🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en
𝐇𝐀𝐈 𝐀𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐈𝐊𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐌𝐌𝐈𝐄𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀.. 😊❤️ 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐧𝐢 𝐈𝐤𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝙲𝙰𝚁𝙰 𝙼𝙴𝙽𝙶𝙰𝚃𝙰𝚂𝙸 𝙱𝙰𝚈𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙰𝙽𝙶𝙸𝚂 𝙺𝙴𝚃𝙸𝙺𝙰 𝙳𝙸𝙻𝙴𝚃𝙰𝙺𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸 𝙳𝙰𝙻𝙰𝙼 𝙺𝙰𝚃𝙸𝙻𝙽𝚈𝙰. "𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐮?" 𝐇𝐚𝐚..𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐝𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚.. "𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥 𝐝𝐢𝐚?" 𝐁𝐚𝐛𝐲 𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬,𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐠𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 , 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 ,𝐝𝐢𝐚 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐮𝐭𝐢𝐡 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥 "𝐚𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧". 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧.. 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐨𝐤𝐞𝐲?👌 𝐒𝐨, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐬 𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚,𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐩 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬.𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬? 𝐎𝐤𝐞𝐲,𝐣𝐨𝐦 𝐈𝐤𝐚 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐭𝐞𝐩 𝐛𝐲 𝐬𝐭𝐞𝐩 𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬. ✨ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢,𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚 - 𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 💪𝐀𝐧𝐝𝐚𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐝𝐮𝐤𝐮𝐧𝐠,𝐦𝐨𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐮!𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐠𝐞𝐬𝐚 -𝐠𝐞𝐬𝐚 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐚.𝐂𝐮𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐮𝐬𝐚𝐩 -𝐮𝐬𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐛𝐲.. 𝐁𝐚𝐛𝐲 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮. ✨ 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚.𝐒𝐨,𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. ✨ 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐚, 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐤𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚.. 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚,𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐣𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐨𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐤𝐮𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬.. 𝐉𝐚𝐝𝐢,𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚. ✨𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐠𝐠𝐞𝐬𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚.. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 ,𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐧𝐚.𝐈𝐧𝐬𝐡𝐚𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐦𝐨𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬.👍 ✨ 𝐇𝐚.. 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐮. 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐚𝐤 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐞𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡 - 𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡.𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐛𝐲 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠😊 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐧𝐢? 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞 𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬. 𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐚 𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐧𝐚.𝐈𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐛𝐲.𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐮𝐦𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐬𝐮𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢.❤️𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐀𝐏 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐛𝐲𝐡𝐨𝐨𝐝𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐢𝐧𝐢..𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐈𝐤𝐚, 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚 -𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥.👍 𝐢'𝐦 𝐬𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐮𝐝 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐨𝐧𝐞 𝐩𝐚𝐫𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 .🥰 𝐒𝐨 ,𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚.𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐧? 𝐇𝐚𝐡𝐚. 𝐎𝐤𝐞𝐲 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐧𝐢 𝐈𝐤𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐮𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚. 𝙳𝚊𝚛𝚒 𝚂𝚎𝚛𝚎𝚖𝚋𝚊𝚗 𝚔𝚎 𝙱𝚊𝚝𝚞 𝙿𝚊𝚑𝚊𝚝, 𝚂𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚑 𝚂𝚎𝚋𝚎𝚗𝚝𝚊𝚛 𝚍𝚒 𝚂𝚎𝚐𝚊𝚖𝚊𝚝, 𝚂𝚎𝚖𝚘𝚐𝚊 𝚖𝚞𝚖𝚖𝚒𝚎𝚜 𝚜𝚎𝚗𝚝𝚒𝚊𝚜𝚊 𝚜𝚒𝚑𝚊𝚝, 𝙳𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚖𝚎𝚖𝚊𝚜𝚝𝚒𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚗𝚊𝚔 𝚜𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝. 𝐋𝐎𝐓𝐒 𝐎𝐅 𝐋𝐎𝐕𝐄 , 𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐎𝐅 𝐇𝐀𝐓𝐄❤️
Đọc thêmAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan. Kita santai-santai je ye 😁 Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur, kita mesti la nak tahu dulu kan sebab apa dia menangis? Bayi tu dari dalam rahim dia dah rasa selamat. Dia dah rasa seperti dipeluk, dah rasa selesa sebab mengikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Acta Paediatrica bayi dah dengar bunyi yang terhasil dari rahim ibu semasa 10 minggu terakhir usia kandungan. Jadi, sebenarnya bayi ada 1 perasaan resah, bila kita tinggalkan dia, dia boleh rasa macam kita jauh atau dikenali sebagai separation anxiety @ keresahan perpisahan. Selain tu juga, anak kita akan menangis sebab dia tak biasa kena tinggal. Senang cerita, perbezaan suasana. Panjang saya berceloteh, baiklah, berbalik pada tujuan asal, ada beberapa cara untuk kita atasi bayi menangis di tempat tidur. Antaranya adalah : 👉🏻Pujuk dan berikan kata semangat, meskipun kita rasa kasihan tengok dia nangis, kita kena pujuk dia, cakap baik-baik sambil usap belakang dia. intonasi suara lembut ibu atau ayah akan buat dia rasa tenang. Secara tak sengaja kita dah "transfer positive vibe" kepada bayi kita. 👉🏻Berikan bayi mainan kesukaannya, bila dia dah terleka bermain, perasaan "insecure" tu akan hilang perlahan-lahan dan dia berhenti menangis. 👉🏻Jangan dukung dan bawa anak ke bilik untuk hentikan tangisan dia, tak dinafikan kita akan risau bila dia nangis, tapi biar je dulu, pujuk je dia baik-baik. 👉🏻Jangan tinggalkan anak sekiranya dia masih belum tidur, ikut pengalaman saya, saya atau ayah dia akan bercakap dan bercerita sambil usap kepala dia, perlahan-lahan anak saya akan tidur dan bila dia dah lena baru lah saya akan tinggalkan dia. Ini apa yang saya buat setakat ni alhamdulillah anak saya tak menangis. 👉🏻Banyakkan bersabar ye, betul kita kena pandai kawal emosi, sebab dengan riak wajah anak akan tahu kita marah atau suka dengan dia. Cuba bayangkan kalau kita stress dan mula tarik muka depan dia, mesti dia resah dan mula nak menangis kan? haa jadi kita kena tenang, sentiasa buat "deep breathing exercises" supaya kekal tenang dan sabar. Saya pun kadangkala hilang sabar juga, tapi cubalah buat exercises ni, insyaAllah berhasil. Terima kasih TAP dan BabyhoodMalaysia berikan saya peluang untuk sertai contest, banyak input dan ilmu yang saya dapat, dan saya selitkan juga pengalaman saya dalam menjaga 2 orang anak. semoga ada rezeki bayi ketiga saya🫶🏻 ❤️Salam Sayang❤️
