Mil suke memaksa

Hye assalam mommies,sye stress sbnrnye. Sye tau la kewangan husband sye x stabil and tgh susah byk bende tertunggak semua tapi patut ke mak laki sya desak ii kami suruh bagi anak kami dekat adik husband sye? Alasannye sbb nk tolong jgekn sbb ekonomi kami x stabil la ape la. mslhnye die dh ade ank due org yg sorg tu bru umur brpe kecik lgi tgh menyusu pon lagi...mesti la ank die xnk share mak pastu nnty jdi la pilih kasih...pastu mak husband sye pndai ii suruh jdikan adik husband sye tu ibu susuan la buat surat penjaga la ape laa adik husband sye tu dh la duduk jauh mcm mne Sye nk tgok ank sye mcm tu.... mommies rse patut ke diorg paksa ii kami bgi ank kami dkt diorg sbb kewangan x stabil? Klau mommies nk ke bgi ank dkt org?sye stress sgt ii hari ii dok chat ulang bende yg sme. #firstmom #ingintahu #seriusnanya #firstbaby

29 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

tak perlu setuju dengan dia sis. anak sis adalah hak dan tanggungjawab sis & suami sepenuhnya. tak ada kaitan dengan MIL langsung. first, sis kena bincang betul2 dengan husband isu ni. make sure dua2 sependapat dan sekepala. bila2 MIL cakap benda2 macam tu, sangat penting untuk sis & suami ada pendirian yang sama, dan tegas dengan pendirian tu. cakap kat MIL, anak tu pembawa rezeki. inshaAllah dengan ikhlas jaga anak sendiri, makin murah rezeki suami sis nanti. takkan tak cuba lagi dah nak give up. ni anak sendiri, sis dah kandungkan dia 9 bulan, takkan senang2 nak lepaskan. bukan anak kucing. adik ipar tu pun entah2 terkontang-janting dengan anak dia 2 orang, sis cakap lah tak nak bebankan adik tu. kos sara anak sekarang mahal, cukup lah dia dah ada 2 orang, takkan nak tambah beban dia lagi kan. tak nak lah dia cakap depan2 okay, sanggup, tapi belakang2 nanti mengata, kata kita pandai buat anak tapi tak pandai jaga. na'udzubillahi min dzalik. tapi kan dah tak best hubungan dengan adik ipar tu nanti kalau mcm tu. pastu kalau hubungan tak best, mcm mana pulak hubungan sis dengan anak sis nanti kalau adik tu yg jaga? mesti susah nak elok. fikir masak2 tau.

Đọc thêm

nasihat sy, buat tak tahu dan buat2 tak nampak je message dri mertua tu. takyah layan. itu anak sis dan suami. so sis dan suami yg patut decide utk masa depan anak sis. susah mcm mana pun kita, sy nasihatkan anak kita, kita yg jaga. nanti anak dah besar, jadi isu pulak kalau dia mmg membesar dgn org selain ibu bapanya. lagipun mertua sis takde hak nak decide apa yg terbaik utk anak sis dan keluarga sis. dia cuma boleh bagi cadangan shj. tak wajib utk sis ikut pun. anak tu yg darah daging sis. Jgn lah sampai bagi anak kat org disebabkan rasa susah kewangan etc. percaya rezeki Allah bagi, usaha lagi dan inshaAllah ada rezeki lain Allah nak bagi kalau sis jaga anak tu sndiri pun. kita usaha utk anak kita juga. Allah dah tetapkan rezeki masing2, akan ada rezeki utk anak itu juga. yg penting Anak tu mesti dapat kasih sayang ibu bapa sndiri. minta suami sis explain elok2 kat mertua kalau mertua masih memaksa sis.

Đọc thêm

Waalaikumussalam awak. Awak x perlu stress lagi. Husband punya reaction mcm mana? Die ckp apa bila mak die cadangkan benda nie? Die pertahankan X hak die sebagai seorg ayah melindungi anak die? Kalau sy kt tmpt sis sy x akan stress2. Kalau husband sy dah ckp dan bg mak die clearkn pasal benda nie, x perlu sy stress2. Kalau husband pun x ambik port, yes sy akan stress. Sy akan siap2 warming MIL x perlu ambik port pasal awak dan anak awak nie. Pandai2 sahaja MIL awak nie. Adik ipar awak tahu x pasal die nk jd ibu susuan @ mak die suruh ambik anak awak tu besarkan? Takut MIL pusing cerita versi lain sahaja pasal awak kt adik ipar die tu... X ada sesiapa boleh paksa2 awak nk serahkan anak kt sesiapa melainkan awak yg rela hati nk serahkan anak awak nie. Negara kita ada undang2.

Đọc thêm

kenapa awak perlu nak ikot ckp org??anak awak adalah hak awak dn husband. susah mcm mna pon awak berdua, percaya la ada rezeki utk anak awak. cuba awak fikir maju kedepan, andaikata awak bg anak awak ke adik ipar awak. then bila kewangan awak dh stabil dn nak ambik balik anak awak. awak rasa adik ipar awak akan bg ka? awak rasa adik ipar awak akan jaga anak awak mcm dia jaga anak2 dia sendiri ka? kalau adik ipar awak nak jadi ibu susuan anak awak sekalipon perlukan persetujuan both pihak. sbb bila dh besar ank awak kena tahu dia pernah ada ibu susuan. dn anak awak tak boleh berkahwin dgn anak dia. ini sy bagi contoh sahaja. kalau stress just block no mil awak. lagipon awak xdok sekali dgn mil awak kan. please bincang dgn husband awak sebaik mungkin.

