kuning
Hari ni bby kena tahan wad semula..3 kali dh keluar masuk wad..ya ALLAH bila la semua ni nk berakhir???
Hi sis, if baby warded jaundice make sure baby dpt sepenuhnya lampu bilirubin. Setiap jam boleh letak baby terlentang & meniarap supaya seluruh badan baby kena cahaya lampu. Then, pam susu ibu, suap baby minum guna syringe dgn kerap 20-30minit. Sikit2 pun takpe janji baby minum dan tak perlu banyak kali angkat letak bawah lampu. Kesian baby nanti. . If dah balik rumah, suruh suami tukar mentol lampu bilik/lampu tidur yg baru. Just tidur pakaikan lampin supaya jaundice cepat turun. Then, boleh juga selang seli minumkan baby susu badan dan susu tepung, means sebagai ubat bukan sepenuhnya bagi susu tepung. InshaAllah boleh turunkan jaundice.
Đọc thêmHi sis, pengalaman saya masa anak kena kuning selama 36 hari. Ulang alik ke KK, penat dgn kita berpantang lg. Awal saya ikuti kata doctor just bagi susu je. Seminggu sebelum anak disahkan discharge kuning, tergerak hati minum susu kambing. Saya minum susu kambing selama seminggu tu dan kerap susukan baby. Alhamdulillah, next appointment tu terus kuning turun banyak dan terus discharge. Tak salah kita mencuba. Saya minum susu kambing yg bancuh je. Kalau yg fresh mmg tak lalu.
Đọc thêmKena susu kan baby setiap sejam.. baby tidur pun wajib kejut bagi susu.. ibu pun kena kawal pemakanan.. sementara anak kuning, ibu tak boleh makan benda2 panas macam lada hitam, serbuk kunyit, makanan bergoreng.. air pulak tak boleh ambil air milo, kopi, air akar kayu dan jamu2.. untuk tambah susu badan, ibu boleh amalkan makan nasi panas dengan sayur sawi rebus.. air boleh minum air hoclick untuk pekatkan susu..
Đọc thêmSemoga dipermudahkan.. Sis kena makan,sabar byk2,susukan baby tiap 2 jam, letak baby bawah lampu,Mandikan baby 2 kali sehari. Cepat tu turun. Sayapun paling tdk suka bila baby kena masuk wad sebab jaundice,tapi itu yang terbaik untuk baby. 1st baby seminggu juga di wad. Sabar ya Sis.
Đọc thêmMcm sy anak x smpi 24 jam keluar sbb prem Dr NICU masuk blik sbb kuning tinggi.. kerapkan mnyusu anak setiap 2 jam.. supaya dia kerap membuang.. Ni yg doc pakar ajarkan.. Alhamdulillah mlm masuk wad, esok pg2 da keluar balik..
saya pun 3 4 kali masuk wad. letih sangat2. rasa nak marah. sabar sis. kerapkan dia minum susu je. jangan bagi dia tidur lama2. baby kuning ni susah nak bangun.
Adik ipar sy campur susu dengan susu formula..alhamdulillah kuning berangsur hilang..tp klu nurse thu kena mrah la jwabnye..hihi
Semoga diberikan kesembuhan utk baby sis ..
Semoga d permudahkan segala urusan...
Queen bee of 3 superhero magician