Period waktu suci
Hai korang nak mintak pendapat sikit. Saya punya period sejak mengandung ni mcm teruk sgt, saya takde ambik perancang & mmg plan nak mengandung lagi. Saya punya period kadang2 sampai dua bulan sekali & ada time tu 15 hari dah dtg balik periodnya. Harini saya hari 12 lepas habis period, & period dtg lagi. Kalau google, ikutkan mmg tu darah istihadah kan. Sebab belum cukup tempoh suci 15 hari. Tapi darah yg keluar ni betul2 bau darah period. & dtg dia mcm time awal2 period tu, makin banyak. Saya keliru sangat. Last time saya period mmg betul2 15 hari, dia keluar sikit2. Mintak pendapat ye korang. Terima kasih.