Đọc thêmCara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: Puting Memberikan puting kosong mungkin membantu bayi yang gemar menghisap puting. Ia boleh dianggap sebagai alat penenang bagi si manja. Biasanya selepas berusia 7 bulan, si kecil akan hilang rasa kebergantungan kepada puting ini. Namun menurut pakar, jika mereka bergantung lebih lama untuk memberikan keselesaan ketika tidur, ia masih tidak akan menjejaskan tumbesaran mereka. Sentuhan lembut Untuk menenangkan bayi menangis, melakukan sentuhan lembut kulit-ke-kulit mungkin cara yang terbaik. Berikan sentuhan pada belakang badan si manja sehingga anda yakin mereka sudah dapat tidur dengan nyenyak Mendodoikannya Apabila berdepan situasi bayi menangis ketika tidur, dukung dan dakap si manja dekat dengan badan anda. Cuba untuk dodoikan mereka dengan pergerakan ulang-alik seperti ke depan dan ke belakang secara perlahan. Anda juga boleh memilih untuk meletakkan si manja dalam rocking chair. Pergerakan yang berlaku akan dapat memberikan ketenangan kepada si kecil. Selimutkan si manja Rahim bukanlah tempat yang luas dan bayi anda mungkin sudah terbiasa dengan sesuatu yang membaluti badan mereka. Itu sebabnya si manja tampak lebih selesa apabila mereka berada dekat dengan anda. Jadi cuba berikannya selimut atau bantal kecil untuk membantunya berasa lebih selesa. Suhu Perubahan suhu boleh membuatkan bayi berasa panas atau sejuk dan kesannya bayi menangis ketika tidur. Jadi anda perlu memastikan suhu bilik berada pada tahap yang sesuai untuk mereka. Ini terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca. Jika keadaan tempat tinggal anda beriklim sejuk, pastikan anda memakaikan beberapa lapisan pada si manja bagi mengekalkan rasa hangat pada mereka. Sedikit bunyi Tahukah anda bahawa keadaan dalam rahim bukanlah sunyi? Bayi anda akan mendengar pelbagai bunyi seperti bunyi perut anda yang sedang lapar. Maka keadaan sunyi adakalanya boleh menyebabkan si kecil berasa tidak selesa. Dodoikan si kecil sambil membuat bunyi seperti hush hush hush, yang perlahan. Bunyi alam Anda juga boleh memainkan bunyi seperti ombak di pantai, bunyi air terjun atau hujan yang perlahan untuk menenangkan bayi menangis
Đọc thêmCara Mengatasi Bayi Menangis Di Tempat Tidur: 1️⃣ Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan - Sudah pasti akan ada ibu bapa yang berasa kasihan dan ingin mengambil anak tidur bersama. Namun, kuatkan diri anda dan jangan berbuat sedemikian. Sebaliknya, pujuk anak anda dan usap perlahan belakang badannya sambil memberikan kata-kata semangat seperti, “Jangan risau, ibu tak tinggal adik.” atau “Shhh, jangan menangis. Kan ayah tengah teman ni.” Kata-kata lembut sebegitu sedikit sebanyak dapat menenangkan si anak. 2️⃣ Berikan mainan kesukaannya - Anda boleh meninggalkan mainan kesukaan anak anda bersama-samanya di katil bayinya. Cara ini akan dapat membuatkan anak anda merasakan yang dia tidak berseorangan di dalam katilnya. Malah, anak anda juga akan tidak menangis berpanjangan lagi apabila anda meninggalkannya di katil bayi mereka. 3️⃣ Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan - Apabila anak menangis tanpa henti apabila ditinggalkan untuk tidur bersendirian di katil bayinya, sudah tentulah anda sebagai ibu bapa akan berasa risau dan runsing. Apabila anak menangis dan minta didukung keluar dari katilnya, sudah pasti anda juga tidak akan teragak-agak untuk terus menghulurkan tangan bagi mendukungnya. Namun begitu, anda juga tidak sepatutnya berbuat sedemikian. 4️⃣ Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar - Apabila anda masih baru mencuba untuk menempatkan anak di katilnya, cuba untuk tidak terus meninggalkannya sebegitu sahaja ketika si anak masih berjaga. Anda boleh menunggu dan menidurkan anak anda sehingga dia betul-betul terlena. Apabila sudah pasti akan hal itu, barulah anda bergerak meninggalkannya perlahan-lahan. 5️⃣ Banyakkan Bersabar - Apabila anda berdepan dengan situasi anak yang asyik merengek dan menangis sebab tidak mahu ditinggalkan, anda janganlah terlalu menunjukkan yang anda sebenarnya tengah tertekan atau sedang marah. Cubalah untuk bertenang supaya anda dapat mengawal situasi dengan terkawal. Apabila anda dalam keadaan yang tenang dan terkawal, justeru anak anda akan menjadi okey juga.
