Ambil tahu tentang :
1. Mengendalikan diri selepas bersalin. Termasuk kebersihan, pemakanan, pemulihan, tenangkan diri, penyusuan susu ibu dll.
2. Mengendalikan bayi ; kebersihan, bersuci (ramai guna wet tissue je bersihkan najis bayi, sedangkan najis bayi najis mutawasitah kec. kencing bayi yg hanya minum susu ibunya), tenangkan dan tidurkan bayi, penyusuan susu ibu, dll.
3. Tempat kena selesa dan nyaman, bersih.
Minta suami cuti 2 minggu pertama termasuk hari bersalin.
Ada orang nak hantar cek post natal di klinik dan juga pantau kuning di klinik.
Upah CL, keluarga terdekat, jiran berpengalaman untuk tunjuk ajar mengendalikan bayi. 3 hari pun ok.
Bersedia untuk pemulihan samada bersalin secara czer/ vaginal birth.
Elakkan stress
Didik diri bertenang.
Elakkan terima tetamu kecuali keluarga terdekat yg tak menyusahkan puan sekeluarga