Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mumsy of 2 Beautiful Princesses
Demam Biasa & Demam Panas
Hello Mommies, Saya nak share mengenai anak demam biasa ataupun demam panas. Dua hari lalu, anak saya tiba2 panas suhu badannya naik 37.8 Masa ni saya buat cara biasa tuamkan pakai tuala basah, mandikan 4x sehari pakai air sejuk. Tetapi suhu naik turun. Lepas mandi turun sikit, lepas beberapa jam naik lagi, hingga petang beberapa jam sebelum berbuka puasa naik sampai 38.9 (saya masih berdegil berpuasa, sbb kalau saya tak puasa saya boleh minum ubat demam dan direct susukan anak). Dengan suhu tinggi, saya msh buat cara biasa tuamkan pakai tuala & mandikan air sejuk. Bila buka puasa, saya terus minum ubat demam yg saya dapati dari klinik pakar kanak2 (ubat ni doctor bagi masa anak saya demam bulan Feb hari tu tapi saya tak pernah bagi direct kat anak sbb anak msh bawah 1 tahun. Mmg saya tak berani nak bagi direct kat anak). Lepas saya minum ubat demam, saya susukan anak mcm biasa dan monitor suhu setiap satu jam. Alhamdulillah suhu semakin turun. Saya continue minum ubat demam tu empat jam sekali. Sampai subuh lepas sahur, saya cek suhu anak 37.6 saya decided utk tak berpuasa sbb saya nak continue minum ubat demam utk anak. Alhamdulillah cek secara berterusan suhu semakin turun jadi 36.1 Baru rasa lega. Takpelah berkorban puasa 1 hari demi si buah hati kan. Untungnya anak fully breastfeed, jadi kitalah ibu yg minum ubat tersebut dan anak akan dapat minum ubat tersebut dari susu kita. Sedikit perkongsian saya bila anak demam. Semoga bermanfaat.
Kesan Merah
Hai Mommies, Ada yang pengalaman mcm saya tak? Baby hisap bahu sampai berbekas mcm ni. Punya kuat haih dia hisap. Normal ke baby 4 bulan hisap boleh sampai berbekas mcm ni?
Kesan Pembedahan
As Salam Mommies, Saya baru bersalin secara Czer 3 bulan lepas, penjagaan luka pada pembedahan semasa pantang saya ikutin bagaimana yg doctor ajar. Skrg ini, bekas pembedahan tiada apa2 masalah, bekas pun cantik je. Tapi yg tak cantiknya bila ada daki yg agak tebal berdekatan dgn bekas pembedahan, saya sendiri tak selesa. Nak gosok pakai scrub or bersihkan pakai baby oil & kapas, mcm ngeri pulak. Dah boleh ke saya scrub bahagian bekas pembedahan tu? Ngeri sbb seumur hidup saya tak pernah buat apa2 penbedahan.
Suntikan BCG
Hai semua, Nak tanya, bekas suntikan BCG ni dah pecah bulan yg lepas, now sy tgk ni mcm bengkak lg. Normal ke? Nak prg KK tanya doc, appointment lama lagi. Ada mommies kat sini pengalaman mcm sy?
Selesema + Batuk
Hi Mommies, Nak share tips bila anak kena selesema or batuk. Few days my baby (1 bulan 27 hari) kena selesema diikuti batuk beberapa hari kemudian. Kena selesema ni because under the weather. Musim hujan kan skrg. My MIL bagi petua ni utk buat kat baby. Bila baby selesema, just tumbuk bawang putih dan campurkan dgn minyak telon/minyak kayu putih. Lepas tu sapukan ke dada, leher dan punggung belakang baby. Sy akan calit sikit and sapukan ke hidung baby utk bagi mudah bernafas. Bila mlm baby tidur, tumbukkan bawang merah sampai keluar jus, bawang merah yg dah dilenyekkan tadi letak dlm pinggan dan letakkan berhampiran baby. Biar baby hidu bau bawang tersebut. Alhamdulillah, dlm 2 hari selesema my baby pulih. Semoga bermanfaat ye.
Baby Kuning - Doctor vs Traditional
Say just nak share tentang kuning baby saya. Dari lepas keluar hospital lepas bersalin (21/8/2019 birth date), doctor bagi appointment utk check kuning baby. Setiap 3 hari sekali pergi KK dgn keadaan pantang. Kuning baby naik turun. Sampai ambil darah 2x. Sedih. Seminggu sebelum doctor sahkan discharge, saya try minum susu kambing dan bf baby kerap mcm biasa. Alhamdulillah, lepas seminggu minum susu kambing kuning anak terus habis dan dpt discharge. Sebelum ni mmg saya ikut je saran doctor tak boleh ini itu sampai la sy nekad minum susu kambing minggu lepas. Jadi agak jiwa kacau juga kan antara doctor vs traditional ni. Perjalanan kuning baby 37 hari.