consume vco

hai nak tanya ada tak yang pernah consume vco ni ? dia lebih kepada kebaikkan ke keburukan ye ?

consume vco
8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya ada amal waktu third trimester. saya sendiri pun tak pasti apa kesan pd tubuh saya. pengalaman bersalin sebulan lepas... lps doktor cek bukaan (vaginal examination), doc ckp 2cm dan dinding rahim tebal. masa ni jam 11.30 pagi. jam 12 tghri saya start rasa contractions. Lepas asar keluar lendir darah. masih boleh solat mcm biasa lagi. Malam tu saya takleh tido sbb sakit datang kejap kejap. kadang rasa nak terberak tp gi toilet takde plak nak membuang😂😂 tahan sakit sampai jam 7pg esoknya doc cek bukaan lagi 3cm. pastu nurse suruh saya makan minum bagi kenyang. 8.45pagi nurse tolak ke labour room. 10pg pecah air ketuban lepas tu induced drip. lepas pecah ketuban masih 3 cm sampai tengahari. saya tak tahan sangat sbb sakit makin kuat, saya mintak ubat tahan sakit. nurse dtg cucuk kat bahu ubat tahan sakit. lps tu saya jadi mamai. ubat tu buat saya dgn baby mengantuk. saya tanya nurse, nurse cakap bukaan baru 4cm. tak lama lepas tu jam 2ptg tiba2 doktor dtg rmai2 ckp 10cm pastu suruh push baby. bukaan sy mcm cepat sangat je. biasanya kalau anak pertama 1cm ambik masa sejam. saya dah terbayang azab betul kena tahan sampai 7 jam lagi nak tunggu bukak 10cm🤣rupanya kejap je. tp mmg sakit sangat2 waktu nk tggu 3cm ke 10cm tu. dann mungkin saya tak pandai teran, baby pun keluar mendongak bukan menunduk mcm biasa, jantung baby pun sangat tak cantik, jadi doktor terpaksa gunting dan tarik baby guna forcep juga. selamat bersalin 2.09pm. masa bersalin dah tak rasa sakit pun sbb terrrlalu sakit contractions sampai baby keluar pn tak rasa pape😂 sakit kena jahit pun rasa sikit gitu je sbb dah lembik menahan contractions. pengalaman first baby. menggerunkan. skrg tengok baby mcm tak percaya dah ada anak. bila ingat balik moments bersalin tu rasa mcm mimpi ngeri pulak😂😂

Đọc thêm
5mo trước

Wahh menarik story sis. Tulah dulu pernah gak merasa sakit ya amat bila check 3 cm je baru. Last last kena czer 😂 tu yang nak ambik pengalaman orang yang pernah normal delivery ni

VCO, atau Virgin Coconut Oil, adalah minyak kelapa dara yang diperoleh daripada daging kelapa segar tanpa melalui proses kimia yang melibatkan pemanasan tinggi atau bahan kimia tambahan. VCO telah dikenal pasti oleh banyak orang sebagai minyak yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Kelebihan VCO termasuk: - Membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan lemak dalam badan. - Memperbaiki sistem pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrien. - Memperbaiki kualiti kulit dan rambut. - Mempunyai sifat anti-bakteria, anti-kulat, dan anti-radang yang membantu melawan jangkitan. Namun, kelebihan penggunaan VCO boleh berbeza bagi setiap individu. Sebaiknya berunding dengan pakar kesihatan sebelum memulakan pengambilan VCO, terutamanya untuk pesakit dengan penyakit kronik atau alergi tertentu. Selain itu, jumlah pengambilan dan cara penggunaan VCO juga perlu diambil kira untuk mendapatkan manfaat optimum daripadanya. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm
5mo trước

Betul tu. Nak consume apa2 rajinkan tanya doktor dulu ya.

Masa kehamilan ke 3 saya amalkan ni, bukaan dah 9cm tp saya tak sakit kuat.. masih boleh relax sampai doctor pun heran. Saya bersalinkan baby dlm keadaan baby masih tidur. Alhamdulillah takde apa2 pun cuma kemudian tu rahim saya lambat nak kecut n bleeding banyak. Ada jugak org saya jumpa rahim dia tak kecut2, bleeding sampai kena buang rahim. Jadi ikut badan juga puan. Lepas pengalaman tu saya takut dah nak amik yg softgel ni. Better yg original kot.

Đọc thêm
5mo trước

Tula kan.. 😅 tp amazingla bila 9cm tp tak sakit kuat sangat.. cuma bila jadi mcmtu doctor masukkan induce yg drip supaya saya rasa sakit n rasa nak teran.. lepastu rengat 3 hari. 😅 haha.. entahla salah doctor bagi induce drip atau softgel. Wallahualam. Semoga apa2 supplement yg puan amik nnt tak memudaratkan. Kalau instinct kata ok, doa bnyk2, insyaAllah semuanya ok.. 🫶🏻

saya guna minyak kelapa dara juga tp yg ori la sis..ok jugak kelapa dara ni .kalai saya oil tu saya letak kat dlm botol spray keci2 jak .pastu masa makan sya spray sikit jak kat makanan .pastu oil tu saya urut kat tempat baby keluar nanti urut perineum tu ...insyallah xda jahitan masa lahir ..

5mo trước

owhh. ada contoh tak kelapa dara tu ? nak try cari

Masa anak first Saya amal masuk trimester ke3. Hb cantik. Contraction xlame. Masuk lb pukul 1, pukul 4 Dr suruh teran, 4.15 keluar. Bersalin normal tapi kena gunting n jahit sbb xreti teran. Second pregnancy ni pun Saya amal masuk 7bulan..stakat ni check hb OK. Tu jela

5mo trước

owhh sebab risau gak nak consume sebab pernah terbaca katanya kalau jahit daging mudah hancur macam tauhulah

banyak orang suggest dekat saya makan pil ni. utk bersalin mudah x terkoyak. katanya bagus.. tapi sy blm try lagi la. sy kadang3 ada baca kat tiktok ramai kata bagus juga ..

5mo trước

itulah. ramai jgk bagi feedback positif tapi disebabkan terbaca pasal problem nanti susah jahit sebab daging jadi mudah hancur macam tauhu tulah yang membuatkan rasa was was

Kalau y ni tk pernh..tpi sy pernh makan minyak kelapa dara by d’aura..dia cntik kan HB,kurg kn loya bgi sy la..tpi lebi focus kepada HB..

5mo trước

Sy bersalin emergency czer,sbb kpla bby tk masuk laluan n tali pusat terlilit dkt kaki..1st tu try juga nak brnak normal last² jantung bby makin lemah tu la czer terus,lahir la bby girl 3.2kg..

kalau ada masalah kesihatan atau penyakit kronik spt kencing manis better consult doktor dulu

5mo trước

baik. terima kasih atas nasihat ✨