Bayi pramatang
Hi ibu2 semua. Saya bersalin 24/04 bayi pramatang 34 minggu. Setiap kali lepas menyusu, baby mesti akan muntahkan balik susu walaupun dah burp&bantal tinggi(kdg2 muntah sampai melalui hidung). Setiap kali lepas menyusu juga sy dah pegang baby dlm kedudukan 45 darjah selama 20-30 minit tp tetap muntahkan balik susu. Sy dah bgtau kat doktor masa check up di kkia tp normal katanya sbb bayi pramatang. Tapi ibu2 faham kan perasaan bila baby kerap muntah kita jadi risau😬ibu2 ada tak hadapi masalah sama? Baby sy menyusu susu badan. Sy cuba selitkan susu formula tapi baby tetap reject susu formula. Susu badan sy pula dari hari ke hari makin sikit. Awal 2 minggu bersalin boleh dapat 11-12oz. Sekarang dapat 1.5oz je. Dah makan ubat yg kkia bekalkan tp mengantuk sangat&sy xda org boleh ikut jaga baby hanya sy sj kat rumah yg tgk kan baby. #1stimemom #firstbaby #pleasehelp #ingintahu