Kalau cara saya sis, nasal aspirator dengan sterimar/saline drop tu wajib ada. Selain itu, extra efforts saya
- Pastikan persekitaran baby sentiasa bersih daripada habuk.
- Buat percussion. Yang ni parents kena ambil tahu. Sangat efektif untuk melonggarkan kahak baby sekaligus buat baby mampu bernafas dengan lega.
- Jauhkan baby daripada smoker dan asap rokok. Kalau smoker nak pegang baby, kena mandi dulu. Kalau taknak mandi, cuci tangan dan tukar ke baju yang baru.
- Jauhkan baby daripada orang yang tak sihat. Kalau nak berada dekat dengan baby, pakai mask. Waktu baby tak sihat ni, elakkan orang daripada mencium anak termasuk parents.
Extra efforts ni saya akan buat selepas dapatkan consultation daripada paediatrician. Paediatrician ada pesan juga, kalau baby bernafas ada lekuk di dada perlu segera bawa ke hospital. Jadi saya akan pantau baby and doing the extra efforts all the long.
Đọc thêm
Be kind❤️