Đọc thêmCara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: 🤱Mula2 Kena check tengok Sama ada baby Lapar so Kena bagi susu (baby Selalu tunjuk clue Lapar seperti menggerakan lidah/mulut mcam nak makan, rooting reflex/memusingkan kepala ke kanan dan kiri seolah sedang mencari sesuatu, etc), sentuh pampers penuh/bocor tu kena tukar, kalau baby kembung perut cuba sapu minyak & beri urutan "I Love U", Rasa kalau cuaca panas buka Air-cond/kalau Tgh hari boleh pakai kipas pastikan baby baju pattern lubang2 so baby tak haba panas & kalau cuaca sejuk tak payah buka air-cond/kipas/kalau malam pastikan kasi baby baju lengan panjang or bedung supaya baby hangat. 🤱Yang Utama ialan Ibu Ayah membelikan tempat tidur baby yg Selesa & Selamat, Saya recommend ibu ayah beli brand Babyhood sebab ramai orang ambik brand ni, saudara mara saya pon guna brand ni so Saya pon berminat nak beli.. brand ni tahan Tak cepat rosak, design khas untuk keselesaan & keselamatan baby. 🤱Jika baby menangis terus tenangkan Mula2 boleh pujuk/ajak sembang eyes contact dgn baby sangat penting, Jika masih menangis cuba bedung, kalau baby jenis Tak Suka bedung cuba dukung/peluk or tepuk baby perlahan. 🤱Pasang White Noise (kalau beragama Islam boleh buka zikir/doa) supaya baby lebih tenang & tido lena 🤱Jika Baby menangis Ibu Ayah Jgn panik/mudah marah. Cuba Sabar & tenangkan diri barulah tenangkan Baby, sebab kalau Ibu Ayah tgh panik/marah degup jantung kuat baby boleh rasa tak selesa & mesti makin menangis. 🤱Pastikan Ibu Ayah kenal dgn perangai baby, contoh: kalau baby tak boleh jauh dr Ibu Ayah so Cuba baju Ibu Ayah yg belum dicuci Letak dkt tepi baby so baby boleh tido lena, atau Kasi baby betul2 tido Lena barulah tinggal baby (tengok nafas baby kalau cepat tu baby Masih blm betul2 Lena, kalau nampak nafas baby tenang tu baby dah tido Lena) & bonus boleh Letak CCTV so boleh tengok baby sambil buat krja Rumah, kalau tak nak CCTV bolehlah ibu ayah kejap2 pi tengok baby Sama ada terbangun/tak.. jgn tunggu baby menangis kuat. 💖Semoga Bermanfaat sebab selain Tips Dari Article, Saya dah practice langsung dkt baby Saya & memang betul2 berjaya💖
Đọc thêmCara mengatasi bayi menangis di tempat tidur ialah: 1) Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan. - Pujuk anak anda dan usap perlahan belakang badannya sambil memberikan kata-kata semangat seperti "Jangan risau, ibu tak tinggal adik." atau "Shhh, jangan menangis. Kan ayah tengah teman ni." 2) Selain itu, berikan mainan kesukaannya. - Cara ini akan dapat membuatkan anak anda merasakan yang dia tidak berseorangan di dalam katilnya. Malah, anak anda juga akan tidak menangis berpanjangan lagi apabila anda meninggalkannya di katil bayi mereka. 3) Di samping itu, jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan. - Anda tidak sepatutnya terus menghulurkan tangan untuk mendukung anak anda apabila dia menangis tanpa henti apabila ditinggalkan di katil bayinya dan minta didukung keluar. Apabila anda mula berbuat demikian, anak anda akan berterusan menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya pergi ke bilik anda. 4) Seterusnya, jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. - Anda boleh menunggu dan menidurkan anak sehingga dia betul-betul terlena. Apabila sudah pasti akan hal itu, barulah anda bergerak meninggalkannya perlahan-lahan. 5) Akhir sekali, banyakkan bersabar. - Anda jangan terlalu menunjukkan yang anda sebenarnya tengah tertekan atau sedang marah apabila berhadapan dengan situasi anak yang asyik merengek dan menangis sebab tidak mahu ditinggalkan. Anak anda boleh membaca riak anda dan itu akan memburukkan lagi keadaan. Cubalah untuk bertenang supaya anda dapat mengawal situasi dengan terkawal. Apabila anda dalam keadaan yang tenang dan terkawal, justeru anak anda akan menjadi okey juga. Kesimpulannya, cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur ialah pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan, berikan mainan kesukaannya, jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan, jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar, dan banyakkan bersabar.
