6 Các câu trả lời
Makanan laut Makanan laut mengandungi kadar merkuri tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya. Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 penting yang disyorkan semasa kehamilan, tapi anda harus memilih ikan dengan kadar merkuri yang rendah. Elakkan ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout. Jangan makan makanan laut mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi. Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan. Jika jangkitan berlaku pada wanita mengandung, ia boleh mengakibatkan masalah seperti: Kecacatan kelahiran Keguguran Kematian bayi Kelahiran pramatang Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir
klau sis x da apa² mslh dgn janin okela tp ibu hamil sangat tidak digalakkan mkn mknan mentah lebih² lagi seafood mentah or x kira la apa pun yg mentah bakteria di mknan tersebut sgt bahaya utk baby dlm perut😊 sy pun ada jgk mengidam nk mkn yg mentah tp sy sabar dan tahan lagi sbb sy fikir pnjg.. fikir anak kita dlm perut ni 😊
klau blh elakkan mkn mknn mentah..sgt2.klau mnde y sah2 mudarat kn bb better jgn.tahan je dlu keiginan tu..xpe lps bersalin sis mkn la
BIG NO makanan mentah semasa hamil. 😁 Awak dah makan ye? Baru tanya soalan. 😬Hati-hati ye lepas ni.
Mengandung tkboleh makan mentah2 . Teringin bende yg memudaratkan kandungan kena tahan ya mom
Ermm kalau boleh elakkan la sis mentah2 macam tu even letak dgn lemon. Takut salmonella