15 Weeks And Fasting
Esok nak puasa dah InsyaAllah.. Ni 2nd time mengandung time puasa tp sebelum ni dapat tau pregnant pun dah puasa dekat 20 hari... Alhamdulillah dapat habiskan tanpa masalah.. Nak tny, apa tanda2 yang mengharuskan kita berbuka ye? Saya baru 15 weeks, so belum rasa baby gerak..
Hi Puan. Di harap puan dengan baby dalam keadaan sihat sentiasa amin. Berpuasa sewaktu hamil ni bergantung kepada daya kekuatan seseorang. Jenis pengambilan makanan juga penting untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Puan boleh cuba berpuasa separuh hari dahulu dan jika puan rasa puan larat boleh berpuasa penuh. Kerana ianya tidak wajib untuk ibu mengandung berpuasa ya puan. Pastikan bayi juga dalam keadaan aktif dan sihat sepanjang menjalankan ibadah puasa. Puan boleh baca tips berpuasa semasa mengandung di sini ya :) https://my.theasianparent.com/tip-untuk-para-ibu-yang-berpuasa-ketika-mengandung
Đọc thêm