Berat badan anak bawah 7kg

Hai mommies, saya nak tanya berat anak saya 6kg lebih sahaja sekarang 9bulan 8hari, lahir prem 36week++ berat lahir 2.64kg . baby saya minum susu badan tapi kalau saya ada urusan apa apa minum formula dalam 5oz sekali susu. Tapi lebih kepada bf. Anak saya tak tolak makan, sentiasa nak makan. Makan 3kali sehari, snek 2kali gitu. Saya selalu cuba masakan yang berlemak, tukar tukar menu baby, cuma tulah kenapa ya anak saya susah sangat nak naik atas 7kg ? Kesilapan saya dimana ya untuk diubah ? Saya ada baca komen, anak terlalu berjaga siang hari pun berat boleh terganggu, betul ke? Memandangkan anak saya dah mula lasak, time tidur tak tentu, kadang siang 2/3kali tidur, dalam 30min-1jam lebih malam berjaga juga kadang pernah tidur lewat . Bulan depan baby ada appoiment 10bulan untuk pantau berat dan ukur lilit kepala. Saya risau sangat sangat , apa perlu saya lakukan ?#SeriusTanya #ingintahu #bantujawab #bantusharing

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Rasanya sebab part tidur tu. Anak saya pun lahir 36w berat 3kg & banyak tidur dari 3m. makan since 7m ashik main2 banyak yg dia luek. Active mmg active sbb dah mula nk berdiri. Tp tidur tetap tidur malam tu dia tidur 11pm sampai 7am straight. Siang pun 2 3 jam tidur per session. 8 bulan dah 9kg, 9 bulan ni belum timbang

Đọc thêm