Sedihnya saya dapat tau anak makan senyap2

Hari tu saya bagi mak saya jaga anak sekejap. Anak saya ni memang manja, suka demand dgn nangis. Mak saya dari dia 4 bulan suruh makan nestum cair. Saya ni tak bagi sebab saya tau baby tak ready lagi. Saya dpt tau mak saya bagi anak saya makan nestum tu bila saya masuk dapur, saya nampak packet nestum baby tu. Sedih nya saya… mak saya kata kami semua makan awal. Tak perlu tunggu 6 bulan pun. Dia kata kenapa saya pertikaikan apa yg dia dah buat. Ya Allah sedihnya saya… Nak sedapkan hati ni dari marah mak. Anak dah 5 bulan, so hopefully dah ok la nak makan sikit2 walaupun berat hati ni. Perlu ke saya pergi jumpa doctor?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hi awak, kalau anak awak nampak okay & berak kencing mcm biasa, inshaAllah tak ada apa. Tapi andai awak masih tak sedap hati valid je nak bawa anak jumpa doc sebab hati naluri ibu lebih mengetahui. Berbalik pada soal ibu awak bagi makan sepatutnya kena minta kebenaran awak dulu. Awak berhak halang bagi makan sebab itu anak awak. Tambah² kalau anak full DF. Mungkin awak boleh slow talk dgn mak awak; carilah perkataan/ayat yang berlapik & gunalah intonasi suara yg tak mengundang reaksi negatif dari mak awak. FYI, nestum even anak dah start boleh makan pun bukanlah permulaan makanan yang baik. Nurse² KK pun memang tak akan sarankan bagi anak start makan dgn nestum sebab ianya penuh dengan gula--benda yang sememangnya kena elak bagi kat baby. Awak boleh search up kat internet; kalau boleh print out tunjuk kat mak tak elok sebenarnya bagi baby nestum. Apa² pun semoga ada penyelesaian yang baik antara awak & mak awak. Semoga baby awak sihat sejahtera & membesar dengan baik.

Đọc thêm