36 Các câu trả lời
[Sharing utk yg selalu bertanya soalan yang sama] Jangan sesekali berharap ada sebarang pendarahan masa pregnant. Awak akan menyesal nanti. Sebarang pendarahan semasa pregnant adalah TIDAK normal. Bukan semua org akan dapat implantation bleeding tu(TAK WAJIB), IB hanya terjadi semasa benih nak melekat dlm rahim saja (Proses ni around 8-12 Day Past ovulation ).6 week klau ada spotting, bila ke klinik/hospital akan dianggap sbg threatened miscarriage (Ancaman keguguran) Kena banyak cari maklumat sahih lagi puan 😊
Salam sejahtera puan, untuk makluman anda pendarahan implantasi atau pendarahan kecil ketika awal kehamilan adalah salah satu tanda kehamilan. Namun begitu, tanda ini bukanlah wajib berlaku kepada semua wanita hamil. Pendarahan juga kadang kala bukanlah petanda yang baik, jika terdapat pendarahan di awal kehamilan sila rujuk kepada doktor untuk kepastian bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap anda dan kandungan.
Lega baca . Sebab dah masuk 5 minggu takda spotting.
Pregnant kali ni alhamdulillah da masuk 5 week 2 day, takde spotting. Menda normal sb bkn semua akan dapat tanda pendarahan waktu penempelan di rahim. Mcam sy bln 10 ade, sehari je darah koko melekat kat panties, da pakai pad takde plak. Test upt dapat line positif yg weak. Tapi lpas 2,3 hari darah sikit2 dan berterusan sampai seminggu ( yg ni sy panggil bleeding bkn spotting ) lpas tu bersambung jadi period. Dy cek upt da negatif. Rupanya sy mengalami chemical pregnancy ( kandungan tak menjadi )
Saya hamil kali ni Alhamdulillah rasanya takde spotting di awal kehamilan. Dan ianya melegakan bagi saya. Spotting ni kalau dah keluar memang kena rehat. Tak boleh buat keje berat. Kena jaga kandungan betul-betul. Sebab kandungan masih lemah.
tak semua akan alami implantation tu sis sbb kdg2 darah implantation sgt2 sikit , kdg2 tu setitis dua je n takkan kena pd panties pon , bila pergi toilet n lap pakai tisu br nmpk n implantion blh berlaku hanya dlm 2-3 jam atau plg lama maybe 3 hari
Hai sis. Sy pun tiada langsung spotting. Cuma awal awal tu rasa sakit perut yg amat mcm sengugut. Igtkan esok tu period. Padahal baru je lepas abis period. Then after lewat period 2 hari test upt positive. Alhamdulillah skrg dah 38 weeks
Bagus lah tak ada darah or spotting.... Hahahha.... Orang tak nak... Dia minta lak.... Mesti ada orang kasi salah info pada dia ni... Tu yang sampai tunggu2 sangat spotting... Baik kita doa yang baik2 dik...
Normal la sis kalo xde..yg ada bleeding spotting tu bahaya tau... jom join group blh share and tnye apa saja https://chat.whatsapp.com/CFOQ5b1hBYd6K7g2iSdV0k dlm group ni mcm2 ilmu and pndapat ada
Nak sgt pendarahan. Yg dlm app ni selalu up psal risau sgt² pendarahan diawal kehamilan. Yg dia susah hati x ada pendarahan. Bersyukur lah tiada pendarahan.. pendarahan tu x normal. Bahaya...
Jangan diminta pendarahan tu. Tiada implantation spotting tu normal. Tak semua akan ada. Sy pun xda, sekali 10w ke atas bleeding on off. Doakan saja tak ada pendarahan sampai bersalin.
Terima kasih baru tahu..
Yaya Rahman