Toddler umur 1 tahun 6 bulan

hai momies . Ank saya otw nak masuk umr 1t6b .. Kalau siang ok je tidur ٫ asal malam jer mcm tak selesa nak tidur ٫ sntiasa mrengek wlpn dh bgi susu ( dia full bf ) kalau dah tidur tu mcm tak selesa sntiasa mrengek dlm tidur . Then suka tidur mniarap wlpn saya dah atur elok2 cara dia tidur . Saya risau dia tidur mcm tu selesa ke tak bernafas atau itu memang cara dia tidur ? ada ke momies yg alami prubahan pola tidur ank mcm ni ? oh ye lupa nak tulis ٫ dia selalu tidur lewat jam 1 -2 pagi mcm tu .. Sbelum ni dh try aturkan cara tidur dia dan berjaya . Now cara tidur dia brubah mcm tu ..

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

anak kte sebaya. maaf kalau sy tak menjawab soalan. anak sy waktu tido dia biasa dalam pukul 11-11.30 mcm tu dia akan lena. dulu dia tido awal. 9mlm dah tido. skrg dia tido lewat sikit. mgkin betul pola tido dyorg berubah. so far kalau masuk waktu tido, mmg dia dtg dekat sy minum susu dan terus lena. kalau dia tak boleh tido, dia akan golek golek diri dia utk jadi posisi selesa utk dia tido dan tido sendiri. skrg ni dah besar, dia tak tido meniarap dah. dulu masa kecik dia penah jugak tido mesti nak meniarap. jd sy tgk dia pandai alihkan muka dia kalau tertutup hidung. jd sy biarkan je. cuma kalau sy terjaga tgh malam, sy akan pusing kan dia supaya tak meniarap.

Đọc thêm

anak kita sebaya🥰pola tidur anak akan berubah2.jgan risau.tp kalau nk bg anak tidur awal selalu sy akan bawak die main ke taman atau bawah rumah..yg memerlukan anak aktif...sllu balik tu anak penat dan tidur awal...tentang tidur meniarap..anak sy jenis tidur lasak..mcam2 gaya keluar time tidur..sllu mmg byk yg meniarap la..oke je kalau anak lebih selesa tidur macam tu..tp ibu tlong pastikan tempat tidur anak selamat je..macam bantal atau selimut...

Đọc thêm

Anak kita sebaya. 1y6m. Anak saya pun suka tidur meniarap. Saya memang suka pusingkan sebab kalau tak pampers dia penuh kat depan je 😆. Basah cadar hari2 nak tukar. Tapi kalau dia selesa meniarap biar je. Saya memang ajar anak tidur 11pm keatas. Sebab kalau tak, dia bangun awal 😂. Sy bkn jenis bangun awal plak aiyoo.. siang saya cuma bagi dia tidur 2-3jam sahaja. Normally 2jam stgh cmtu. So malam dia akan ngantuk n tidur pun lebih lena.

Đọc thêm

Sebaya anak sy. Tidur lewat jugak dekat jam 11.30 -12.am. Fully bf jugak. Tidur meniarap dan terlentang mengiring semua ada sbb dye suka golek2 dan bangun 3-4x setiap malam. Sy mmg xkacau sbb berharap sngt dya tak bangun malam. Kdg2 merengek dlm tidur juga mcm 2 hari ni … xtau lah knape. Mungkin mimpi ke ape … to ade yg ckp mungkin overtired belah pagi boleh jadi jugak tidur malam terganggu.

Đọc thêm

Sama lah dgn anak saya dah 1 tahun 7bulan. Bila malam dia susah sikit nak tidur waktu biasa dia tidur (9.30pm). Pukul 10-11 cmtu baru nak tidur. Anak saya mmg tidur bersepah sejak merangkak. Bila letak dia gerak balik. Mungkin cara anak sis tidur dah berubah.

Nak adek kot😅