Assalamualaikum ibu semua.

Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

selamat hari jadi Firas. semoga jadi anak yang terbaik, dapat bantu ibuayah. takpe sis, sis ucap pada dia saje pun da memadai, sis doa untuk dia pun da memadai. saya dulu masa kecik kecik pernah terasa sebab arwah mak saya tak pernah sambut birthday megah megah mcm kawan kawan lain. tapi saya tak pernah laa meminta sebab arwah mak tak ajar pun untuk sambut birthday nii. apa yang arwah mak saya buat pagi tu dia wish birthday, dari sarapan makan tengahhari makan malam semua lauk lauk fav saya. siap tanya saya nak makan apa. skrg da ada anak baru saya tahu kenapa. anak saya pun saya tak manjakan untuk celebrate setiap kali ulang tahun. ada rezeki lebih, 2 bulan kemudian baru celebrate makan kek ke. saya tak normalize kannn celebrate birthday ni. takpee dia speech delay atau apa. asalkan sis menghargai dia, apa dia buat. da memadai. semoga urusan sis sekluarga dipermudahkan segalanya insyaa Allah. saya pun kekdg lupa birthday anak saya sendiri. kekdg arwah mak saya pun kekdg lupa, selalu saya remindkan aje. hehe sikit saya tak terasa. takpe lepasni sis buat reminder kat calender. jadi hari hari penting sis tak lupa.

Đọc thêm
11mo trước

Terima kasih ibu sebab memahami saya . 😞 terima kasih sebab wish birthday untuk anak saya Firas.

Anak sulung sy 6 tahun dah sis. Sy mampu je tp sy xpernah bg dia Hadiah birthday. Just cake & small celebration kami bertiga jer sampai dia 6y 😁. Tahun nie dia dpat adik, so sy akan buat mnda yg sama kat adik dia. No gift. Time2 waktu biasa dia nak toys tu sy beli kan je. Sy memang merancang jarak yg jauh dgn adik dia. Sebab dia speech delay Dr 2y, kene jumpe pakar apa semua. So sy memang fokus dia jer.. Nak masuk 5y baru dia boleh bercakap. Bila dia dah masuk skolah & nampak OK Dr semua sudut baru sy plan ada anak no 2. Org kata nak rapat senang jaga. Tp bg sy tak.. Depend laa pd individual. Sy memnag Jenis nak waktu kecil ank sy dpt 100% perhatian Dr sy. So kalau skang sis rasa penat, stop laa jap Utk no 4 kalau ada plan. Fokus jer Utk 3 org yg ada. Sy tau anak tu rezeki tp ekonomi skang Sgt mencabar. Lebih baik fokus kualiti Dr kuantiti.

Đọc thêm
11mo trước

*saja*

Influencer của TAP

Sy faham sis. Banyak sgt awk fikir ni tp point kuatnya sbb awk lupa. Tu yang sampai terkilan disebabkan lupa tk sempat nak prepare apa2 untuk dia tanda awk ingtkan dia. Takpe sis, ini cuma kesilapan pertama, as parents, kita tak boleh lari dari buat silap kat anak. Jauh lagi perjalanan kita sebagai mak ni. Chin up, its an honest mistake. Lepasni kita set calendar kt fon ya. Mak mak ni banyak benda nak ingat. Otak awk fikir benda yg lagi penting dari hari jadi so sangatlah dimaafkan. Sebab dia ada speech delay, awk suami isteri ikhtiar nak bagi dia terapi. Awk bukan ibu yg gagal tapi awk ibu praktikal. Jgn sedih ye, kita cuba lagi 💪🏻

Đọc thêm
11mo trước

terima kasih sebab memahami 😞

dia anak no 2 sis. saya depo.. dan mengandung adik dia masa dia umur 6 bulan.. saya sedih sebab sepanjang saya mengandungkan adik dia..bersalin..sampai lah adik dia sekarang nak dekat 2 tahun dah..saya selalu buat dia rasa terabai...inilah first time saya lupa tarikh harijadi dia.. baru² ni doktor sahkan dia speech delay . ada ciri² autism.. mana tak tersentak hati saya sebab lupa tarikh birthday dia.. saya terlampau banyak fikir. dengan cakap² orang rumah lagi..saya dudok rumah mertua dh 10 tahun.. hadap ibu mertua dan kakak² ipar mcm puaka.. saya stress. sampai tarikh penting pun saya lupa. saya kusut..selekeh.. rasa xberguna..

