Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Berapa kekerapan kegel yg perlu kita buat? Ada tips x utk buat kegel secara konsisten?

5y trước

Hai puan, Senaman Kegel adalah sangat penting untuk wanita tetapi perlu dilakukan dengan cara yang betul iaitu puan harulah mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada ahli fisioterapis bahagian wanita. Kekerapan untuk kegel bagi wanita yang tidak mempunyai simptom yang berkaitan dengan disfungsi otot lantai pelvis adalah 3 kali sehari dengan 10 ulangan. Bagi memastikan puan dapat melakukan senaman Kegel secara konsisten adalah dengan memahami kepentingan melakukan kegel untuk kesihatan pelvis dan memastikan kegel yang dilakukan adalah betul kerana puan akan dapat merasakan kesan positif. Saya sarankan puan untuk berjumpa dengan fisioterapis bahagian wanita bagi memastikan kegel yang dilakukan adalah betul.

Aslamulkum apakabar sy nk Tanya klau mengandung 33 week kluar darah bahaya x

Macam mna nak tahu klu kita bt senaman lantai pelvic dgn btl?

5y trước

Hi Puan, Untuk mengetahui sama ada kita membuat senaman lantai pelvik (Kegel) dengan betul atau tidak, saya menyarankan Puan untuk berjumpa dengan Fisioterapis yang pakar dalam masalah wanita. Bagi pemeriksaan sendiri dirumah, Puan boleh melihat pergerakan otot perineal bergerak ke dalam (mengecut) ketika Puan melakukan senaman lantai pelvik (Kemut) ini.

keputihan semasa hamil tu normal ke?

5y trước

Pedih manja² je 😂 sis jumpa doktor mintak check tau, bunyik mcm teruk gak tu.