Telan Zincofer dengan air apa?
Hai mommies, nak tanya geng Zincofer selalu telan ubat dengan air apa ya? Saya buat air lemon @ limau kasturi tanpa gula.. rasa hanyir darah / besi kat tekak
Boleh minum air sunquick. Doc suggest mkn zincofer dgn vitamin C. And make sure cara makan pil tu betul supaya takda rasa hanyir atau rasa darah kat tekak. Sy pun takut nk mkn zincofer tu tp lepas mkn pil cara letak pil dkt lidah, minum air tapi jgn telan dulu, lepas tu tundukkan kepala dan telan. Then minum sunquick. Boleh try tips ni ☺️
Đọc thêmSaya try makan Zincofer malam atau 2/3 jam lepas makan, memang muntah atau reflux teruk. Lepas tu cuba makan pagi2 perut kosong, lepas tu terus makan sarapan baru okay. Saya minum dgn air kosong je.
saya dapat juga ubat zincofer , tak ngam 🥺 pening, muntahmuntah, takde selera nak makan. bagitahu nurse nka tukar ubat, dia tukar ke obimin dengan ferros furrate . nasib baik okay 🤍
Sy makan zincofer mase nk tido. Btl2 mengantok. Telan n tido. Kalau xtido pening mual. Jd ngntok btl2 bru sy telan. N tido. Jd xde isu mual muntah bau besi. Sbb da tido😅
try tolak dgn orange juice ..mcm marigold juice .tp kalau zincofer tak sesuai dgn bdn kita..puan blh mntk doc tukar pd jenis lain
Saya makan awal pagi 6am dgn air kosong, sambung rehat dan makan sarapan selepas 3 jam pukul 9/10am.
Saya telan dengan sunquick kosong tapi bangun tidur memang wajib rasa besi kat lidah 😂
mcm saya, selalu makan sebelum tido. makan zinfocer lepas tu makan buah oren then tido.
Boleh try tukar maltofer , rasa coklat . Tak hanyir bila telan
nurse saya suggest makan dgn air limau tanpa gula