1 Các câu trả lời

TapFluencer

Saya pun first baby, dah 10 bulan dah dan beli cot. Niat beli cot utk didik anak tidur sendiri. Anak selesa tidur di cot sejak newborn hingga 4 bulan. 4 bulan lebih, anak tinggi dan mula tidur gerak badan 360°. Bila badan gerak, langgar palang cot, dia terjaga. Badan pun semangat, saya pula menyusu badan. Jadi bila dia perlu susu, saya kena angkat dari cot dan letak balik dlm cot. Banyaknya saya mamai dan mengantuk masa penyusuan malam, jadi posisi mengiring paling selesa utk penyusuan malam. Dan tak nak risiko saya terlepas dukung anak, saya selesa tidur dgn anak pada waktu malm, siang tidur dlm cot setakat beberapa bulan. Lepas tu, anak tidur dgn kami atas katil hinggalah dia pandai merangkak merayau atas katil sebelum tidur. Haha. Jadi kami beli toto, bentang di lantai dan tidur malam atas toto. Apa jadi dgn cot? Cot tu kami letak anak jika saya solat, buat kerja, pergi tandas dll supaya dia tak merayau ke mana2. 😅Kalau dia berterusan tidur dlm kereta, kami masuk rumah bawa dia terus sambung tidur dlm cot. Gitu. Jadi tak nak lah cot tu jadi perhiasan je. Cot yg kami beli tu muatan 50kg dan boleh jadi day bed/ kerusi. Bila dia dah besar nnt, kami adjust lah jd day bed/sofa. So, kami rasa berbaloi beli cot begitu walaupun anak tak tidur dlm tu buat masa ni.

Most welcome

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan