emosi sekarang sangat2 x stabil
hai mummys semua.time pregnant ni normal ye emosi x stabil.kadang perkara kecik pun rasa nak marah dan kecil hati.risau effect pada baby 😔
normal puan. tapinya kalau boleh kita cuba banyakkan rileks, jgn ambil pusing sgt ttg sesuatu perkara, jgn stress2 sgt. bukan apa, emosi ibu ni baby kita pun boleh rasa tau. jadi seeloknya kita banyakkan berlapang dada. kalau x puas hati apa2 kt suami, bgtahu je terus terang mcm saya. saya pregnant kali ke 3 ni mmg sy alhamdulillah jarang2 sangat2 gaduh dgn suami, kecik hati dgn suami. sbb sy dah set mind awal2 b4 sy pegnent lagi saya xnak stress2, x nak emosi sgt. suami kita pun gembira bila kita happy je. bila suami gembira dia pun layan kita happy je. so puan cuba banyakkan bertenang ya. jgn ambik pusing sesuatu perkara sgt. rilek2 je. kalau puan seorang Islam, boleh cuba amalkan istighfar, solat malam tetiap hari. saya cuba amalkan mcm ni. walaupun solat malam x selalu pun boleh bangun, tp alhamdulillah sy rasa tenang buat mcm ni. so puan cuba ya. semoga dipermudahkan urusan.
Đọc thêmNormal. Puan, ambil langkah bertenang, redha dan sabar dlm ujian kehamilan. Buat perkara yg kita tenang dan jauhkan drpd perkara yg kita rasa semak. Riadah ringan ke, jln2 kt taman, baca buku psl kehamilan dan penjagaan anak, nak jadi ibu bapa, al Quran, berzikir ,banyakkan rehat, makan buah... tonton cerita yg happy, bosan dgn cerita drama yg buat kita geram, tontonlah National Geographic 😅 jngn tonton pasal shark ular bagai... terkejut2 kang. hihi yg buatkan saya semak, media sosial, berita palsu.. kawan2 yg suka membawang.. haha, so sy mute dlm circle tersebut. moga baik2 puan, kawal stress na... senyum sikit.... 💐
Đọc thêmterima kasih puan atas nasihatnya.
Normal tapi seeloknya cuba kawal emosi yg penting jgn stress2 sebab mmg akan effect baby selepas lahir.. Baby akan sukar diurus dan susah nk tenangkan die istilah die difficult baby.. So just enjoy your pregnancy journey, happy2 selalu.. Amalkan cara hidup n pemakanan sihat jgn lupa selalu berkomunikasi dgn bayi..
Đọc thêmnormal puan. tapi cuba & usaha untuk lawan emosi tak stabil tu. memang ada efeknya pada baby nanti. boleh nampak bila baby dah lahir nanti. masa saya mengandung sulung, saya asyik nangis saja setiap kali suami outstation. hasilnya anak saya kuat nangis dan hanging sangat dengan saya.
Samalah. Emosi tak stabil sgt2. Tak boleh dgr bising2,, cepat serabut. Panas pun jadi serabut. Suka menyendiri. Suka duk dalam gelap 😞 kadang2 marah suami sbb main game,, tp menangis sendiri sbb rindu. Padahal diri sendiri yang merajuk . Normal ke 😫
better bagitau doktor pasal keadaan puan ni.. ada klinik yg akn refer klinikal kaunseling. kuatkan diri ya utk kebaikan puan dan kandungan 💐
normal ...sy klu mcm emosi xstabil lebih baik sy bdiam kn diri relex kn diri..xnak serabut kepala gn ap² masalah sbb takut kesan pd kandungan..klu dh xley tahan sgt sy bukak zikir²...lama² hilang semuanya jd tenang hati ni..
Normal tu sis. I dulu siap nangis2 tengok homeless or peminta sedekah tepi jalan. Nangis beria tauuu. Mmg orang cakap mcm mengada. Tapi hakikatnya itulah emosi upside down time preggy.
Sy sejak mengandung ank first ni asyik nightmare jeee hri2 . Ada mcm sy tak ? Haha kdg2 bgn pg trus overthinking fkir psl mimpi. Stress betul
Normal. Dapat suami yg faham, senang. Kalau dapat suami yg sama naik emosi dgn kita, susah betul. Harap2 tak melarat la ya. Aamiinn
Sama la.. ke sbb hujung2 pregnancy? Ya
seorang ibu ❣️