14 Các câu trả lời
boleh baca sharing post dr fb doctor imelda balchin pakar o&g. “Doktor, doktor.......saya dah lima tahun trying to conceive, tapi belum ada rezeki.” Haid Puan macam mana? Ada datang haid setiap bulan? “Ya doktor, haid saya regular, setiap bulan datang.” Ada makan ubat-ubat apa-apa tak? Saya nak tau, semua jenis ubat-ubat yang Puan ambil. “Saya ambil folic acid dan ubat untuk haid saja.” Ubat untuk haid? Ubat apa tu? “Saya beli dari internet, ubat yang sama dengan yang kawan saya ambil, untuk kitaran haid yang tak menentu. Dulu haid saya tak regular doktor, sekarang saya makan ubat ni, memang dah regular. Memang betul kawan saya kata bagus ubat ni.” Berapa lama dah makan ubat ni? “Dah beberapa tahun doktor.” Mai tunjuk ubat apa, bawak tak ubat tu? “Yang ini doktor.” Laaaaaaaa ini pil perancang keluarga!!! Kenapa beli ubat sendiri. Jangan makan ubat yang kawan Puan makan sebab apa yang sesuai untuk kawan Puan tidak semestinya sesuai untuk Puan. Kawan Puan bukan trying to conceive kaaan. Lain kali datang jumpa doktor dulu sebelum beli ubat-ubat sendiri naaaaa. Sekarang boleh berhenti makan pil perancang keluarga ni. Tak payah buat apa-apa ujian-ujian kesuburan naaaaa. Berhenti saja makan ubat ni. Kalau Puan masih tak hamil lagi dalam masa 6 bulan, sila bawa suami dan kita jumpa lagi di klinik. ——————————————————————— Tiga bulan selepas tu patient datang balik ke klinik. Dah mengandung. Hooray 😄 Kesimpulannya: Jangan beli ubat-ubat sendiri tanpa nasihat doktor. Apa yang sesuai untuk seseorang individu tidak semestinya sesuai untuk anda.
Saya berkahwin 2008.. dh nak masuk setahun x melekat, sy ke Hospital S***yang untuk cek masalah ke apa.. Masih teringat lg perkataan doc perempuan tu ckp “Puan u ada masalah PCOS, selagi period you x teratur u mmg x blh mengandung.. Sy pun on treatment smpi naik berat banyak.. lePas bberapa bulan treatment tu sy stop.. sy buat treatment kat swasta, doc bg ubat untuk period dan juga clomid.. 1st cycle 1 biji x berjaya, 2nd cycle 2 biji x berjaya, 3rd cycle 3 biji x berjaya and ada cyst.. so doc suruh rehat sebulan, and consume 2biji sehari.. Alhamdulillah, nk dekat 2 tahun rezeki Allah bg sy mengandung.. Pendek cerita sy melahirkan 3 anak dengan CLOMID.. Tapi kuasa Allah, no 4 sy mengandung secara natural dan dilahirkan pada 2020.. Alhamdulillah, sekali lagi sy mengandung secara semula jadi dan sekarang kandungan masuk 9 minggu.. Apa yg sy perasan, bila berat badan turun dan aktif bersukan.. Mungkin salah satu faktor yg membantu hamil secara semula jadi.. Doakan untuk kelahiran ke-5 saya secara LSCS tahun depan.. Semua anak sy dilahirkan secara pembedahan 1st : 36w3d lahir 3.3kg gdm 2nd : 36w6d lahir 3.84kg 3rd : 36w3d lahir 2.75kg 4th : 36w5d lahir 3.87kg Percayalah apabila tiba dan tertulis rezeki buat kita, Allah akan beri bila dia tahu hamba-Nya telah bersedia..❤️❤️
saya irregular period , ttc6 tahun .. saya pergi kk yang pertama scan dalam rahim tiada apa2 ketumbuhan rahim ok je dr bagi ubat untuk turunkan period sebab masa tu dah 2bulan tak datang dan dr sarankan turunkan berat badan sikit sebab saya badan agak berisi .. saya makan ubat tu macam biasa dan turunkan berat tapi still takda rezeki then kali kedua pergi saya ceritakan semua masalah pada misi yang dah lama ttc then nak kan zuriat serta ada masalah period yang tak teratur so misi sarankan buat pap smear , masa tengah buat tu misi tengok banyak keputihan dalaman saya so misi sarankan beli ubat keputihan kat farmasi .. alhamdullillah result pap smear normal takda apa sejak minum tu saya terus pregnant tahun 2020 alhamdullillah rezeki itupun saya taktau yang saya pregnant saya dapat tahu pun scan 14w dahh syukur Allah melindungi baby saya memang tiada apa2 alahan langsung dan period pun keluar macam biasa ..
saya ttc 4 tahun mula2 nak merancang tu bila chekup tu. sangkut gdm kena makan pil perancag sebab x digalakan hamil bila ada gdm ni.. kena kawal 1 tahun kawl umur pun dah meningkat. saya gi klinik berbayar untuk refer kes ke pakar o&g baru tahu saya ada pcos ada cyst saya tahu saya ada masalah period ni. sebab pertah x datang hampir 20thn. jadi o&g cadang saya gi buat rawatan kesuburan dan iui jadi buat pun makan masa 6 bulan jugak..rawatan ni pun gagal.. jadi saya cuba rawatan kampung dia urut dan saya minum air akar kemunting cina.. sambil banyak sedekah dan berdoa.x lama saya hamil awal bulan 2/22 ni selamat bersalin bby gurls.. alhamdulilah..