Đọc thêmCara Mengatasi Bayi Menangis di tempat tidur: Jawapan ; 1) Lampin kotor Biasanya si manja akan menangis apabila lampin mereka kotor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa. Sudah tentu tangisan adalah cara untuk menyatakannya! Ini menjadi antara sebab paling mudah difahami ibu bapa. Malahan kebanyakan parent akan memeriksa bahagian lampin terlebih dahulu apabila si kecil menangis. 2) Lapar Eh…tengah tidur pun boleh lapar ke? Itu bukan sesuatu yang mustahil ya wahai mommies. Perut si kecil tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam 1 tempoh masa. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan bayi lebih cepat berasa lapar. Walaupun anda melihat bayi tidak terjaga sepenuhnya tetapi merengek, berikan bayi susu segera atau nanti makin kuat rengekannya! 3) Suhu yang tidak sesuai Kalau tidur dalam keadaan suhu yang tidak selesa seperti terlalu panas atau sejuk, pastinya sebagai individu dewasa pun anda akan terjaga, bukan? Maka suhu juga mungkin menjadi faktor punca mengapa bayi menangis ketika tidur. Jika anda meletakkan terlalu banyak lapisan selimut pada si manja, mungkin anda perlu mengurangkannya bagi memberikan mereka keselesaan. Perhatikan suhu bilik, pastikan ia berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan si manja. 4) Mahukan perhatian Ada masanya, si manja menangis hanya kerana mereka mahukan perhatian anda. Mungkin mereka mahu dipeluk dan berasa dilindungi. Sentuhan yang diberikan anda membuatkan mereka sedar bahawa anda berada di sekitar mereka. Ini terutamanya bagi si kecil yang baru dilahirkan. 5) Rasa takut, mimpi buruk Bagi si manja yang baru melihat dunia, pastinya ia 1 keadaan sangat berbeza berbanding ketika mereka di dalam rahim. Perkara-perkara baharu ini akan diproses di dalam tidur sebagai mimpi. Jadi tidak mustahil untuk mereka berasa takut dan mendapat mimpi buruk, bukan? Tetapi bolehkah si kecil bermimpi ngeri? Sudah tentu boleh cuma tiada siapa dapat memastikan apakah yang mereka mimpikan.
Đọc thêm"BAYI MENANGIS DI TEMPAT TIDUR". Hal ini demikian kerana anak anda tidak pernah berengang atau berjauhan dengan anda . Anak anda mungkin berasa keseorangan dan takut bila tidur sendirian di katil tidurnya. ADA BEBERAPA CARA MENGATASI BAYI MENANGIS DI TEMPAT TIDUR. 👇🏼👇🏼👇🏼 1. Jika anak menangis dalam katil bayi, PUJUK ANAK ANDA👋🏼 dengan mengusap perlahan belakang badannya sambil berkata seperti, "Jangan risau, ibu tidak tinggalkan adik" atau "Jangan nangis, ibu ada dekat sini.Kata kata lembut sebegitu sedikit sebanyak dapat menenangkan si anak. 2. Berikan MAINAN KESUKAANNYA🧸 akan membuatkan anak anda, tidak merasa keseorangan di dalam kantilnya. 3. JANGAN SELALU MENDUKUNG 🚫 dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan kerana ia akan membuat anak anda terus menangis kerana dia tahu anda akan mendukungnya pergi ke bilik anda. 4. JANGAN TINGGALKAN ANAK KETIKA MASIH SEGAR 👀, kerana membuat anak anda lebih takut dan akan menangis dengan kuat. Anda boleh sahaja menunggu dan mendodoikan anak anda sehingga dia betul- betul terlena sebelum tinggalkan tidur sendirian🤱🏻. 5.Banyakkan BERSABAR 🥺 , situasi anak yang asik merengek dan menangis sebab tidak mahu ditinggalkan akan membuat emosi anda tidak stabil 😤 . Jadi anda cubalah untuk tenang diri, jangan sesekali menunjukkan sebarang reaksi sebegitu kerana anak boleh membaca riak muka anda dan boleh memburukkan lagi keadaan. INGAT ITU !! 🤗🤗 SEKIAN, 🥰 TERIMA KASIH KEPADA THEASIANPARENT MALAYSIA DAN BABYHOOD MALAYSIA KERANA MENGANJURKAN PERTANDINGAN INI.🥳🥳🥳
