35 Các câu trả lời
Saya pun ada pengalaman macam ni masa anak pertama. Baby sy usia baru 5bulan masa tu. Sy tinggalkan sekejap pada jiran sebelah rumah sebab nak pegi kedai beli barang. Sy pun lupa nak ingatkan jiran tu jangan bagi makan or minum apa2 pada anak sy. Sebab sy tinggalkan baby sekejap sangat lebih kurang 15minit macam tu. Balik dari kedai, jiran bagitau..anak saya macam lapar, then dia taktau nak bagi makan apa,,dia try bagi air masak pada anak sy..sy memang rasa nak marah tp takbole jugak sebab sy sendiri lupa nak ingatkan dia. Sy just nasihat kat dia yg baby bawa h 6bulan takboleh diberi makan or minum selain susu ibu. Jiran sy cakap anak dia yg usia 2tahun tu masa lahir dulu umur sebulan dah bagi makan nestum. Bagi minum air masak. Elok je membesar..takde apa2. Jiran sy cakap jangan dengar sangat cakap nurse or doktor tu,, dorang pun bukan betul sangat😐. Balik dari umah jiran tu anak cirit birit. Memang jadi pada anak sy. Lepas dari tu taubat dah nak tinggal2 anak pada orang2 macam ni yg ada pemikiran semua benda takde apa pada dia.
Masa anak sy bwu 4 bln, fil sy bg anak mkn kentang putar, tak tanya apa, terus sua kat anak sy, alasan kesian sbb anak tgk kte makan. Sy bkn jns yg ckp lantang, lgpun family inlaw. Sy tahan marah spjg mkn tu dlm hati, sy diam je. Dah smpai rumah bwu sy ckp dgn suami, suami sy dgn mak ayah jd lain, ikot je. Takbrani kata tak kalu bnda tu salah. Satu lg, air masak, mil soh bg air masak, msa tu dlm pantg, tp sy tak bt, smpai la sy tdgar dia smbang mkck sy, sy tak bg ank air masak, nsb bik mkck sy org moden, dia terangkan knp takbg air msk. Air selusuh pun sy tak minum. Kdg2 rasa xnk pregnant dah, sbbkan hal2 mcm ni la.
Saya faham perasaan sis..sya Dr mengandung lg kena suruh itu ini..yg sya rasa xsptutnya. Sampaikan lps bsalin masih nak ikut telunjuk..sakit hati tu mmg Ada..tp sya xbuat..sya ckp kalau apa2 jd dgn ank sya jgk susah..nnt xtdo bukan dorg tlg jaga..sakit pun nnt sya sndri ke Hulu hilir bawa anak. Kena bgtau la..bgtau suami dahulu..nnt biar suami tlg cakapkan.
Sis mempunyai hak yg sangat besar untuk menegur makcik2 yg suruh bagi makan itu ini pada anak sis. Sis perlu ada ilmu dan pengetahuan tentang keburukan beri makan pada bayi sebelum usia 6bulan . Even MIL sis pun boleh ditegur kalau dia salah. Mil sis pun tak boleh bandingkan baby orang dulu dengan baby sekarang.
Saya share cara saya. Antaranya time bawak anak pegi klinik, sy bawak org tua sekali suruh dgr apa doktor ckp. Tak pun rakam, tunjuk dkt dia. Lepastu kalau ada group WhatsApp, share semua jenis artikel yg berkaitan. Kadang2 nak marah pun, nanti berdosa. So ni antara cara saya, baik parents sendiri atau in law.
Kan sis...sy pun pernah mengalami..baby sy pun 3 bulan pernah diorang bagi satu sudu teh, msa budak birthday suap krim kek lagi lagi😫😞 hati kita sbgai ibu ni betul2 risau bila org tua buat begini..sy bagitau 6bulan baru bagi makanan tpi dorang tak nak terima statement sy..haihhh😪
Ya Allah..kesiannya..napa lah perlu bg bby mnum n mkn bukan2...
Jangan takut sis anak kita so kita kena bersuara .tegur dengan elok tanpa sakitkan mana2 pihak . Baby under 6 months xboleh bgi makan sebab usus dia x sama mcm kita . Sesetengah org dah bgi air masak . Macam sy follow doctor . Kalau sakit kita yang susah
Sy pun tak faham. Alasannya nk bagi baby tu merasa. Besar esok bg la nk mkn apa pun. Ni kan kecik lagi. Baby saya masa 5 bulan disuap air sirap. Nasib baby x telan dan luah semula. Haihh....membara je dlm hati. Mujur masih ada rasa hormat pd org tua2
FIL saya pun mcm ni. Tp dia letak buah je kat bibir baby saya, katanya bg baby rasa2 je. Ikotkan xsuke jugak tapi xberani ckp ape2 atas dasar hormat. Nasib la dia xsuruh baby g mkn or minum jus buah tu. Huhu. baby saya baru nk msuk 4bulan, fully breastfeed.
Kena bagitahu tak boleh..sebab kadang2 diaorg tak pikir bahaya kat anak..kalau berdiam,diaorg akan buat lagi
Diorg salah kot tu. Mgkin diorg igt yg kena bg rasa masam masin manis tu. Yg letak kurma apa semua kt bibir. Tp anak sis dah besar 3bulan. Bg abc plak tu. Adoiii kena jaga2 la tkut bila kita takde, ada yg menyuap bukan2. Jauhkan la.
Lina Liyana Yusoff