Đọc thêm
11mo trước

Awak duduk area mana sis?

happy birthday firas . semoga firas mjadi anak yg baik dan soleh ye syg. takpe awak , jgn sedih sedih . nt ada rezeki bole beli mainan atau kek utk dia . fmily sy pun tak pernah smbut birthday sy dri kecik smpai skrg . sy okay je . paham sbb fmily tak mmpu . utk speech delay . awak kne rajin bercakap dgn dia . sy kerja taska . mmg ramai budak 3-4 thun speech delay tp tde pulak parents ckp anak dia autism . tp bila rajin ajak borak dorang dah pndai ckp sikit2 . semoga dipermudahkan urusan awak sekluarga okay . jngn pernah mgeluh tau . insyaallah . ada rezeki fmily awak nt . aamiin 🤲🏻♥️

Đọc thêm
11mo trước

Aamiin. terima kasih untuk doanya 😞

Ibu jangan sedih sangat ya. Semoga urusan ibu sekeluarga di permudahkan. Tentang cake jangan risau sangat. Memadai ibu buat Firas happy. Bawak dia ke taman untuk bermain. Anak anak saya, setakat ni saya belum pernah celebrate birthday lagi sebab bagi saya masih kecil bawah 4/5tahun. Tiap kali birthday dorang saya cuma bawa ke tempat permainan untuk buatkan mereka seronok & berikan perhatian & kasih sayang. In sha Allah kalau ibu ada rezeki lebih nanti, boleh belikan Firas mainan/cake. Buat masa sekarang ni penuhkan tangki emosi Firas dulu. Bermain & belai dia dengan penuh kasih sayang

Đọc thêm
11mo trước

setuju dgn Tanpa Nama.. makin lama makin meleret2.. mcm2 isu plak naik..

takpela jangan sedih2. InsyaaAllah rezeki dia Allah dh tetapkan , kita sebagai parents cuma perlu usaha sahaja . Saya pon membesar tkde pon masa harijadi dapat hadiah. Ibu sya cuma masak special sikit hritu ataupon tk buat apa2 cuma wish selamat hari jadi jeh . Ada tahun2 abg saya yg beli hadiah atau kek . Takpe ikut kemampuan kita 🥰 anak mungkin kita rasa dia masih kecik tapi kadang2 dia lebih memahami. Semoga dipermudahkan segala urusan , satu hari nnti rezeki sis akan semakin luas berkat kesabaran 🥰🥰

Đọc thêm
11mo trước

aamiin. terima kasih. 😞

Ibu, kalau awak tengah serabut banyak benda nak fikir tentang masalah awak, awak takbolah lah nak expect orang2 dekat sini faham awak 100%. Mungkin ada jawapan yang awak nak, tapi takdapat. Jangan terasa, sebab cerita yang orang tahu based on apa yang awak cerita je. Semoga segala urusan awak dipermudahkan. Anak ni amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Mana mana parents pun sudah tentu nakkan yang terbaik untuk anak anak. Kita buat yang terbaik, cukup Allah je tahu. Tak perlu buktikan dekat orang.

Đọc thêm
Thành viên VIP

sayu saya membaca luahan hati puan...ade juga tertitis air mata ketika membacanya.. its OK puan..puan jgn sedih OK..masih belum lambat sambut birthday anak puan tu.. kalau puan x mampu bagi hadiah dari segi toys or apa apa ke..puan boleh masak utk dia special².. takpun bawa dia pergi playground petang² ..buat something special dengan dia.. Puan tak sengaja Lupa sebab puan burnout tu.. saya doakan harini puan dapat celebrate 🥳 dengan dia dan sekeluarga ya. Happy birthday adik firas

Đọc thêm
Post reply imageGIF
11mo trước

nanti ada rezeki lebih saya beli ayam..goreng untuk dia.. dia sangat suka makan cake. saya sebak. .

Happy birthday Firas. Aunty doakan firas sihat tubuh badan &berjaya dunia akhirat. I paham sis apa yang u nak sampaikan, kuatnya sis. I paham jugak anything related to anak mesti rasa sebak kan? I pun rasa nak peluk firas. Apa pun, sis jangan negative ya, cuba tenangkan diri, sembang dengan husband luah apa sis rasa. jangan simpan sendiri, lepaskan ja emosi dekat husband. as a mother, emosi sangat penting. Sis jaga diri okay, sis kuat! ❤️

Đọc thêm
11mo trước

Terima kasih aunty 🥰🐻