16 Các câu trả lời
baby bape bulan tu? bagi isap jari je, lagi bagus dari puting. isap puting lama² pun tak elok, kacau baby punye perkembangan gigi, sebab tu kalau tido bagi botol susu, baby dah tido je terus, cabut dari mulut dia. takde istilah isap jari tak elok, isap jari tu bagus tuk baby tenangkan diri dia, khayal time tido. betul setengah mommies kat sini cakap sekejap je isap jari, yaa anak saya pun kejap je dia isap, pastu takde dah. kalau dah nak masuk fasa makan, tu normal kalau isap atau gigit, sebab baby dah mula gatal gusi. jadi jangan risau, bagi je baby isap jari, yang penting jari baby bersih & kuku dia pendek 🥰
Bg sy okay sahaja baby isap jari. Means perkembangan baby on track okay, development die pun okay. Tp fasa baby hisap jari nie x lama pun. Biasa baby hisap jari nie die nk soothe kan diri die sendiri. X de lah effect sampai kembang2 jari die tu. Until certain age, die akn stop hisap jari. Sy lg prefer anak isap jari dr isap puting nie. At least die kenal body part die sendiri. Dr puting. I just not sure about puting. x pernah bagi.
sy pun sama, sebelah husb tak bagi hisap puting. masalahnya baby melalak tak boleh tidur, kita yang kena hadap. last2 husb sendiri yang bagi puting. tapi bila baby dah nyenyak kami cabut. Alhamdulillah baby okay guna puting time baru nak lena sahaja. hisap jari pun bagus bagi rangsangan dan bagi dia soothe. tak pernah pulak jumpa tangan baby sakit sbb masuk mulut. itu semua proses tumbesaran dia.
Bagi jela dua2..had kn masa,tukar2..bg mainan teether jgk sbb baby gatal gusi..kalau isap jari je gigi boleh jonggang jgk lama2..tp isap jari bagus utk sel2 bhubung.kalau isap puting,boleh beli yg anti jonggang..puting dpt tenangkan baby dan mudah utk tidurkan dia..tp kalau kerap sgt berputing,susah jgk nk pisahkan dgn puting nanti..
Hisap jari la yang paling bagus sbb baby dah pandai self soothing.. puting tu hanya alat bantuan soothing sementara dia x pandai buat sndiri, bila dia dah pandai soothing sendiri boleh la stop bagi puting.. bagus sgt dia hisap jari ni untuk perkembangan n pembelajaran dia.. boleh follow "baby languange" untuk ilmu lebih lagi
Hisap jari tu tanda baby berkemahiran tenangkan dirinya sendiri. Bantu dia tidur. Puting pun alat bantuan untuk tenangkan diri dan tidur, cuma belikan yg sesuai dgn pertumbuhan gigi yg elok. Kedua-dua penggunaan jari dan puting tu kena pantau dan asuh untuk elakkan jadi habit anak.
setuju dgn pendapat mommy @nur
Ank sy isap jari. Mak ckp budak baik pandai isap jari sndiri. Ramai dok ckp bila isap jari sendiri ni budak cerdik. Sbb dia pandai tenangkan diri dia sndiri dgn isap jari. Tp xthu la pendapat org lain mcm mna. Sbb ank sy pernah cuba nk ajar puting. Tp dia sendiri tak nak. Jd biar ja la isap jari.
anak saya, saya bagi teether kadang2 bagi isap jari untuk perkembangan dia juga. teether saya guna he or she getah lembut tak keras sambil tu boleh bersihkan lidah (nyonyot) dia boleh buat senaman mulut (gigit) tapi klau boleh pantau sebb kita ibu dia kita nak yg terbaik untuk baby.
Pengasuh saya pon x bagi anak hisap jari. Dia bagi puting. Saya pulak x suka anak hisap puting. Tapi dont worry. Fasa menghisap ni dalam sebulan je (kat anak saya lah). Skrg anak dah x hisap apa2. Anak skrg dalam fasa mengigit semua depan dia.
bagi teether awak siang2 kalau tak nak dia isap jari or puting, boleh kurangkan sikit.. beli jenis ni bessttt layan je baby dgn teether dia. Kalau nak tidur ke apa biar je dia 😄 https://shp.ee/jpt324e
Azirah Adnan