buku pink .

kalau buka buku pink di swasta rm berapa ya? dan ini anak luar nikah 😣 jadi apa yg saya patut cakap nanti? (saya lambat buka sebab baru tahu saya pregnant) #bantusharing

41 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya check up swasta total semua check up sampai bersalin 1.5k. Kos bersalin 15k sebab emergency czer. Dorang tak pernah mintak kad/sijil kahwin, cuma nk no fon sesiapa yg boleh dihubungi je if emergency. Masa dlm ward pun dorang tak pernah fact check pun betul ke suami tu suami. Adik keluar masuk pun dorang tak tanya siapa. Part ni mmg mudah tp duit kena meriah. Hosp gov strict tp bil tak sampai 100, masa saya bersalin anak first dia nk tgk copy sijil nikah dlm buku pink sebelum masuk. Discharge pun takleh discharge sendiri. Kalau anak luar nikah kena soal siasat dgn staff jkm saya pernah nampak tp taktau details

Đọc thêm

Hi sis, saya pun mcm sis juga. Kalau sis ada cukup savings, ok je nak pergi private. Clinic untuk check up & minggu ke 28 ke atas dah start check dekat hospital. Montly check up dekat clinic tak kurang 100 & tak lebih 300. Detail scan dlm 200++ Beranak normal with epidural harga 11k dekat hospital famous, single room. Kalau ambik bilik biasa mungkin boleh lagi murah. Ni baru proses pregnant. Untuk after, lain lagi cost. Tapi kita ikhtiar cari duit untuk anak. InsyaAllah. Allah bantu kita…kita berubah sama2 untuk anak special kita ok? (kalau sis muslim)

Đọc thêm

klu kt klinik swasta ade pakej2 dia depends on klinik la.. paling kurang rm150.. bln2 checkup hrga lain bgantung pd test ape yg awak buat.. klu company awak ade panel, free je kot tgk pd company la.. klu awak nk bkak buku pink kt kk ke swasta ke x perlu mention psl taraf anak awak.. ckup je ckp nk bukk buku pink.. klu kt kk, dyorg mintak sijil nikah ckp je xde, awak single mother.. besar dugaan awak nie, sye doakn urusan awak dpermudahkn.. take care!

Đọc thêm

Berduit tak? Nak bersalin hospital swasta jugak ke? Kalau berduit dan nak bersalin swasta prepare at least RM20k. Ni semua dah termasuk checkup cost, delivery cost, barang2 baby & ibu. Tapi kena ingat lepas bersalin pun kena pakai duit laagi banyak untuk kos sara baby. Nak jimat pergi je buka buku pink kat klinik kerajaan, bersalin kat hospital kerajaan. Kalau boleh beritahu keluarga. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan awak.

Đọc thêm

kene kuat sis. hadap je apa pun. memula kalau takot bgtau parent, leh share ngan sibling yg u rapat dulu. settlekan mana perlu sbb hanya waris je yg boleh ambik u discharge hospital nnt. buku pink tu buat je kat spital kjaan. dorg memahami. biasanya nnt kalau kat KK after buka pink book tu dia akan ada slot kaunseling yg akan tanya u nak baby tu ke tak? then u decide . if u want keep the baby, lain caranya pas bersalin, if dont want keep the baby lain pula caranya maybe JKm involved.

Đọc thêm

hai sis saya pengalaman macam sis , anak tak sah taraf jugak . checkup tiap bulan dalam 150+ tapi makin nak beranak makin cepat tarikh checkup means sebulan 2 3 kali . tapi saya bersalin government . nak taknak parents kena tahu sebab nanti nak keluar hospital waris je yang boleh amik kita . apa apa pun jangan stress & jangan pernah terfikir nak gugurkan

Đọc thêm
3mo trước

makcik boleh ...cuma kdg2 ada pegawai yg strict ...kwan2 sy ad je yg makcik dia discaj kan dri hosp ..so depend pada pegawai welfare yg bertugas

swasta monthly dlam 100++ ...pengalaman sy dulu bukak swasta 16weekk ..then bukak kt kk start 28 week sbb takut jugak nk ke kk...tapi okey jee bukak kt kerajaan ...lebih baik n lebih details ...insyaallah dorg akan okey ...kalau dorg ada ckp yg menghina atau marah buat je aduan ...cuma nti bila bersalin di hosp kene ada sorg waris utk discaj awk ..biasa dorg mtk parent atau adik bradik ..

Đọc thêm

dik swasta buka buku ambik darah 200++ sekarang.. bulan2 check up pon 150++ .. klau beranak paling murah sekarang 4000++ (besalin normal) kalau operation 7000 keats tak kurang.. selesaikan dengan family dlu ya.. Jangan takot benda dah jadi mintak bf tanggungjawab dengan baik.. yang penting sekarang kena makan asid folid vitamin dan susu dlu.. untuk tumbesaran bayi , sangat penting ya..

Đọc thêm

Awak bukak je dekat buku pink dkt kerajaan…. Ckp single mother … kalau awak bukak dekat swasta Styby la skli pergi 400 kebawah itu kalau xd mslah apa2 … lagi 1 nnti nak bersalin mna? Kerajaan? Kalau bersalin swasta stby la Belas2 ribu☺️ Ni mesti family x tahu mngdung kan? BiLa nak bgithu family? And BF tu nak bertanggungjawab ke x?

Đọc thêm
3mo trước

Boleh je buka Kat klinik kerajaan. Surat nikah kalau diminta cakap je takde. Cerita benda yg Betul. Kata mengandung tanpa suami. Klinik ok je, layan sama rata, Dan Ada sokongan untuk ibu tanpa suami Ni. Kk takkan tolak untuk buka buku pink. Kalau Ada misi2 yang mulut jahat tu buat report je, sbb Kita Ada gak untuk dapatkan perkhidmatan di kk. Pasal urusan peribadi kakitangan klinik xde hak nak Masuk campur.

Buka d kerajaan jer sis..no hal..cakap jer trs trng..mereka x tnya lbih2 pun...tu lagi bgus ada cek...cma nnt masa nk beranak sis harus ada pnjamin...sis akn urus dgn pihak kebajikkn sgala hal..srt discharge semua tu.Tnpa pnjamin mmg xdapat discharge.Slu mereka akn mntak ahli kluarga..ibu ayah atau adik bearadik unur lbih dr 21 tahun.

Đọc thêm