Đọc thêmCara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: ✅ Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk dan beri kata-kata semangat atau galakan dgn mengusap perlahan belakang badannya sambil memberikan kata-kata semangat seperti, “Jangan risau, ibu tak tinggal adik.” atau “Shhh, jangan menangis. Kan ayah tengah teman ni.” ✅ meninggalkan mainan kesukaan bayi bersama-samanya di katil bayinya. Cara ini akan dapat membuatkan bayi merasakan yang dia tidak berseorangan di dalam katilnya. Malah, bayi juga akan tidak menangis berpanjangan lagi apabila anda meninggalkannya di katil bayi mereka. ✅ Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan ✅ Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar. cuba untuk tidak terus meninggalkannya sebegitu sahaja ketika si anak masih berjaga. Hal ini akan menyebabkan bayi anda semakin galak menangis dan merengek. Anda boleh menunggu dan menidurkan anak anda sehingga dia betul-betul terlena. Apabila sudah pasti akan hal itu, barulah anda bergerak meninggalkannya perlahan-lahan. ✅ Banyakkan bersabar. Apabila anda berdepan dengan situasi anak yang asyik merengek dan menangis sebab tidak mahu ditinggalkan, anda janganlah terlalu menunjukkan yang anda sebenarnya tengah tertekan atau sedang marah. Cubalah untuk bertenang supaya anda dapat mengawal situasi dengan terkawal. Apabila anda dalam keadaan yang tenang dan terkawal, justeru anak anda akan menjadi okey .
Đọc thêmi) Jika anak menangis dalam katil bayi, pujuk & beri kata kata semangat atau galakan 💞 Pujuk anak anda, usap perlahan belakangnya sambil bagi kata-kata semangat, contohnya "Jangan menangis, ibu kan ada dekat sini teman adik" atau "jangan risau mama tak tinggalkan adik.." ii) Berikan mainan kesukaannya 💞 Anda boleh tinggalkan mainan kesukaan di katilnya supaya dia tidak berasa keseorangan dan tidak menangis bila anda tinggalkannya. iii) Jangan selalu mendukung dan membawa anak ke bilik anda untuk hentikan tangisan 💞 Hal ini kerana, jika anda berbuat demikian, anak anda akan terus nangis sebab dia tahu bahawa anda akan bawa dia ke bilik anda iv) Jangan tinggalkan anak ketika dia masih segar 💞 Anda boleh tidurkan anak anda sehingga betul - betul lena atau tunggu di katil nya.. Dengan cara ini akan dapat mengelakkan anak anda dari terus menangis atau merengek disebabkan anda tinggalkan dia di katilnya. v) Banyakkan bersabar 💞Jika anak anda menangis atau merengek disebabkan anda tinggalkan dia, anda harus bertenang kerana jika anda berada di dalam keadaan bertenang dan terkawal maka anak anda juga akan menjadi tenang juga. Jangan terlalu menunjukkan anda sedang tertekan atau marah kerana itu akan memburukkan lagi keadaan. 💕Good luck ibu-ibu sekalian, Kita ibu yang hebat! Semoga ada rezeki untuk anak saya yg bakal lahir, terima kasih theAsianparentMalaysia & BabyhoodMalaysia ❤️
Đọc thêm