sy TTC 2 Tahun. Masalah Obesiti +period mmg on/off. Makan ubat hormon pun tak jln juga period sama juga masalah. Putus asa jugalah awal2 tu sbb dh cuba nk kurangkan berat x dpt😭.Doktor klinik pun sllu ckap kurangkan berat..gemuk susah nak mengandung. Tapi, kita usaha juga utk rawatan, after discuss dgn doktor buat test darah semua dpt result- masalah kesuburan, doktor terus bg ubat subur utk 1 cycle dlu. Alhamdulillah skrg dh prgnant 4 bulan. Rezeki Allah tepat pada waktunya. Saya doakan sis dapat rezeki lpasni.
tk ingat yg brpa mg,,doktor suruh makan 2biji /sehari on period ke-2 - 6.
Sy ttc 7thn..period x normal.. Kdg 6 bln sekali.. Kadang 3 bln sekali.. Obesiti.. 5x pgnt gugur.. Thn ni bln 6 sy start diet dan bersenam.. turun berat 10kg..dalam tempoh diet.. Priod sekali je dtg time bln 7..tibe2 bulan 10 check prgnt 4 week.. Selain diet sy amalkan amalan dr ustaz Don dan ustaz Abdullah khairi.. Pk blek ape salah yg kite penah buat sepanjang hidup.. Minta ampun maaf.. Taubat.. Istigfar sebyk semampu yg boleh setiap hari.. Doa.. In shaa Allah.. Moge puan berjaya hamil juga nanti..
Saya irregular period, pgi klinik utk cek punca. Doc scan ada cyst, refer pakar. Pakar scan pun ada cyst, so pakar cucuk ubat hormon utk matang kn & hilang kn cyst (jd darah period), lpstu cucuk ubat kuat rahim. After 2 bulan pregnant. Seeloknya jumpa doc, buat ujian kesuburan dan cek klu ada masalah hormon imbalance, thyroid, cyst, pcos, stress, etc. Jgn consume apa2 lg sbb xtahu punca. Org yg ada masalah mcmni biasa kena jaga diet/pemakanan utk promote internal health
Saya pon jenis irregular period. Anak sulong dah 3 tahun 1/2. Period saya dalam 45-50 lebih hari cycle dia. Saya cuba buat IF bulan 9 untuk turunkan berat badan. Dari 93 turun ke 88. Period pon tiba² cycle jadi 30 hari saja. Last period 6/10. Saya cuba buat ujian OPK start dari CD14. Tapi tetap tak istiqomah. Hari ingat buat. Tak ingat tak buat. CD30 on 4 Nov saya dapat positive opk. Cakap dekat suami. Esoknya kami BD. Masa 5 Nov tu ada perasan egg white. Saya memang ttc utk anak kedua. Cakap dekat suami, takpa kita try dulu bulan ni. Kalau takde rezeki, bulan depan test lagi OPK utk cari hari subur. Cuba lagi. DPO8 saya test negatif. Saya redha. Saya ada tanya someone, kalau jenis irregular period sebaiknya test upt hari keberapa? Dia cakap DPO14. Jadi, DPO14 pada 18/11 lepas. Subuh air kencing pertama saya test. Allahuakbar. Positif. Tapi masih faint line. Hari² saya test sebab nak tengok line tu makin terang atau tak. Alhamdulillah syukur. Hasil saya usaha dengan opk menjadi. B
Jumpa dr. Jangan consume anything yang pelik tanpa apa-apa suggestions dari dr. Sis irregular period. Jumpa dr. Alhamdulillah hormonal je. Takde cyst or anything. Dr suggest if nak try mengandung, mereka boleh try kirakan kitaran. Or jalan lebih mudah, beli ovulation stick dekat farmasi. if positive, try conceive dalam 24-72jam lepas results tu. Boleh start makan folic acid bersama suami if ttc.
lepas kahwin period tak teratur, 3bulan. and then datang balik sampai 25hari. lepastu makan birth control sbb check mmg takda apa masalah. birth control nak regulate priod. menjadi la juga untuk 2 cycle. saya try pulak accupuncture. sebulan je buat. seminggu sekali. minum air rebusan goji berry & red dates. alhamdulillah saya pregnant. skrg dah 30w. 10mnths juga ttc
sya ttc 9tahun dan mmg irregular period , n alhamdulillah skrng tgh mgndung ank prtama inshaallah due bulan 1 tahun dpn . sya ikhtiar guna obat PPD ( PERAPAT PULIH DARA) dia bnyk fungsi sis bleh try google selain utk kgunaan sndiri . Dan saya ikhtiar berurut dgn mak mertua sendiri . alhamdulillah smua nya rezeki dri Allah dan Doa 🥰
tahniah puan..semoga sya pun preg tahun ni.
Anonymous