emm sedihnye, situasi awak ni ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak, macam tak kemana. dari penceritaan awak, saya rs mmg MUNGKIN diorang ada perasaan antara satu sama lain. tapi dorang cuba menafikan dan menidakkan dalam diri, tapi dalam waktu yg sama cemburu dan kasih sayang masih dipaparkan dgn memakai beribu alasan. andaikata selepas ni awak berpisah sekalipun suami awak tetap tak boleh kawen dgn mak awak (haram muabbad) cara yg terbaik yg saya nampak ialah carikan mak awak suami, supaya mak awak tak mencelah dalam rumahtangga awak lagi. saya tahu tak mudah, tapi mungkin itu jalan terbaik. mula2 rapat lepas ni apa pulak? macam² boleh jadi. tak kan awak nak telan sorang2 benda ni, mak awak single mom sebenarnya mmg ada kemungkinan tinggi dia menagih kasih dari suami awak.
saya ada satu cerita utk jadikan pengajaran. kwn saya ada mak, mak nye janda dah lama dari dia kecik. dari mak sampai lah ke dia, sume muka cantik mix arab pakistan. tp mak dia tak kawen lama, sbb dalam diam bercinta dgn adik ipar sendiri. kantoi dgn anak nye (kawan saya) sorg je. tu pun lepas kawan saya terbukak chat ws maknye dgn ayah sedara tu.. selama bertahun tahun tapi tiada siapa yg tahu. kwn saya pun tak boleh buat apa2 sbb family mmg rapat dgn family ayah sedara dia yg tu, selalu dtg tidur rumah mereka atau mereka tidur rumah ayah sedara tu. yela mak nye mmg rapat sgt dgn adik dia. asal2 mmg rapat camni je bertiga tapi lama2 hmm bercinta pulak. punca mak dia jadi gitu sbb mak dia sunyi dr kasih syg seorang lelaki kata kawan sy, kwn sy nangis2 cerita dgn saya masatu, tp semua tu dh berlalu saya pun tak thu apa update dr kwn saya tu .
point saya, mmg dorg tak boleh or tak kan kawen, tapi dorg boleh bercinta dalam senyap, sampai kadang2 ada benda tak elok dorg boleh buat di blkg. bahaya sgt sebenarnya, saya tak tahu nak suggest langkah apa, mungkin awak je boleh fikir step apa untuk buat lepasni. kalau awak diam je, awak mmg akan makan hati jela jawabnya. ni soal serius awak, soal dosa pahala. fikir2 kan lah..
Anonymous