Đọc thêm

Emosi betul saya baca sis punya luahan ni. Mak mertua sis macam orang tua takde otak pun ye jugak kan. Apa hak dia nak memandai suruh bagi anak sis pada adik ipar sis? Anak sis ialah hak sis dan suami. Susah macam mana pun tak perlu sampai nak paksa bagi anak pada orang lain. Cakap dengan suami sis utk nasihatkan mak dia tu supaya jangan masuk campur hal urusan rumahtangga dan kewangan anak yang dah berkahwin. Sis dan suami kena pertahankan anak sis. Tak perlu stress fikir apa yang mak mertua sis tu cakap. Mak mertua sis pun macam tak betul sesuka hati suruh bagi anak pada orang lain walaupun keluarga sendiri. Hairan betul ada mak mertua perangai macam ni suka masuk campur hal urusan anak dan menantu...

Đọc thêm

Hi wasalam sis, tersentak saya baca isu sis ni apalagi sis yg hadapi dugaan ni allahu semoga sis sentiasa kuat dan tabah. Nk cakap pasal kewangan tk stabil dan susah ni saya dan suami pun dlm fasa yg sama sis.. saya tk bekerja harap laki saja yg kerja mmg tak cukup.. kdg hari2 cuba nasib cari kerja tp susah bila dh pregnant org nk terima kerja ni. Apa yg saya boleh ckp sis tk payah cuba jaga hati atau dgr ckp even MIL , bincang dgn suami sis utk sama2 jaga anak tu walauapapun sebab inshaAllah anak tu lahir nnti ada bawa rezeki lain yg penting kita anggap dia amanah utk kita yg jaga 😊

Đọc thêm

Takyah sis. Apahal MIL awak ni suka2 dia jer nak suruh bagi anak awak kat adik husband awak. RED FLAG BETOLLLLL. Penat2 sis mengandung, bagi kat orang. Pastu jadikan adik husband ibu susuan. A BIG NO! cakap taknak sis. Bagitau suami jugak. NO NO and NO. InsyaAllah baby lahir nnti, mungkin ada rezeki awak dan suami mana tau suami dapat kerja baru ke, naik gaji ke, Allah bagi rezeki lain. Setiap benda yang terjadi, ada hikmahnya. Kalau saya jadi sis, saya dah block whatsapp MIL 🤣 biarlah kewangan tak stabil pun. Mak mana tak sayang anak yg dikandung badan sendiri.

Đọc thêm

hye mommies,maaf baru boleh bls. saye dgn husband mmg xnk bagi x pernah terpikir pon nak bagi tapi adik die dgn maknye dok desak ii mak die siap ugut kata jgn smpai die x amik tau dh psl husband sye...patut ke die ugut gitu semata ii nk suruh sye bagi ank sye? sye nak ank sye membesar dpn mata bknnye org amik bela pastu nnty ank syr x knl mak ayah die sendri..susah mcm mne pon kami boleh jge aih cume mak husband sye tu suke sgt mendesak husband sye pulak jenis x brani nk melawan depan ii sbb takut mak die kata derhaka tapi nk bgi ank tu mmg tak la

Đọc thêm
7mo trước

better camtu lagi senang sis! kalau mil taknak ambik tahu lagi better. mmg la mak tapi apa hak dia nak paksa ank dia bg org lain jaga cucu. hal2 macam ni mil awak tu tade hak utk campur tangan. kalau suami awak diam awak kena lantang sis. no means no lantak dia la nak sentap. ingat senang ke nak beranak. huhu maaf teremosi 😫

Menyibuk betul MIL awk tu. cuba kalau dulu org sarankan kat dia suruh bagi anak yg dia lahirkan tu kat org lain jaga, nak ke taknak? silap² dia haruk 1 kampung kat org yg bagi saranan tu. Tp tak tahu lh kalau MIL awk jenis tak kisah serahkan anak kat org. Kalau sy, sy pertahankan anak sy walau hidup susah mcm mana sekalipun. sori lh sy beremosi sbb sy ttc 4 tahun pastu incase MIL sy menyibuk² mcm ni mmg sy naik hantu. Suami awk tak ckp apa² ke? Takkan dia setuju dgn cadangan mak dia? Gila bethol!

Đọc thêm

Ish tak payah lah. Sesusah mana pun kita, biar kita jaga anak kita sendiri. Selagi kita ada tenaga, kita usahakan sebanyak mana yg boleh utk anak kita. InsyaAllah rezeki tu ada di mana2. Kalau sy masih mampu, sy takkan bagi. Kalau saya betul2 xmampu tahap merempat, mungkin saya akan bagi at least makanan, pelajaran anak terjaga. Ni cerita kalau saya tersangat lah tak mampu. Insyallah sy dan suami masih ada tenaga lagi utk usahakan keperluan anak2

Đọc thêm