Hai semua. Saya nak kongsi kesedihan saya hari ni. Baby saya 3bulan check up hari ni. Berat nya masih line kuning😥.
Berat lahir - 2.7kg
1 bulan - 3.2kg
2 bulan - 3.8kg
3 bulan - 4.3kg.
Baby pernah jaundice selama sebulan. Masa tu beratnya drop jadi 2.5kg. Baby DF, tak nak botol langsung. Dh cuba bagi tapi tak nak jugak. Then saya redho jela bagi je DF.
Baby minum susu per sesi 7-8min. Pastu tido 2/3 jam baru bangun menyusu. Kadang saya pump dulu susu awalan (foremilk) tu buang, then baru bagi baby DF, dgn harapan dia hisap hind milk lebih supaya cepat naik berat. Tapi sekarang masih lagi masalah berat. Saya dah makan banyak, protein lebih, karbo pun lebih, sayur lebih. Mmg tak fikir nak diet ape lagi. Fikir nk bagi susu ni cukup zat je.
Saya ada minum susu, air kurma merah + longan. Susu saya pekat je. Tapi sebab baby minum setakat tu je. Tak tahu nak bagi dia minum banyak macam mana lagi.
Baby aktif. Ukuran fizikal normal. Berat je masalah.
Ada tak ibu2 kat sini sama situasi macam saya? Saya cuma taknak stress fikir je sbb takut susu drop. Saya cuba positif fikir mungkin genetik nye jenis tubuh kecik.
Sekarang saya cuba ikhtiar bagi vitamin appeton baby drops. Harapnya semua jadi normal laa..
Saya cuma malas dah nk banyak kali refer doc. Penat nak menunggu lama dekat klinik lagi. Doc kadang cakap benda sama je.
Semoga baik baik sahaja utk next month check up... 🙂
#bantujawab #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund #bantusharing
Boo