TIPS BERSALIN TANPA JAHITAN

(fb mira zainal) sambungan Tips ni, terpulang buat korang untuk follow ke tak. Mira hanya share tips yang mira selalu buat. Alhamdulillah cepat bukaan jalan . 11. MAKAN 2 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG SAPARUH MASAK - Tips ni jangan lupa. Sebelom nak bersalin, makan lah sesiap 2 biji telur ayam kampung. Ni tips bagi kita nak kuat bertenaga lebih semasa nak layan contraction masa nak meneran bersalin nanti. Satu lagi bagi cepat bukaan cm . Mira dah buat . Berkesan! 12. BELAJAR CARA MENERAN DENGAN BETUL Tips ni, banyak yg confused , sebab banyak yang teran muka . - Cara meneran ni, sangat penting kene belajar dan tahu bila masanya dah sampai rasa sakit nak meneran tu datang. Sebaiknya praktis sesiap dengan suami sebelum nak sampai hari bersalin. Andai kata masa kita sakit nak meneran tu, kita jadi panik tetiba. Sekurangnya, suami kita dapat membantu dan mengingatkan masa dekat bilik bersalin nanti. Pentingnya proses meneran ni, kita kena pandai kawal pernafasan supaya tenang dan tak panik. Kena pandai curi nafas. Pastikan kangkang lah kaki seluasnyaa. Tapi punggung mesti rapat ke bawah. Kalau terangkat punggong risiko besar menantu lah koyakan akan banyakk. Nak elakkan punggung terangkat, semasa kita kangkang leluas tu, kita pegang dua-dua belah kaki dengan kuat. Kalau tak larat, minta suami tolongkan. Biasanya semasa proses bersalin ni nurse-nurse lah banyak membantu skali pakej tolong pegang kaki nak elak dari terangkat punggung. Dengar je setiap arahan dari nurse . Bila sampai saat kemuncak rasa baby nak keluar. Tarik nafas, dan rapatkan dagu ke dada. Biarkan keadaan kita bengkok seperti udang. Biar belakang badan menyentuh katil. Fokus pada perut semasa meneran. Jangan melaung pulak, teknik tu tidak membantu. Malah buat lagi kita cepat penat adalah. Ingat yea, jangan confuse. Cara meneran ni macam kita nak membuang air besar. Jika kepala baby dah makin nampak, jangan berhenti teruskan meneran dan kawal pernafasan pelan-pelan bagi elak koyakan menjadi besar. Harap dapat membantu lah sedikit sebanyak perkongsian mira untuk semuaa. Moga kawan-kawan yang bakal bersalin nanti, mira doakan di permudahkan segala urusan korang bersalin nanti. Tips ni semua, totally mira rujuk doktor bukan main buat jer. Tak salah berikhtiar selagi tak memudaratkan. Kalau Allah izinkan, Insyallah di permudahkan. #SharingIsCaring #SharingBasedOnMyExperince

2 Các câu trả lời

VIP Member

keliru untuk yg no 11 tu . Kn bnda yg separuh masak xdigalakkn . 😅

huhu nama pun tips sis jadi terpulang pada ibu tersebut ada tu telan telur mentah telur tu letak dlm air kopi saya pun ta pernah lagi laa rasa nak buat apatah lagi huhuhu

Super Mum

👍👌

Câu hỏi phổ biến