Bercinta Sebelum Kahwin

Hi kesayangan! Haa, nak tanya ni berapa lama anda bercinta dengan pasangan sebelum kahwin????? Ke ada yang bercinta SELEPAS kahwin? Jom la kongsi dengan kami dan pengguna lain juga ok! Ruangan komen sentiasa tersedia untuk anda.

Bercinta Sebelum Kahwin
1217 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

tak bercinta.. mak mertua berkenan time kenduri sepupu..then terus dtg risik.. 4 bulan je tunang lepas tu terus kahwin.. bercinta lepas kahwin la kami ni 🤭 2tahun bercinta lepas kahwin, lepas tu baru dapat baby 🥰

Buat mse skrng nie msih couple ..blm tunang n khawin lgi .. kmi sme2 kejar mse depan .. hubungan kmi dah setahun setengah ... doakan hubungan kmi brkekalan smpai ke akhirat ye ... hehe .. sye syng sngat2 kt my dear ..💑💏

7 tahun. Berkawan dari form 3. Hubungan jarak jauh. Suami di Kelantan. Saya di Perak. Huhu. Berkahwin pada umur 21 tahun. Alhamdulillah sudah 3 tahun berkahwin, dikurniakan seorang anak dan pregnant anak nombor 2.

Kenal setahun. Satu tmpt stdy. Habis stdy kawen. Buat majlis 3 dlm 1. Time majlis first time belah lelaki jmpe fmly sy. Time tuh merisik haha... Lepas merisik bertunang dlm 10 15 minit. Trus akad nikah. Selesai.

Lama juga la bercinta 3tahun sebab tunggu sy abiskan study 😂 tp x sempat abis study dia dh ajak kawen. Now perkenalan dh nak masuk 6tahun. Bercinta 3tahun, perkahwinan nak masuk 3tahun juga. Anak dh 1y6m 😊

Kenal sejak sekolah rendah tahun 2011.. Couple bulan 10 tahun 2017.. Tunang bulan 5 tahun 2019.. Kahwin bulan 10 tahun 2019💞 Skrang ni tgah menanti cahaya mata yg pertama, insha allah bulan 7 tahun 2020😇

Kwan 1 sek.. msa zaman sek mmg x de pape perasaan sbb msg2 pemalu.last zmn sek 2006 lost contct ,bln 7 2017 bru jmp semula.. bln 8 2018 tunang, bulan 3 2019 kwin.. dri 2017 smp kwin 2019 hanya 4x jmp.. hehe.

saya ngan suami kenal seminggu pastu tunang dating jarang2 sbb lepas 3 minggu saya accidents patah kaki. lepas 9 bulan nikah sekarang duk serumah perangai masing2 dah tau 🤣 skrg tgah pregnant 20week

Bln 3/2014:1st kenal Bln 5/2014:dtg merisik Bln 9/2014:tunang(br bcinta) Bln 8/2015:kawin Musim pkp:dpt berita da mgandung (alhamdulilah) 5taun tuhan kami honeymoon utk diberi anugerah ini..

Đọc thêm

kenal bulan 8/2015 , tunang bulan 11/2015 & kahwin bulan 5/2016 .. sekarang tengah pregnant anak pertama 🤭 due date baby bulan 8 juga dia nak keluar ikut bulan mama papa dia mula² kenal dulu ..