56 Các câu trả lời
Hi doctor. Saya nak tau apa yg perlu saya lakukan untuk anak saya yg baru berusia 1tahun 1bulan/13bulan untuk penjagaan gigi dia? Sebab dia ada 6 btg gigi. 4 atas dan 2 dibawah. Gigi dia jadi mcm ada kerak? Saya cuci hari2 dgn fingerbrush n dgn air suam saja. Adakah itu mncukupi?
Hi doctor, how to relactate with my 4 months baby. I need help and advice please. Another questions are what is the best mouth cleaning routine for a 4 months and when is the best time to introduce a toothbrush to an infant. Thank you so much for your advice and support
Hi Nur, We have to look into the challenges you hv faced before this and the reason why you have stop breastfeeding. To relactate your baby, You have to first set a goal, how long do you want to breastfeed your baby? Then there is a few thing you can do. 1. Frequent direct latch, skin to skin 2. Milk booster: fenugreek, alfafa, oatmeals and etc. 3. Power pumping. 4. Medication prescribe by doctor based on your condition. Best way to introduce brushing to baby is to make brushing a routine. Use soft and wet cloth to wipe baby gums and tongue after each feed. When baby teething, use finger brush to brush. When baby get used to finger brush, introduce soft brush with children toothpaste
Hi Dr ~normalkah baby saya dah 3 bulan tp belum tiarap lagi ,tapi dia dah belajar miring ,hanya saja dia malas nak angkat punya kepala tu. ~tapi kadang sayapun tiarapkan baby mcm 1-2minit ,macam tu. Adakah itu normal .Dr Terima kasih 🙂
hai doctor... ank sy sdh berumur 7thun. dan gigi dia sedang mula goyah n tumbuh gigi kekal. soalannya adakah perlu di cabut semua gigi sblum gigi kekal mula tumbuh. coz ade gigi kekal dh tumbuh sblum gigi susu tercabut. then gigi tumbuh senget tak cantik.
Biasanya gigi kekal yang tumbuh akan tolak gigi susu. Gigi susu akan jatuh secara semula jadi. Tidak payah cabut gigi susu kalau sudah bergoyang. Ada keadaan di mana kita perlu cabut gigu susu, iaitu kalau gigi kekal sudah tumbuh tapi gigi susu masih kuat dan tidak bergoyang. Dalam keadaan seperti ni, kita cabut gigi susu untuk sedia ruang mencukupi untuk gigi kekal yang tumbuh.
umur berapa bulan sebenarnye baby akan tumbuh gigi.. my baby da 5month i nmpk putih di garham tp xde gigi yg tumbuh lg.. 2nd my baby minum susu s26 but i notice dia mcm kuat meneran bile na poo poo.. n bile kuar xbyk & xkeras pon. it is normal?
Gigi susu pertama biasanya tumbuh bila baby 6bln. Iaitu gigi susu bawah depan. Seterusnya adalah gigi depan atas pada umur 8bln.
soalan sya.. anak lelaki sya berusia 8bulan sudah ada 4 batang gigi ..dua gigi atas dan dua gigi bawah ...jadi sya perlu menggosok gigi nya berapa kali sehari dan bagaimana cara membersih kan gusi dan gigi dengan betul doctor??
Kamu boleh bermula dengan bersihkan gigi dengan kain lembut, setiap kali selepas menyusu. Bila bayi biasa dengan routine ini, gunakan finger brush atau berus gigi yang lembut dan ubat gigi kanak kanak. Berus sekurang kurangnya 2kali sehari, pagi dan malam. Pastikan anak kamu ludah ubat gigi yang lebih.
halo doc...anak sy 3t3b,sbelum ni sy ada berjumpa dgn doc gigi..gigi anak sy ada sedikit karier...mcmna nak buat gigi yg bkarier itu bertukar jadi hitam...kalau still warna kekuningan karier tu masih aktif...terima kasih...
Gigi karies yang active warnanya kuning dan coklat. Dan karies active adalah lembut dan cepat berlubang besar. Kalau karies adalah warna hitam, maknanay karies itu adalah arrested karies. Arrested caries tidak active dan lambat membesar. Saya cadangkan bawa anak ke klinik gigi untuk check up dulu. Karies yang aktif perlu ditampal. Arrested caries kena review setiap 6bulan.
Hi Dr. Adakah perlu membersihkan kerak susu pada bayi atau biarkan saja? Jika perlu bagaimana cara efektif untuk bersihkan ? Adakah kerak susu akan hilang sendiri ? Apakah kesan buruk jika membiarkannya ? Terima kasih
Ya, perlu bersihkan kerak susu selepas feeding dengan kain lembut dan lembab. Lap mulut, lidah dan gusi dangan kain. Kalau tertinggal kerak susu di mulut, senang dapat bacteria dan karies gigi
Yesss just what i needed.. Soalan saya: Baby saya umur 10 bulan belum tumbuh gigi kacip atas tapi tumbuh dekat tepi tu tak tahu lah sama ada gigi kacip kedua atau taring. Apa yang menyebabkan gigi dia tumbuh mcm tu ye?
Jangan risau, nampak gigi depan atas ada di dalam gusi. Encourage baby biting on food, bagi food yang lebih fibrous seperti ubi manis, cucumber dan buah buahan seperti epal. Gigitan fibrous food menggalakkan tumbuhan gigi
Hi Dr, Anak sy sudah berumur 8thn tetapi gigi susu masih cantik dan tidak goyang. Baru2 ni tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu tu. Perlu ke gigi susu tu dicabut wlaupun masih cantik dan tidak rosak?
Kalau gigi susu cantik dan tersusun, jangan cabut. Biar gigi susu runtuh secara natural. Kalau risau lambat tumbuh gigi kekal, boleh jumpa dr gigi dan ambil xray. Dari xray kita boleh predict bila gigi kekal akan tumbuh.
Nursyafiqah'Amirah