2 Các câu trả lời

Kandungan luar rahim bahaya, kena operate utk buang & kemungkinan saluran falopian jugak akan dibuang. Etopic memang tak boleh nak selamatkan janin, tak boleh nak tolak ke nak urut bagi masuk dlm rahim balik sebab janin dah melekat dkat falopian tube tu..

Simptom-simptom yang biasa EP : Sakit di bahagian bawah perut – Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja. Pendarahan pada alat kelamin/vagina – tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang biasa. Sakit pada bahu ( shoulder tip pain ) – sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. Anda boleh mengalami sakit perut yang amat dan boleh pengsan secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan kecemasan ini, seharunya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera

sis ade bleeding sikit2 tak?

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan