedai pun die bawak walaupun tgh pening² nk muntah .. 🌼
sy pula nak sgt suami yg rasa alahan mngandung 😂 supaya boleh canag dgn kwn2/bdk2 lelaki lain sentiasa hargai bini/istri yg mngandung. lgpn alahan sy sllu teruk.. xlarat 🥲
sy dulu anak yg ke 2 baru suami yg mabuk teruk. sy gelak dlm ht. bkn nak kesian. baru padan muka. biar suami rasa apa yg kita rasa. sampai mknan pun si suami tak dpt nak telan😁😁😁
Sy mengandung kali k2 n suami alahan demam kurang selera mkn memang tak bermaya.. Kandungan 15wek alahan kt suami kurang2 da..
wahhh . sekejap je alahan kat suami . alahan bermanja ni .. 🌼
Pakcik saya 6 org ank. Enam ii tu die yg mabuk. Dh la driver lori. Hahahaha. Nk xnk hadap je la😆😆😆
ini parah 😂😂
Husna Kadir